Bos vs Pekerja

salam. terima kasih admin kalau sudi siarkan luahan aku. untuk pertama kalinya aku tulis dalam ruangan ni sebab lama dah aku pendam dan tekanan tu makin memuncak. rasa x seronok bekerja bila ada konflik. aku tak kisah korang nak cakap aku ni skema ke, poyo ke, kaki kipas bos ke dan macam-macam lagi.

luahan ni cuma berkenaan kerja. topik biasa je tapi macam terbiasa sangat kita buat salah dan rasa bende tu normal. aku dah 2 kali bertukar tempat kerja. ada yang melibatkan wang ringgit dan ada yang melibatkan persekitaran kerja. aku bukan la pakar untuk bercakap tentang pengalaman berkerja, tapi baru-baru ni, syarikat tempat aku bekerja mengalami sedikit masalah dari segi pengurusan. biasa la, orang berpangkat tinggi rasa yang orang bawah ni tak banyak kerja dan orang berpangkat rendah ni, rasa orang atas ni suka menindas.

aku merupakan orang yang di tengah2 mereka, tak terlalu atas mahupun bawahan. bagi aku, dua-dua memang bermasalah. aku sebagai tukang dengar, tukang kaki kipas, tukang nasihat dan seterusnya pun dah rasa tak bersemangat nak kerja bila kita tersepit antara diorang. orang atas ni, memang akan mengutamakan keuntungan dan datangla sbanyak mana projek pun, dia akan kaut tanpa tengok jumlah orang yang ada, masa, masalah orang lain. yang dia tahu, kerja mesti siap. kadang-kadang, memang kena bawa balik kerja untuk disiapkan.

semestinya, yang bawahan ni akan dikerah dengan teruk termasuklah aku. tapi aku, belum tahap berfikir nak tukar kerja kerana masih boleh bertahan dan aku selesa dengan kerja aku. tapi bagi orang yang lagi bawah dari aku, diorang dah mula memberontak. tak buat kerja, melawan cakap dan yang paling aku geram siap nak buat pakatan jatuhkan syarikat. contoh macam nak berhenti ramai-ramai, biar padan muka dengan syarikat.

mula2, aku kesian dengan diorang sebab kene kerja teruk tapi bab cam claim, elaun, bonus lambat. untuk gaji, selalunya memang on time. lama-lama, bila mula tak buat kerja, aku memang bengang dengan diaorang. suka adjuz data. diorang marah bos bagi kerja banyak tapi yang aku pelik, hari-hari boleh balik awal. test tak buat, tapi result ada je. masalah akan jadi kat aku, tukang buat report. bila kantoi menipu dan result tu terhantar pulak dekat client, aku yang jenuh fikir nak bagi jawapan cam mana.

di kalangan diaorang, memang ada kepalanya. tukang hasut dan macam2 la. aku tak kisah pun kalau korang nak resign, mungkin nak cari pengalaman baru dan peluang yang lebih baik. yang aku stress kalau korang nak berhenti, tapi suka kata syarikat ni macam2, suka downkan orang yg masih berkerja, seolah2 syarikat sekarang ni memang teruk sangat dah dan syarikat lain lagi elok. hasut orang tu, orang ni.

Allah dah tetapkan rezeki korang melalui syarikat tu. dalam tak elok, syarikat tu la tempat korg cari rezeki, kalau tak suka, berhentilah dengan cara yang baik. kalau tak ada hati, berhenti je la, jangan susahkan orang lain. Tak payah la tunggu bonus, ada ramai lagi dekat luar yang perlukan kerja. korang rasa, berkat ke duit gaji korang kalau tak buat keje. orang atas, masalah atas (diorang bukan pentingkan agama pun), yang kita bawahan ni pun, patut tahu tanggungjawab kita. aku rasa, aku tak jumpa lagi dalam mana2 ayat Al-Quran or hadis yang cakap, kalau orang aniaya kita, kita kene balas balik. ada banyak cara lagi tapi SABAR tu yang buat aku masih bertahan.

akhir kata, aku hanya percaya pada rezeki Dia. aku buat kerja lebih atau kurang, Dia yang tentukan rezeki aku. janji, tanggungjawab aku siap. dan sampai sekarang, aku masih tersepit antara mereka. kepada bos, tolong la tambahkan pekerja, kepada ofissmate aku, tolong la jujur dalam bekerje. duit gaji tu, tak kemana pun kalau terus menipu. duit tu juga kita guna untuk bagi dekat keluarga. aku cuma harap, kalau sesiapa ada rasa tak puas hati, pergila berbincang. mungkin ada penyelesaian. terima kasih.

– Iman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit