Salam….
Kalau tengok title pon,mesti korang dah dapat agak apa
benda yang aku nak sampaikan.Apa yang aku nak cerita ni based on my own experience and hopefully ada pengajaran yang boleh diambil especially kepada girls sebab isu ni mostly relate dengan kita.Walaupun dah banyak confession yang berkait dengan confession aku,lillahita’ala semoga memberi manfaat sebab kadang2 kita alpa walaupun dah banyak nasihat orang bagi.
Sekarang memang trending sangat isu soal ‘mercury skincare’ sebab produk2 kecantikan yang baru naik ni ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Cepat giler viral ! Lagi2 dekat Malaysia,rakyat Malaysia sangat ‘secure’ soal kecantikan tapi tak ‘insecure’ langsung soal apa yang terkandung dalam produk yang dipakai.
When we talk about skin condition,kulit muka aku tak pernah flawless ! Kulit aku jenis cepat naik jerawat lagi2 bila surrounding tak bersih(berdebu),tak boleh makan sebarangan…senang cita memang cerewet giler ah nak jaga.Lagi2 bila tengah ‘cuti’,berlumbalah mak nenek dia tumbuh…Ouch !
Aku ada seorang kawan,aku namakan A.Orangnya kecik2,cantik & kulit sawo matang.Satu hari time daftar sem,aku perasan yang kulit A ni flawless giler,putih memang comel lah masa aku jumpa time daftar sem tu.Masa tu tak terdetik pulak nak tanya product apa yang dia pakai sebab maklumlah soal kulit ni girls memang sensitif pon(LOL).Takut salah tafsir pulak tak pasal2 bermasam muka.Bilik dia dengan bilik aku sebelah2 je so selalulah lepak2 bilik masing2.Dan bermulalah ‘mimpi ngeri’ aku.
Dia perasan yang kulit muka aku makin teruk so dia recommend kan satu skincare ni…Skincare ni memang gah sangat dengan trending “putih seawal 3 hari”.Aku yakin antara korang semua CONFIRM ada yang pakai,pernah pakai,pernah nampak,pernah dengar…senang cita famous lah ! Time tu memang aku yakinlah dengan skincare tu sebab ‘feedback’ dah ada depan mata dengan result dekat kulit si A ni,member pulak tuh.
Hari demi hari pakai,memang awesome ! Parut jerawat yang hitam2 kat muka aku hilang ! Cuma ambik masa dalam 3 hari je.Advance betol product ni.So makin bertambah confidence lah dengan skincare ni.Hari2 pakai tak pernah miss….Dengan krim siang,krim malam,krim rawat,sunblock memang tip top lah aku pakai punya nak flawless cepat2.LOL…
One day,mak aku tegur yang kulit aku makin cerah padahal sejak azali kulit sawo matang kot.HAHAHAHA…And apa yang aku perasan,jerawat sebijik pon tak tumbuh.Awesome lagi ! Tak pernah2 kulit aku flawless tetibe pakai skincare ni jadi flawless pulak.Time ni aku memang rase bangga lah sebab akhirnya misi flawless aku tercapai jugak(cewahhh).
2 bulan berlalu dengan kulit yang makin flawless dan putih…One day Allah hadirkan seorang hamba add aku dekat fb.Nama F,seorang beauty consultant satu international skincare product.Mula2 dia mesej aku dulu dekat messanger.Aku memang malas lah nak layan(sbb ingatkan online seller yang dok promote tu).Ape yang buatkan aku terdetik nak korek cerita bila die keluarkan statement “Local product vs Shelf product”…F explain one by one what is local/shelf product.And bila dia sentuh soal result,aku tersentak.
Sebab itulah result yang aku sedang alami sekarang…
Korang pakai satu product,kulit makin putih dari yang asal ?
Jerawat tak tumbuh langsung ?
Tak boleh kene matahari(kulit jadi sensitif) ?
Mostly local product(tak semua),memang bagi ‘advance result’.
“Pakai 3 hari je dah putih”…
Kalau korang perasan,mostly local products WAJIB ade 5 item;(sabun,krim siang,krim malam,krim rawat,sunblock,toner)…5 in 1.
Actually semua tu adalah ‘bad result’ utk kulit.Kulit makin putih dari yg asal ? Lapisan epidermis kulit menipis that’s why kulit makin sensitif bila kena pancaran matahari.More severe,kulit jadi merah terbakar dan pedih(bagi user yang dah lama pakai).Jerawat tak tumbuh langsung ? Kandungan kimia dekat kulit tinggi sampaikan jerawat pon takut nak naik.huhuhu…other word,we called it mercury.Korang mesti dah sedia maklum pasal mercury ni…Honestly,kulit muka sedang berkimia bila pakai product yang ada mercury ni.
Bila F dah sharing semua ilmu skincare dia dekat aku…aku ambik keputusan untuk berhenti pakai product tu.Even time aku pakai kulit cun habis tapi lantaklah ! Dari aku pakai benda tu dalam masa yang lama then becomes more severe….? Siapa yang susah kalau bukan diri sendiri.Sedia maklum kalau berhenti pakai ‘mercury skincare’ ni…of course breakout ! Hahaha padan muka.
So sekarang kulit aku tengah ‘detoxification’ process atau dalam bahasa mudah…nak buang bahan kimia dekat kulit.Jarawat yang selama ni tersorok,keluar banyak giler dan besar2 malah lagi teruk dari condition kulit aku yang sebelum ni.huhuhu…Disebabkan kulit aku menipis,ade certain part dekat kulit muka yang pedih dan terkopek-kopek macam kulit kering tu sampaikan kulit senang berdarah. Memang ‘nightmare’ lah bila berhenti pakai product tu tapi takpe.Dari aku pakai berbulan-bulan,bertahun-tahun…entah2 hilang terus muka aku.Aduh !
Breakout tersangatlah tak best !Selama ni orang tengok kulit aku cerah,flawless…tetibe muncul banyak benjol2 jerawat plus nanah2 plus lebam2…memang rase nak menunduk je lah time jalan tu.huhuhu..And to those yg experience benda yang sama macam aku,it’s okay,for our own sake and ade hikmah semua ni berlaku supaya kita sedar yang ‘andai kita bersyukur,tiada yang tidak cukup’.Sekarang aku rase macam nak rewind masa balik and tolak recommendation kawan A aku tu…tapi benda dah jadi kan.
Hopefully kepada korang yang baca confession aku dapat sedikit input and mohon korang doakan aku dapat rawat kulit aku balik(dapat kulit asal pon jadilah)…Ini experience aku sendiri so tak semua dapat result yang same macam aku,maybe breakout korang lain.Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan ape yang kita ada and tujuan aku share ni sekadar nak korang semua aware dengan ape yang korang pakai dekat kulit muke korang yang precious tu..Kulit kite ni mahal tau.Aku minta maaf andai penyampaian aku buat certain pihak terguris or kecik hati ke.In Shaa Allah semoga semua berada dalam lindunganNya.
– Miss Jerry
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit