Hi. Assalamu’alaykum.
Terima kasih sebab siarkan confession aku. Aku Qila, 27 tahun, dah kahwin dan ada seorang anak.
Tajuk confession aku nampak mcm islamic je kan? Takde lah, aku taknak hurai bab2 hadis ni, aku tak banyak ilmu bab ni. Cuma, kita selalu dengar kan perkara halal yang paling Allah benci adalah talak. Kan?
Memang betul pun. Penceraian ni banyak bawa perkara2 negatif. Kisah aku ni kisah benar dalam hidup aku sendiri.
Mak apak (aku org jawa) bercerai pada usia perkahwinan mereka dah menjangkau lebih dari 30 tahun. Maknanya umur mereka dah 50 lebih la sekarang. Dah pencen. Usually time ni kan dah honeymoon semula anak2 dah besar dah ada cucu bagai. Tapi jodoh tak menyebelahi mak apak aku.
Kisah bermula, ada clerk, dia janda (mati suami which arwah suami dia tu adalah kawan apak aku sendiri), usia 40-an, berkenan dgn apak aku. Mula2 apak aku tak layan. Tapi lama2 cinta berputik. Satu benda paling aku kesal apak aku ceraikan mak depan aku, waktu tu waktu dekat nak berbuka puasa 3 tahun lepas. Sendu life aku since kejadian tu.
Entah. Kejadian cerai tu buat family aku jadi sangat lah berpecah belah. Padahal dulu family aku (consists of 10 members, siblings 8 orang) sangat lah bahagia. Maaf lah makcik (mak tiri aku), aku takleh terima kau sehingga harini. Bagi aku kau adalah wanita perampas. Tergamak kau kan ambil apak aku dari mak aku. Lagi sendu bila kau nak apak aku dengan syarat mak aku diceraikan. Tahniah! Kau berjaya. Tapi percaya lah, dunia ni bulat. Kau ada anak perempuan. Make sure anak kau tak rase apa mak aku rasa sekarang.
While apak aku pulak aku memang dah tak rapat sangat. Aku tetap keep in touch tapi sangat2 jarang. Kalau call tu memang sekadar tanye khabar je. Tak macam dulu. Dah takde sakar2 dah. Tak tahu kenapa. Aku tak boleh nak terima perbuatan apak aku tu. dah 3 tahun pun berlalu, tapi masih segar cara apak aku ceraikan mak dlm kepala ni.
Lebih sendu lagi, Apak nikah dgn perempuan tu senyap2 seminggu sebelum tarikh nikah aku. Boleh bayangkan tak? Dan kes cerai mahkamah aku masih pending waktu aku nikah tu. Biase makayah akan assist anak perempuan waktu nikah. Tapi aku? Mak aku duduk jauh2 je tengok aku sebab dia masih sangat2 bersedih dgn apa yg berlaku. Plus, dia malu dengan tetangga saudara mara dgn status janda dia yg masih fresh tu. Time nikah tu, ada je mulut2 yg cakap kenduri tu ada 2 pengantin baru. Satu aku, satu lagi apak. Siap ada yg gurau kasar tanya kenapa seat mkn lengantin ada 2 je? Sepatutnya ada 4 untuk apak and makcik tu sekali. Hanbar sangat2 majlis aku tu. Cis kau perempuan perampas!
Itu tempias yg kene pada aku. Pada adik laki aku yg masih tak berkahwin pun kesian. Ada sorang tengah study abroad, ambil Law. Dia dah 3 kali failed beberapa papers. Next month dia kata nak balik kejap. Dia stress. Sebab dia the only anak lelaki, dia duk fikir camne keadaan mak aku kat Malaysia ni. Yela, dalam adik beradik aku semuanya perempuan kecuali dia. Jadi dia rase terkilan sgt sebab tak dapat nak membantu mak aku ketika dia sangat memerlukan. Memang tak dinafikan, dia adalah anak emas mak aku. Yela dia je anak lelaki. Dia sangat pandai ambil hati mak aku. Sangat2. Setiap kali dia balik memang boleh nampak ketara gembiranya lah mak aku. Tambahan, dia memang budak pandai. Sejak dari kecik mmg selalu perform dalam pelajaran. Best student sokmo la dia tu. Waktu dia dapat fly dulu (dapat sponsorship JPA), kenduri besar mak apak aku buat. Sekeluarga hantar dia dengan gembira, bukan main kitorang bersorak dekat KLIA tu time dia nak turun nak pass gate. Tapi tengah2 dia belajar , bayangkan dia dapat berita mak apak aku bercerai. Tak ke dia stress? Kesian. Kalau aku ajak2 sembang dgn dia. Dia jarang la nak cerita masalah dia. Buaselab org laki kan. But usually aku hanya aku akan akhiri conversation aku dgn nasihat sikit2 pd dia bila duduk jauh kat tempat org tu. tu jela aku mampu tlg dia sikit2. Ini tempias pada adik lelaki aku.
Adik perempuan aku pulak. Dia sah habis belajar dan bekerja skrg. Yg ni paling aku sendu. Kesian. Dia dah jadi sgt sosial skrg. Dia suka balik lewat malam. Balik je kerja dia takkan balik terus, memang dia akan lepak ke mane2. Dia lah peneman mak aku. Mak aku selalu la susah hati. Dia ada boyfren yg tak berapa nak bagus la di mata aku. Kenapa tak bagus? Sebab dia ada buat certain unethical doings. Kalau merokok je tak apa, it is more than that. Aku kecewa, bak meraung rasa dengar dia cerita. Tapi bila aku nasihat, dia taknak dengar. Aku cuba mintak tolong akak2 aku cakap pd dia tapi memang zero penerimaan dari dia. Siap pernah ugut kitorang nak lari dari rumah. Since then aku tak berani nak nasihat apa2 lagi. Aku kenal adik aku. Dia sangat “tekad” orangnya. So aku taknak hilang aku tu, aku sayang dia. Aku faham dia jadi camtu sebab takde pengawasan dari orang lelaki. Ayah aku memang langsung tak ambil tahu pasal kitorang dah. Bagi dia kitorang dag besar. 6 daripada kami dah kahwin. Habis tu adik lagi 2 orang ni apak? Adik lelaki aku pun jauh untuk nasihat2 atau awasi dia. Apak mmg garang. Dulu, kitorang memang tak berani nak buat hal mcm adik aku buat sekarang. Memang kene libas nanti.
Itula serba sedikit tentang kesan2 buruk dari penceraian mak apak aku. Banyak lagi sebenarnya. Yg aku luahkan ni antara yg aku rasa sangat terkesan dalam hati aku.
Mak aku sekarang masih dalam proses recovery. Dia banyak follow kelas2 di masjid. Bagus juga. Atleast dia busykan diri dgn kawan2. Aku tengok dia makin happy alhamdulillah. Cuma kadang2 bila aku balik aku nampak dia termenung jauh lepas solat. Bila aku sergah nampak merah mata dia. Adik perempuan aku dah pandai tak balik rumah. Skrg aku tengah skow talk dgn mak untuk kahwinkan jela dia. Dari buat perangai mcm tu. Takut lg jauh dia melencong nanti.
Kadang2 kalau adik perempuan aku tak dapat cuti, mak aku gi appoinment hospital naik teksi atau uber. Anak2 lain termasuk aku duduk jauh dari mak aku sejak kahwin. Meluap2 hati ni nak jaga mak aku tapi mak aku taknak ikut sesiapa pun antara kami. Dia kata seronok ada kawan2 dan aktiviti masjid. Dia taknak miss semua tu. while kami pun tak dapat nak pindah ke sana. Semua kene akur pada suami, ikut suami.
Memang betul. Walaupun talak tu halal, tapi aku dah rasa sendiri kenapa Allah tak suka hal cerai berai ni. Sama2lah ambil pengajarannya. Sekarang aku dah kahwin. Kadang2 ada juga yg aku makan hati dengan suami. Tapi aku sabarkan je. Sampai bila2 pun aku akan sabarkan je. Sebab aku taknak anak aku rasa apa aku rasa. Perit dan sangat pedih. Setiap hari aku doa lembutkan hati aku ni, sabarkan aku, tundukkan ego aku supaya aku sentiasa hormat suami aku, panjangkan jodoh aku dgn suami aku, jauhkan la prrkahwinan aku dari perkara2 camni. Tiap2 hari tulah doa wajib aku dlm sujud akhir aku. Yelah, aku baca dengar tengok mcm2 lah jenis laki dan perempuan sekarang. Nauzubillah. Semoga kita sentiasa dilindungi. Amin.
Untuk lelaki, belajar la ilmu agama banyak2. Kahwin bukan untuk seronok je. Berat tanggungjawab tu. untuk perempuan pula, senjata yg paling kita ada adalah doa. Gunakanlah doa tu sebagai ubat penenang kita. Dulu mula2 kejadian ni aku susah sgt nak terima takdir ni. Tapi lama kelamaan alhamdulillah ketenangan tu aku dah miliki.
Aku minta maaf kalau ada terkasar tulisan ke apa ya. Sekadar luahan dari kisah aku sendiri. Sekian.
– Miss Qila
– Mrs Qila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit