Best ke Duduk Sabah?

Sekarang ni tengah hot pulak tentang rasa hebatnya duduk di Sabah. Pasal seronok tiada jurang agamala. Pasal orang Sabah sporting la.

Tapi korang kene tau jugak kenapa takde jurang agama. Dan ada jugak keburukan Sabah ni yang korang tak tau kecuali kahwin dengan orang Sabah. Hahaha…. propa sangat

Mula-mula aku sampai Sabah ni memang aku terkejut beruk kot (now aku pun sama macam tu jugak…… hehehe)

Sabah ni kuat betul isu perkauman. Seseorang itu akan diketegorikan dengan kaum. Di semenanjung, kita ada cina, melayu, india saje. Kadang-kadang ada la mamak kot. Hahahah…..

Jarang la kau nak tanya pasal bangsa. Takde la baru jumpa nak tanya orang Johor
“Kau ni jawa ke?”

Di sini ada dusun, bajau, kadazan,murut, sungai, bugis, jawa,banjar, pelak (philiphine la tu), suluk,timor…… dan macam-macam lagi.

Memang aku kekok gila bila mula-mula sampai. Dorang akan cakap

” Itu dusun tu”
“Ni kedai jawa ni”
“Ni mesti bugis”
“Area ni kebanyakannya bajau”
“Tengok muka pun tau pelak”
“ommmm…..!!!!” ( ni orang sabah faham la kot

Lepas 10 tahun kahwin dengan orang Sabah. Aku pun sama
“Tu orang apa?”
“Bajau ke tu?”
“Kamu bangsa apa?”
“Kahwin dengan orang apa?”

Dan kenapa tiada perbezaan agama? Sebab banyak kahwin campur. Sebab pengislaman beramai-ramai dulu(orang Sabah faham kan?). Sebab memang bersaudara.

Bab agama aku malas nak sentuh. Duduk la sini lama-lama ataupun kahwin la dengan orang sini. Baru la korang tahu kenapa tiada perbezaan agama.

Dan biasanya yang duduk di atas atas bukit tu dusun, tepi sungai tepi laut bajau, atas air philipine, kadazan ada class gaya-gaya orang kl, bangsa brunei kaya sikit dan suka cakap besar. bugis otak berniaga je….. minah urut/saloon biasa philipine la, pekerja kedai makan suluk,ommm duduk dalam ladang/kebun je, kedai makan sedap jawa, jangan main-main dengan orang sungai yea, fikir betul-betul kalau nak kahwin dengan orang murut.

Ini dari sudut pemerhatian aku yea selama 10 tahun kahwin dan duduk di Sabah. Bukan hasil kajian mendalam dan terperinci. Cakap-cakap kedai kopi, kaki lima dan tamu sahaja.

Sebab apa aku pakai nama bukan cikgu di sabah? Sebab kalau dorang dengar aku cakap kl je, mesti dorang tanya

“Kamu cikgu ka?”

– aku bukan cikgu di sabah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit