Assalamualaikum, pertamanya sebelum korang semua baca confess aku ni, aku harap korang dapat baca dengan hati yang terbuka dan matang.Apa yang aku kongsikan ini adalah semata mata untuk kita sama sama ambil pengajaran dan iktibar.
Aku yakin ramai lelaki kat luar mungkin tidak sedar bahaya fitnah wanita ni. Tapi bukanlah maksudnya kita kene memusuhi wanita. Wanita ni anugera beb, seindah hiasan ialah wanita solehah. Tapi nak dapat wanita solehah ni ibarat mencari belian dicelahan kaca.. Wahh..haha.
Fitnah wanita ni bahaya beb. Jangan la cuba cuba masuk dalam fitnah wanita ni. Sekali terjebak merana wei. Satu kisah yang boleh aku kongsikan mudah mudahan jadi pengajaran buat kita semua.
Aku kenal seorang ustaz, aku panggil dia ustaz jo (bukan nama sebenar). Ustaz jo ni umur dalam lingkungan 40an. Ustaz jo ni alhamdulillah seorang suami yang baik dan bertanggungjawap. Sebab aku merupakan anak murid ustaz jo. Aku bab tajwid ni lemah sikit. Jadi aku bergurulah bab tajwid dengan ustaz jo ni.
Jadi bermula saat itu aku dengan ustaz jo ni rapat lah. Macam anak dengan ayah. Ustaz jo ni merupakan seorang pengamal perubatan islam juga. Alhamdulillah ramai orang yang ada masalah gangguan makhluk halus, penyakit zahir dia bantu dan lebih mengkagumkan aku, dia tidak meletakkan bayaran atas setiap rawatan yang diberikan. Kalau pesakit bagi rm1.00 pun dia terima dengan senyuman, memang baik orangnya.
Itu serba sedikitlah mengenai ustaz jo ni. Sehinggalah pada suatu hari, ustaz jo dapat panggilan untuk merawat seorang pelajar perempuan dalam lingkungan 20an.
Istimewanya kes pelajar perempuan ni ialah, dia mula kene gangguan makhluk halus sejak dari umur 6 tahun dan bila masuk umur 17 tahun dia diserang oleh sihir pulak akibat cinta yang tidak berbalas.
Boleh dikatakan pelajar perempuan yang aku namakan Aini ni memang beratlah ujiannya. Bapa kandung Aini pula meninggal sewaktu aini berumur 10tahun. Sadis juga lah..
Ok, seperti biasa aku anak murid yang baik dan kacak akan sentiasa follow ustaz aku pegi berubat. Sama seperti kes aini tadi.
Aku pun macam biasa follow ustaz jo pergi kerumah aini. Yang call ustaz jo tu kakak kepada aini. Setiba kami dirumah kakak aini. Aku lihat sekujur tubuh terbaring lemah ditengah tengah rumah sambil mata melilau melihat syiling rumah. Bedebor jugak aku waktu tu.
Tapi ustaz jo relex je. Huhu. Jadi aku macam biasalah tolong bacakan ayat suci al quran mana yang telah diajarkan sebagai pendinding sebelum rawatan.
Alhamdulillah setelah dibacakan ayat suci al quran dan diberikan air rukyah (air jampi yang dibaca ayat suci alquran) aini dipulihkan daripada gangguan.
Aini yang sudah sedar dari rasukkan dan dalam keadaan keletihan sempat mengucapkan terima kasih pada ustaz jo. Aini yang aku lihat secara zahirnya memang cantik orangnya. Putih bibir kemerahan, kening lebat dan tersusun. Sedap mata memandang. Hahaha
Tapi seminggu selepas kejadian ustaz jo beritahu aini diganggu semula dan ustaz ajak aku teman dia tetapi aku mula disibukan dengan kerja pejabat maka aku terpaksa menolak.
Selepas 2 minggu baru aku berkesempatan jumpa ustaz jo untuk berbual dan bertanya khabar. Tapi kelakuan ustaz jo sedikit pelik. Sebab ustaz kurang berbual dengan aku macam biasa tetapi lebih banyak menjawap message di whatapp sambil tersenyum sorang sorang. Pelik
Aku pun macam biasa lah tukar topik dan mula memancing maklumat. Hahaha aku tanya ustaz apa yang sibuk tu.. Dipendekkan cerita ustaz bagitau aku yang aini selalu message dia, ustaz jo kesian pada aini kerana selalu kesunyian dan ustaz jo bimbang jika aini rasa sunyi dia akan mudah diserang gangguan.
Aku pun memperhebatkan lagi pancing aku sehinggalah ustaz jo bagitau aini pernah tanya pada ustaz jo mengenai perasaan ustaz jo pada dia. Aku pun tanyalah ustaz jo. Pada pendapat aku kalau betul ustaz mampu apa salahnya berpoligami sebab ia dihalalkan dalam islam.
Ustaz kata dia anggap sebagai anak je. Dia kesian pada aini yang sering kene gangguan makhluk halus dan keretakkan hubungan keluarga menjadikan aini sunyi dan perlukan pada bimbingan dan perhatian.
Aku senyum aja. Sebab aku dah kawin jadi aku sayang isteri aku hehe. Aku cuma nasihatkan ustaz. Kalau ustaz mampu bolehlah ambil sebagai isteri, tetapi jika tidak lebih baik ustaz carikan dia calon suami atau ustaz menjauhkan diri, sebab bimbang akan fitnah.
Tapi fitnah wanita ni bahaya beb. Aku tengok ustaz jo makin ligat melayat Whatapps aini. Sehinggalah dikhabarkan ustaz sering kerumah aini untuk bertanya khabar.
Aku tak tahu perkara ini sampai ke pengatahuan isteri pertama ustaz jo atau tidak. Yang aku pasti jika hal ini terbongkar pasti perang dunia ketiga akan meletus.
Cuma apa yang aku nak sampaikan kat semua. Jangan mulakan hubungan dengan perempuan bukan mahram kita walaupun hanya nak ambil berat pasal biasa biasa. Sebab fitnah wanita ni, sekali dia memerangkap ko susah nak lepaskan diri.
Aku masih mengikuti perkembangan ustaz jo. Aku berdoa supaya ustaz jo, aku dan kita semua dilindungi daripada fitnah wanita.
Buat bro bro semua. Kita semua memang suka tengok perempuan. Itu fitrah kita lelaki, apatah lagi kalau perempuan yang cun bagi respon kat kita. Senyum ke pandang ke. Kalau kita dan ada isteri dan belum mampu berpoligami segera istighfar dan tundukan pandangan. Jaga batas pergaulan. Walaupun perempuan tu dah jadi isteri orang. Kene jaga batas.
Sebab akhir zaman ni. Orang lagi suka mengorat isteri/suami orang. Katanya bila dapat mengorat isteri atau suami orang macam market tu level fatah amin n neelofa la.
Zaman ni zaman fitnah. Bahaya sangat. Pergaulan dipejabat antara lelaki dan perempuan kene jaga. Terkadang batas tu tak de. Boleh main gurau perkara dalam kain tanpa malu.
Itu semua fitnah. Ada guru lain aku pesan nak elak fitnah wanita. Kalau tahap anggau sangat makan tak lena tidur tak basah. Amalkan surah yasin ayat 9 bayangkan wajah perempuan yang kita anggau tadi. Ludah kat belah kiri. InshaAllah
Banyak lagi kisah fitnah wanita sebenarnya. Nantilah aku share kisah dan tips menjaga diri daripada fitnah wanita. But korang jangan salah faham, kita tak benci wanita. Cuma kita kene jaga batas dengan wanita sebab kita sayangkan maruah dan kita hormat wanita. Kita nak wanita kita jadi wanita solehah sebaik perhiasan dunia cam dalam lagu inteam tu tajuk apa aku tak tahu.
Haha. Ok semoga kita semua diselamatkan dari fitnah.
Adios!
– Harry potter
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit