Salam. Thanks admin sudi publish luahan isi hatiku ini. Aku just nak highlight a few things tentang adab berjiran. Tidak kira agama ke bangsa apa, semua mengalakkan kita untuk hormat dan berbuat baik kepada jiran kita. Kalau selfish sangat..pergi beli satu pulau duduk sorg2.
Ok sambung balik confession dan nasihat aku ni. Aku duduk kat area kawasan rumah melayu yang terdiri dari pelbagai jenis latar belakang. Ada yang high class bawak audi,bmw,mercedes,jaguar dan ada gak yang tak ada kereta langsung. Rumah jangan cakap..ada 3 tingkat dan ada gak yang masih berpapan. Harmoni sungguh area kawasan rumah aku.
Sini kalau time raya puasa, raya haji dengan kenduri kahwin..perghh meriah sangat. Cuma tak best duduk sini, jalan sempit. Kalau kau bawak..cukup la four wheeldrive..confirm kau makan jalan sebelah. But if ade org parking kat tepi2 jalan? Mmg masak la..kena la bawak hati2 ye.
Kat sini average kereta satu rumah = 3. Maximum aku pernah tengok = 5. Smpai kena makan kawasan jiran..maybe jiran tu dah redha, bagi je la. Cuma tambah tak best kalau ada kenduri. Payah la nak parking sebab parking kau pun kena tibai ngan sedara mara jiran kau yang buat kenduri tu. Kalau dapat jiran cam family aku, kami still boleh tolerate lagi sebab kami paham. But tak semua ada hati sama.
Nasihat dari aku, kalau nak buat kenduri tu baik la kalau cari tempat lain cam hotel ke or masjid ke. Memang buat dekat rumah lagi meriah sebab ramai2 bileh gather and save bajet, tapi kalau jalan kat area ni luas macam padang bola, dipersilakan buat kenduri smpai nak jemput semua keturunan datang pun tak apa. Benda ni bagi aku common sense, belajar tinggi2 sampai boleh naik audi kerja doctor/politician tapi still lemah bab common sense..aku tak tau
nak cakap macam mana.
Mungkin la kot tak nak burden family pihak lelaki buat grand2 dekat hotel, tapi kalau nak suruh sedara mara parking..tak payah la smpai nak tibai parking jiran lain. Jiran lain pun ada kereta. Kalau dah pasang khemah tuh, memang masak la jiran lain. Duduk je la dekat rumah tak boleh nak keluar. We have needs jugak so sometimes bila nak keluar tengok jiran pasang kemah, terus cancel niat sebab being considerate dekat jiran. Takut menyusahkan jiran kalau kita nak keluarkan kereta. So bagi aku..in a fair2 situation, better la kalau buat any kenduri dekat avenue lain (if rumah jalan sempit gila).
Satu lagi aku nak nasihat based on pengalaman aku, jiran aku mostly loaded, so kalau ada kenduri memang meriah sampai malam. I do admit maybe dorang dah consider nak buat hari jumaat malam since sabtu mostly cuti. Tapi aku yang kerja swasta, sabtu la hari terakhir perjuangan. Lagu pasang memang kuat, seluruh kawasan boleh dengar. Bagi aku, nak meriah2 ni baik buat pagi2 sebab malam masa orang nak berehat.
Being considerate doesn’t harm pun. So kenapa la susah sangat orang2 bijak yang loaded ni nak fikir. Maybe la korang owner company yang tak risau kalau tak masuk office hari sabtu. Kami ni yang hanya jadi kuli, tak masuk kerja confirm kena potong gaji.
Aku bukan nak complain..karang ada yang baca panas dengan aku suruh aku duduk pulau sorg2. Aku cuma nak highlight issue yang aku tahu ramai yang alami cuma tak nak kecoh sebab jaga hati orang.
Punya la baik aku ni, jiran kahwin, aku park kereta aku dekat surau bawah kawasan rumah aku. Jalan kaki berpeluh2. Dalam 5 minit jalan baru sampai rumah. Takpe, benefit jadi sihat dapat dekat aku jugak. Just lepas ni, mana2 nak buat kenduri kat rumah dengan area kawasan jalan sempit, please la consider balik decision. Yes, that day is yours and buat apa nak peduli orang lain kan? Cuba situasi tuh terbalik dan kau yang kena..mesti panas hati jugak kan? Hidup tak payah jadi selfish, later if kau meninggal..jiran jugak datang menziarahi. Pasang lagu kuat malam2 tuh..lagi la aku no comment. Bagi aku korang ada otak boleh fikir. So up to you guys balik la.
P/s: Kalau rasa satu generasi wajib buat kenduri meriah sampai malam jemput satu keturunan, aku syorkan beli pulau. Senang citer..tak ada yang panas hati..sedara mara pun boleh park kapal terbang kalau nak.
– Budak Kampung Melayu K..
– Budak Kampung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit