Wasatiyyah (Balance)

Asaalamualaikum Warga IIUMC. Aku Angah. Aku graduan IIUM tahun 2015. Mempunyai keluarga kecil sendiri.

Saja aku nak ketengahkan konsep wasatiyyah ni. Sekaligus menjadi peringatan buat diri sendiri dan masyarakat melayu kita yang ada banyak masalah dengan mindset, pandangan dan bahasa yang kasar dan kesat. Walhal Melayu ni asalnya penuh budi bahasa, sopan santun dan adab. Aku tak cakap aku perfect ada semua tu. Sebab tu aku jadikan confession ini untuk ingatkan diri aku sendiri jugak.

Aku bosan dengan bahasa kesat dan kasar yang dilemparkan sesetengah golongan masyarakat melayu. Teruk sangat. Tercalar-calar hati aku dibuatnya. Ada yang berikan alasan manusia ni pelbagai. Adakah itu yang Islam ajar? Sebab manusia ni pelbagai kita jadikan tu satu keizinan pada diri sendiri untuk gunakan bahasa kesat dan kasar terhadap orang lain? Maki hamun dan mengecam sesuka hati? Islam suruh dan ajar kita mengecam orang dengan penuh penghinaan ke? Sedangkan ada cara yang lebih beradab.

Aku khususkan masalah ni pada isu perubatan doktor dan supplement. Aku makan ubat-ubatan doktor bila aku sakit. Anak-anak aku semua aku hantar vaksin. Sebab aku tau ni usaha dan ikhtiar untuk kita jaga kesihatan kita. Sama juga dengan supplement. VCO tu Virgin Coconut Oil. Dikategorikan sebagai makanan tambahan.

Aku ambik supplement. Aku minum jamu. Tapi consultation yang aku dapat dari seller selalu pun rujuk nasihat pakar dulu. Maksudnya seller supplement yang aku beli yakin dengan kebaikan dan manfaat supplement tu, dan dalam masa yang sama mereka tak menafikan professionalism seorang doktor dan pakar.

Aku tak faham kenapa kita perlu bahagikan kelompok dan group. Yang ni sokong vaksin. Yang ni anti-vaksin. Come on guys. Semua ada kebaikan sendiri. Masalah nak bersalin mudah ke tak ke tu semua takdir Allah. Sama macam kita ambik ubat doktor untuk usaha kita pulih dari sakit, macam tu jugak kita ambik supplement untuk usaha elak dari sakit. Tapi sakit tu datang dari Allah jugak. Bila-bila masa kita boleh sakit. Yang penting usaha dan ikhtiar untuk jaga kesihatan.

Perlu ke kita hina dan kecam doktor dan perlu ke kita hina dan kecam orang yang ambik supplement?

Islam mengajar kita untuk balance. Dalam semua hal. Semua perkara. Bukan kutuk antara satu sama lain kalau tak sedap pada mata kita dan kotak pemikiran kita.

Aku rasa ramai orang buat confession tentang hal ni dan ramai orang pun bagi komen. Tapi perlu ke gunakan kata-kata kesat, menghina, mengutuk, mengecam dan rendah-rendahkan orang lain?

Aku tak pernah pandang kerja doktor tu hina. Yang invent barang-barang untuk operation pun orang Islam, guys. Dan aku tak pandang hina jugak supplement sebab bahan-bahan natural yang dijadikan supplement tu siapa yang cipta? Allah kan? Doktor belajar tentang tubuh badan kita sebab tu dorang tau apa yang baik dan buruk untuk kita.

Nenek atuk kita dulu pun rebus akar kayu jadikan ubat periuk dan jamu. Tu bukan supplement? Cuma sekarang orang jadikan benda tu kepada bentuk yang senang untuk orang cerewet macam kita ni. Jangan lah hati tu mudah sangat membenci. Kita ni manusia. Patutnya kita lah yang penuh dengan sifat sayang dan memahami.

Aku harap, instead of korang carik kesalahan orang lain, korang get the message. Kita bila dengar pandangan orang lain, kita sepatutnya cari kebaikan dan message yang baik yang dia nak sampaikan. Bukan cari kesalahan dalam kata-katanya je. Kita maju, bila otak kita dan pemikiran kita serta attitude kita maju. Maju tu bukan sekadar pembangunan bandar dan buat bangunan tinggi-tinggi atau kerja office je. Tu belum lagi maju.

Aku sudahi dengan wassalam. Maafkan aku andai terkasar bahasa dan tersilap kata. Moga kita sama-sama dapat pengajaran.

– Angah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit