Baru-baru ni viral pasal kerajaan kaji untuk tetapkan umur persaraan pada usia 65 tahun. Kadang aku tak faham dengan orang yang bagi idea ni. Aku tahu mereka ada alasan tersendiri. Mungkin jika dinaikkan sehinggan usia 65tahun, maka ada la mereka sumber pendapatan lagi. Memang bagus untuk mereka tapi…
1) Kalau dilanjutkan sehingga 65 tahun, maka kekosongan jawatan memang tak ada. Disini la punca kenapa fresh grade sukar untuk mencari kerja. Kalau boleh, bila pelajar ni belajar dalam sesuatu bidang, mesti la nak dapat jawatan yang selayaknya dengan apa yang mereka belajar. Tapi itu la, kekosongan tiada. Kalau ada terlalu sedikit.
2) Kalau dilanjutkan sehingga 65 tahun, aku rasa kualiti kerja atok dan nenek (Biasanya da usia begitu mesti da status atok dan nenek kan) mesti la menurun.
3) Ada antara mereka yang bekerja seawal usia 19 tahun. Jika mereka bersara pada usia 65 tahun, maknanya mereka telah bekerja selama 46 tahun. Waktu lebih banyak habis pada kerja. Kan lebih elok jika sementara daya, seperti usia 50 tahun mereka habiskan masa bersama keluarga, suami atau isteri, pergi memperbanyakkan urusan ibadah.
4) Mereka khuatir mereka tiada pendapatan selepas usia 65 tahun. Tapi aku rasa mesti waktu ni anak-anak mereka telah dewasa dan mempunyai pendapatan tetap, aku rasa ini lah waktunya untuk anak-anak mereka menanggung mereka seperti mana mereka menanggung anak mereka sehingga habis belajar
5) Pada usia 65 tahun, status confirm la warga emas. Setahu aku, warga emas ni emosi dia sensitive. Jap lagi dekat ofis kalau dia buat salah, kita yang kena marah. Dia je yang betul. Ini pun boleh membawa masalah semasa keja.
Hidup ni kena balance. Usia 65 tahun tu da terlalu tua untuk bekerja. Enjoy la selagi hidup. Rasa apa yang tak merasa semasa kuat bekerja. Mungkin ada sesetengah masih kuat, tapi peluang akan jadi sempit bagi golongan yang muda. Sukar untuk dapat peluang dan pengalaman. Aku tahu kerajaan bijak. Mereka tidak akan membuat keputusan untuk kepentingan sesetengah pihak. Aku minta maaf kalau ada yang tidak setuju dengan aku. Tapi aku memang tidak bersetuju dengan idea ni.
– Generasi Y
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit