Jangan Sampai Hilang Diri

Salam. Tak nak cakap banyak pasal diri saya sebab tak ada apa yang menarik pun tentang kisah hidup saya. inilah masalah saya, selalu merasakan dah tak ada guna hidup, hidup pun rasa semua benda serba tak kena. cepat putus asa, rasa teruk dalam segala hal, tak pandai macam orang lain, tak ada bakat macam orang lain, seolah diri adalah penyerap segala norma-norma negatif.

sampai suatu saat, saya merasakan seolah membazir duit ibu ayah yang hantar saya pergi kolej, rasa macam saya tak boleh teruskan dengan bidang yang saya pilih. semester masih lagi berbaki 4 semester dan makin hari saya rasa macam semakin tak ada minat nak belajar, dan bidang ni macam tak boleh jamin apa apa untuk survive di masa hadapan nanti. rasa macam, susah. rasa macam, “aku dah takda hati dah nak belajar sekarang ni, aku teruskan sebab mak ayah aku je, apa nak jadi, jadilah” saya tak pedulikan pencapaian apa yang saya dapat dalam kelas. carrymarks, pointer dsb. saya mula tak ambil kisah. seakan semua semangat hilang entah kemana. cakap pasal diri sendiri, takpayah cakaplah. saya mula hilang selera makan. kerap jauhkan diri daripada manusia. suka duduk seorang diri. lepas habis kelas je, saya lah orang pertama yang akan tinggalkan suara kebingitan kawan-kawan yang ada dalam kelas. saya mula biarkan diri saya jadi tak terurus. masuk tempat kediaman yang saya menginap di kolej, pintu bilik saya kunci, duduk dekat satu penjuru, nangis tak tentu pasal. macam orang gila kan? ya…saya tahu.

sampai suatu masa saya rasa macam ketagihnya duduk berseorangan. perasaan benci akan manusia mula timbul. saya tak ada ramai kawan, entah, mungkin saya yang menolak kehadiran diorang ataupun saya sendiri yang tak pernah jadi kawan yang baik untuk diorang, sampai diorang tinggalkan saya, satu….demi….satu….

saya mula sukakan tempat yang tinggi, macam, kadang rasa macam sampai ada niat nak bunuh diri, gila bukan? memang gila. rasa macam dah tak ada iman dalam diri. dan saya mula tak jaga solat, sebab rasa Tuhan macam tak sayangkan saya.

saya mula menyedari, bahawa sebenarnya, “there is something wrong with me, im pushing people away, i’d prefer to be alone, crying in the middle of the night, & i’ll let myself sinking into a middle of sadness, & i keep asking to god, why, why, why, why, & why? & i realized that ive lost myself”

Saya tak tahu sama ada saya ni mengalami apa-apa penyakit atau masalah dalaman ke atau memang ianya berkaitan dengan diri saya sendiri atau apa-apa. Depression, BPD atau apa apa jelah, tapi saya sedar, saya memang perlu cari semula diri saya yang hilang ditelan oleh suatu bisikan hitam dalam diri. & the hardest thing in life sometimes is the battle between you & yourself, im trying so hard not to lose myself, striving for a better me, & not to make a suicide. i know there is something wrong with me, something broken. what people dont understand, its about the inside, not the outside”

jika pernah rasa apa yang saya rasa (mungkin saya je yang macam ni) just dont lose yourself, jangan jadi macam saya. sebab sekali kita biarkan semua benda ni hidup dalam diri, semua kebahagiaan diragut. mungkin orang tak faham apa yang saya alami, tapi izinkan saya luahkan apa yang saya rasa dan saya alami dalam kehidupan seharian saya. jangan jadi macam saya, jangan sampai hilang diri.

-A-

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit