Sedekah Cara Jutawan

Assalammualaikum kepada semua pembaca IIUM.
Terima juga kepada pihak IIUM sekiranya sudi menyiarkan penulisan saya ini.

Firstly, saya nak bagi beritahu kepada pengguna.. Apa yg kita beri, kita akan dpt balik seperti kata orang putih ” what you give, you’ll get back”. Sama juga macam sedekah, sekiranya kita memberi, kita akan dapat balik apa yang kita sedekah tapi kadang-kadang bukan la seperti apa yang kita beri. Sebagai contoh nya, kita bersedekah Rm10, kita jangan mengharap kita dapat semula Rm10 tersebut, tetapi apabila kita bersedekah Rm10 tu, mungkin Allah akan menggantikan dengan benda lain yg lebih baik spt kenaikan pangkat, dipanjangkan umur, mendapat anugerah pekerja cemerlang dan lain lain. TETAPI harus diingat JANGAN mengharapkan pembalasan daripada apa yg kita beri, cuma kita harapkan pahala dan keredhaan Allah di dunia & di akhirat.

Berkenaan TIPS yang saya nk kongsikan dalam penulisan ini adalah cara bersekah cara jutawan. Tips ini saya dapat daripada golongan orang yang berjaya.Mereka mengatakan bahawa jika kita nak berjaya di dunia dan akhirat,jaga amalan sedekah. Sekiranya kita pergi ke Masjid @ kita berjumpa dengan orang yang dalam kesusahan, buka beg dompet kita,lihat jumlah yang paling besar & letakkan wang tersebut didalam tabung. Contoh nya nilai yang paling besar di dalam dompet kita adalah Rm100, letak kan di dalam tabung dan lupakan apa yang kita berikan. PERCAYA LAH kita akan dapat 10x daripada yang kita berikan.. Sekali lagi saya ingatkan JANGAN mengharapkan pembalasan.Ikhlaskan hati anda untuk memberi. Mungkin ada pembaca ade mengatakan sekiranya kita berbuat sedemikian, pemberian itu akan jadi seperti tidak ikhlas,sebab itu saya kata GIVE & FORGET, percaya la kita akan dapat merasai nikmat sedekah tu.Nabi Muhammad pernah BERSUMPAH ke atas 3 perkara iaitu ” tidak berkurang harta kerana bersedekah, tidak teraniaya seorang hamba dengan aniaya yang dia sabar ke atasnya melainkan Allah mengurniakan kepadanya kemuliaan, dan tidak terbuka seorang hamba pintu permintaan, melainkan Allah membukakan ke atasnya pintu kefakiran.”

Yang BERSUMPAH ini bukan manusia biasa macam kita.Yang bersumpah ni KEKASIH ALLAH. Apakah engkau tidak yakin?

Bila mana engkau YAKIN dgn janji Rasullullah SAW,engkau tidak akan takut utk memberi.

Nak ikut tips ini atau tidak terpulang pada setiap individu.. tapi tidak salah kan mencuba, semoga bermanfaat kepada semua.. jazakallah

#minta maaf sekiranya penulisan agak teruk, ini kali pertama sy menulis di sini & agak lama tidak menulis ayat yang panjang2

yang ikhlas
Mohamad H (tentera Allah)

– Mohamad H (tentera Allah)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit