5 Sebab Melayu Tak Maju-maju

Assalam admin. Thanks sekiranya post aku ini disiarkan. Maafkan aku sekiranya tajuk ini menaikkan sentimen perkauman ke ape. Aku cuma nak share apa yang aku perhatikan, iaitu sikap2 orang Melayu kat tempat aku bekerja.

Aku berumur hujung 20- an dan bekerja di suatu kilang sbg supervisor. Ada beberapa technician bawah aku. Kerja kami mainly on maintenance barang. Oh ya, aku perempuan. Dan bekerja di dalam bidang male dominated. Technician aku semua lelaki dan semuanya Melayu.

Yang aku nak tegur sikap2 yang membuatkan orang Melayu tak boleh maju:

1. Makan

Kerja seperti surat tawaran ialah dari 8 pg hingga 5 petang. Tapi pukul 10 masih lagi di kantin. Di suruh bekerja katanya relax dl, keje boleh tunggu. What??? Aku rasa kalo setengah jam.pun.dah boleh settle makan. Ni sampai 2 jam makan. Keje 2 jam, pukul 12 dah nak berhenti sbb tunggu lunch. Keluar makan tgh hari, pukul 2.30 baru masuk ofiz balik. Aku perhati je. Ada masa aku tegur jugak, sekejap berubah pastuh jd balik. Huhuhu. Tolonglah berubah, gaji dibayar ikut 8 jam bekerja. Kalo setakat keje 4 jam, mana nak berkat lg 4 jam tuh. Huhuhu. Yang sedihnya, duit tuh la nak tanggung anak isteri.

2. Merokok

Ini lebih kurang sama kes dgn makan td. Lepas makan, merokok. Td dah tolak waktu makan, bg yg merokok, ada lg waktu ‘tambahan’. Kesimpulanya berapa jam je kerja.

3. Alasan

Ini lagi satu spesies. Datang kerja lambat, kadang-kadang tak dtg. Bila supervisor msg tanya ada mana, baru nak jawab, emergency sana lah, emergency sini lah. Sampai ada satu kes kat tempat kerja aku, sorang pekerja nih beberapa kali x dtg kerja. Boleh dikatakan kerap. Tak bgtau supervisor, hilang mcm tuh je. Ikutkan, HR boleh je terminate dia sbb dh pernah issue warning letter beberapa kali, tp masih buat tak tau dan ulang perangai lama. Tp org2 HR duk pikir, apalah nasib keluarga dia, kalo dia kena buang. Isteri suri rumah, anak2 kecik and sekolah lg. Sampaikan org lain pulak nak kena pikir nasib anak isteri dia. Yang dia sendiri tak pikir langsung. Last2, terpaksa jugak buang sebab dah berlarutan for years. Guess what? Dia nak bawa isu nih ke mahkamah, nak sue company sbb buang dia. Hmm. Terdiam sekejap. Bukannya nak insaf.

4. OT

Aku paham, skrg nih semua benda mahal. Berapalah sgt gaji kat tempat kerja aku nih. Jadi, OT lah yang diharap2kan. Tapi management byk kali pikir nak bayar OT, mana tak nya, keja x cukup pun 8 jam tuh. Pegi makan, sembang kat tempat merokok. Bila management tak bg, mulalah nk salah kan company. Kedekut lah, budget cutting. Padahal, ko keje pun bukan as per basic salary. Aku rasa company aku nih baik sgt dh, bonus Alhamdulillah ada, selalu buat makan2 utk pekerja. Itu pun tak puas hati.

5. Sembang

Ini antara sikap yang aku rasa Melayu je buat. Seriously. Tak habis2 dengan gurauan malam jumaat malam sunat,tambah isteri etc. Seriously, annoying. Bg Melayu yang beragama Islam (well, aku rasa ramai je Melayu bkn Islam skrg), korang rasa gurauan korang tuh akan bg tanggapan negatif tak pada org bkn Islam terhadap Islam? They dun even understand the hikmah of poligami, then ko duk gurau sedap kawen byk. Aku perhati yg bukan Islam x ada pun gurau2 benda2 mcm nih. Nampak mcm lelaki Melayu nih gatal sangat.

Ini kisah benar, yang aku nampak dlm masyarakat kita. Tolonglah ubah sikap. Kepada adik2 yg baru nak masuk dunia pekerjaan, tolonglah pikir bekerja sbb nak rezeki yg diberkati. Actually byk lg yg aku perhati. Jangan tanya kenapa Melayu tak maju. Jawapan ada kat atas. Sorry kalo ada yang terasa. Tapi ini semua kenyataan.

– Aku yang memerhati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit