Insecure ke?

Assalamualaikum, admin & pembaca. Terima kasih admin sebab terima penulisan aku yang sebelum ni. Ingat aku? Kapten luffy. Alaa.. Yang confess tentang adik ipar sempoi tu la. Aku menulis kali ni lebih kepada nak selesaikan kesalahfahaman korang sebelum ini. Aku baca jugak komen2 korang tu.

Alhamdulillah, ramai jugak yang berminat baca penulisan aku yang tak seberapa tu. Insecure ni pasal apa plak. Haa.. Sini aku nak bagitau sikit. Ini susulan daripada penulisan aku sebelum ni. Adik ipar sempoi. Banyak jugak komen negatif yang aku terima dan hampir semuanya dari pihak wanita. Hmm.. Aku tak la menyalahkan golongan ni 100%. Dorang ada alasan yang tersendiri. Mungkin golongan ni kebanyakannya dah berkahwin, tapi ada rasa insecure dengan suami sendiri. Mungkin.

Dan mungkin sebab aku tak jelas sangat mengatakan aku tak berminat pun dengan adik ipar aku tu sampai menimbulkan salahfaham korang. Aku hormat dia sebagai adik. Aku dah sebut kot yang aku tak suka. Tapi takpa la, manusia ni memang tak lepas dari fikiran2 & hasutan syaitonirrojim. Oleh sebab ada komen yang cakap kenapa aku tak nak bagitau bini aku? So, aku pun ceritalah benda ni pada bini kesayangan aku ni.

Bila aku bagi dia baca, dia pandang aku & cakap, “overall, penulisan yang baik. Tapi bukan tu je. ada point lain yang tertinggal.. Dan ayat last tu tak best. Nape kita jadi janggal pulak? Awak ingat saya jeles ek?” dan ada beberapa ayat lagi yang dia tanya tapi tak payah aku nak rakam semua dialog tu. alhamdulillah, penerimaan bini aku tak seperti yang korang sebutkan. Bila dia baca komen2 korang yang negatif baru dia tanya, “saya tak jumpa pun ayat awak kutuk saya.” “komen ni pulak cakap awak kagum siti pakai masker. Ayat awak yang mana tu sampai perkataan kagum tu datang?” adoh2 buat lawak pulak dia.

Itu lah salah 1 kelebihan bini aku. Tak mudah nak buruk sangka. Kalau aku cerita kelebihan dia memang banyak lagi, nanti meluat pulak korang. Wahai golongan wanita yang insecure tu.. Dengar sini elok2 ya. Kami kaum lelaki ni memang dikatakan nafsu 9 akal 1. Tapi bukannya kami bernafsu sepanjang masa. Akal yang 1 tu yang buat kitorang ni boleh fikir waras. Bukan macam korang golongan yang emosi memanjang. Jangan fikir buruk sangat pada kaum lelaki terutamanya dengan suami sendiri.

Korang cakap kenapa aku tak cerita hal bini aku banding adik ipar? Dah kenapa aku nak gembar-gembur bini aku yang cantik, pandai, rajin segala tu. Kau gila aku nak promote bini?? Tak pasal2 laki lain rasa teruja nak tengok bini aku yang cantik sangat tu. Aku cerita pasal adik ipar aku pun berdasarkan pemerhatian secara umum. Yang aku nampak dengan mata, dengar dengan telinga. Bukan aku perhati sampai buat kajian sungguh2 apa yang dia buat. Pekerjaan aku sebagai kaunselor jadikan aku ni lebih peka dengan sekeliling. Korang ingat lelaki ni buta & pekak ke sampai tak nampak apa2? Haaa..

Kan dah emosi aku macam korang. Rilek2… Aku cuma nak nasihat sikit kat kaum perempuan. Tak semua lelaki yang matanya rakus tengok perempuan lain. Aku akui memang golongan kitorang suka pada kecantikan. Bila lalu depan mata memang nak pandang. Tapi semua tu cuma pandangan saja. Bukannya sampai nak jadikan wanita tu sebagai bini.

Sama jugak macam kaum wanita, bila tengok lelaki hensem mesti korang tengok jugak. Tapi tak la sampai nak puji tinggi melangit depan suami. Rasa kasih pada laki @ bini tu lebih mengatasi fizikal depan mata.

Wahai wanita, aku tahu setiap dari korang mesti ada rasa insecure tu. Pasni jangan pulak kau kata kenapa aku tau sangat. Banyak pasang perempuan ka apa? Haihh.. Dengar. Aku sebagai seorang kaunselor banyak pelanggan yang terdiri daripada kaum wanita yang selalu tertekan dengan rasa insecure diri sendiri. Khususnya kepada pasangan masing2. Tolong beri kepercayaan itu kepada pasangan anda.

Ni tak.. Slalunya benda belum jadi apa2, tapi tiba2 dibangkitkan menjadi isu seolah2 lelaki tu dah buat kesilapan tersebut. Ingat, bila anda dah wujudkan topik tersebut, pasangan anda akan sentiasa rasa kurang dipercayai. Itulah perkara awal yang seringkali mengakibatkan keruntuhan rumahtangga. Aku bersyukur bini aku setakat ni tak pernah pertikai lagi apa2 perkara yang menunjukkan rasa kurang percaya. Harap2 berterusan selamanya.

Lastly aku nak clearkan situasi penulisan pertama aku. Aku menulis tentang adik ipar aku tu dengan perasaan hormat & kagum dengan hasil didikan mertua aku. Dan dengan penulisan aku tu, aku harap dapat buka mata hati kaum sejenis aku supaya jangan terlalu memilih paras rupa & fizikal. Kesian pada wanita2 yang wajar mendapat tempat mulia yang sepatutnya tapi disebabkan ciri2 fizikal, mereka ditolak daripada menjadi calon isteri sempurna kononnya pada pandangan kita.

Golongan wanita seperti ini insya Allah akan banyak bantu para suami membina keluarga yang lebih berkualiti. Ye la, nanti kau cakap, “kapten, kau sembang boleh la sebab bini kau cantik.” eh kau ni. Rezeki lain2. Memang aku dapat bini dah cantik. Kalau kau dapat bini kurang cantik, kau bawak dia buat rawatan muka, bagi yang ada masalah kulit. Yang gemuk kau bawak senam tiap ari, mekapkan dia bagi cantik depan mata kau. Kalau kau takde duit nak buat semua tu, kau dok diam je. Ye la, kau dah tau sengkek tapi nak bini cantik macam bidadari syurga. Jangan sentap ye bro. Yang wanita pulak usahakan jadi terbaik buat suami. Dan kurangkan rasa insecure dalam diri tu. Ok la. Tu je. Terima kasih.

– Kapten luffy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit