Assalam dan hai. Pertamanya thanks sebab siarkan confession saya. Straight to the point, ye saya kagum dengan dua bidang/pakar tu. Sebab apa? Alright let me explain.
Psikologi ialah bidang yang mengkaji tingkah laku dan personaliti secara individu manakala sosiologi pulak mengkaji tingkah laku manusia sebagai suatu masyarakat. Ini untuk orang yang tak tahu. Kenapa saya kagum? Sebab kawan saya. Dia belajar bidang ni di universiti dan bila jumpa kitaorang akan selalu share mengenai bidang yang kitaorang belajar. Btw, saya ambil bidang akaun dan kitaorang belajar kat universiti lain-lain.
Kawan saya ni dia macam “tukang tilik” tau. Eh bukan yang pandai meramal masa depan ke apa. Cumanya dia pandai menilai manusia melalui sikap atau personaliti diaorang. By menilai, bukan bermaksud menilai yang buruk ttg orang lain ye harap maklum. Cumanya dia boleh tekalah macam mana sikap atau personaliti orang tu berdasarkan cara dia bercakap, cara dia mempersembahkan diri, cara dia bertindak dan etc. Tapinya bukanlah bila scan sekali je terus betul apa yang dia teka. Tu tahap dahsyat namanya. Adalah kriterianya misalnya kena jugak kenal orang tu dulu.
Saya kagum sebab masa mula kenal dia, dia ada tanya saya anak ke berapa pastu saya suruhlah dia teka. And guess what dia teka betul yang aku anak bongsu hahaha. Ok mungkin korang akan kata “eleh setakat teka aku pun boleh main teka”. Tak ye, maksud saya orang yang memang jenis minat tengok perangai orang lain ni, mereka memang lain dari yg lain. Boleh kata gifted juga lah kan.
Act bukan senang nak mengkaji manusia sebab manusia bersifat dinamik. Bukan semua ada kelebihan. Macam saya memang otak saya otak nombor dan memang laju kalau melibatkan nombor. Sekarang faham kan.
Jadi kepada kawan-kawan yang belajar bidang sosiologi dan psikologi (dan lagi satu antropologi) jangan malu kalau orang tanya belajar bidang apa. Serius saya kagum dengan korang walaupun bidang ni di Malaysia tak begitu meluas dan kurang pendedahan (yelah bila cakap psiko je mesti gila , sakit mental padahal bukan semua yang ada masalah psikologi tu gila). Teruskan dan sebarkan ilmu ini sebaik mungkin. Thanks for lending your time and eyes.
– Izzni
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit