Hidayah Seorang Hamba

Assalamualaikum hari ni saya nak share sikit pasal hidayah dan reaksi ahli keluarga saya terhadap penghijrahan saya.saya berasal dari keluarga bercampur-campur keluarga mak saya semuanya bukan muslim. Masalahnya ialah keluarga saya tinggal berjiran dengan semua ahli keluarga mak yang bukan muslim. Saya taknak persoalkan hal itu, kami hidup aman dan damai. meskipun berlainan agama. Masalahnya ialah, sejak saya mula mengenali islam dengan lebih dekat dan mula mempraktikkan ajaran islam yang sebenar saya dapati banyak perkara yang sebenarnya salah tapi dah terbiasa buat. Saya tidak merasa terbeban atau sebaliknya malah saya sangat gembira kerana sesungguhnya ajaran islam sangat lah indah. Apa yang saya mahu sampaikan adalah kalau dulu saya boleh lepak rumah nenek dengan tidak menutup aurat dengan sempurna, share makanan, bergurau lebih lebih dengan saudara namun sekarang saya terasa kekok untuk buat semua itu. Saya serba salah kalau datang rumah nenek dengan tidak menutup aurat sebab saudara-saudara yang lain turut ada di sana. Budaya bersalaman juga tidak dapat saya elakkan bila balik bercuti di kampung. Bila part makan tu, wallahi saya bukan sombong tidak mahu makan dan memang kadang terpaksa makan juga..Kita pun tahu kenapa tidak boleh makan, seorang hamba Allah pesan dengan saya.. masih ada sisa kotoran yang tidak dibasuh dengan betul contoh kuali dan sebagainya. (betulkan saya part ini kalau salah)

Maafkan saya. Bukan maksud untuk menjauh tetapi memang banyak budaya lama yang saya tidak boleh buat lagi..saya teringin sangat jelaskan dengan sejelas-jelasnya mengapa saya berubah drastik seperti ini tetapi terlalu susah dan saya tidak mampu. Jujurlah dalam keluarga,hanya saya dengan Ayah ja yang betul-betul mempraktikkan ajaran islam walau tidak sesempurna mana tapi insyaAllah kami cuba. Tambahan pula saya memang spesies ikut telunjuk nenek,atuk,makcik,pakcik sebab kalau tidak buat kena marah macam buat salah membunuh orang. Lagi lagi they all pun banyak support pocket money. Entahlah dah dibesarkan macam ni tapi sekarang saya banyak diamkan diri dan tak lagi sehappening macam dulu.. saya lebih suka dengan ahli keluarga ayah saya masalahnya pula jarang sangat bertemu. Para pembaca yang budiman doakanlah ahli keluarga saya yang lain dibukakan hati untuk melihat keindahan islam dan menerima islam. Kerana saya sangat sayangkan theyall sebab Allah.. Saya taknak masuk syurga sorang-sorang (walaupun mungkin saya tak layak pun untuk syurga) tp insyaAllah Allah mercy is the most merciful.

Saya dilahirkan islam tetapi tidak dibesarkan dalam keluarga islamik malah sebaliknya. Saya membesarkan dengan keluarga mak saya. Saya bersyukur kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya belajar di Negeri orang dan dikurniakan hidayah dari Allah yang sangat indah. Kalau dulu saya seorang yang sangat mengada dan ‘bossy’ takpayah cakap la..pemarah namatii.. banyak lagi lah perangai negative saya. saya langsung tidak mencerminkan islam dari sudut pakaian sehinggalah pertuturan semuanya tidak baik. But upon his mercy I found love of islam in an unexpected place.. ternyata islam sangat indah dan kalau saja “aku mengenali agamaMU lebih awal ya allah”

Sejujurnya mungkin kerana doa-doa ayah saya akhirnya saya mendapat hidayah, ayah merupakan insan yang paling gembira di atas penghijrahan sebenar saya. Doakan lah saya terus kuat di jalanNYA. Doakan lah saya.. walaupun banyak kali juga give up. Bila dah berubah ni ujiannya lain pula.. saya diuji dengan ahli keluarga sendiri sejujurnya mungkin sebab drastik maka memang susah lah mereka menerima saya yang baru. Hal ini membuatkan saya nak jauh dan taknak jumpa mereka langsung sebab sakit hati. Keluarga ni terdiri daripada (sepupu sepapat , makcik pakcik, anak makcik pakcik )

Saya tahu memang menjauhkan diri tidak menyelesaikan apa-apa tapi banyak lagi perkara menyakitkan hati yang tak dapat saya nak kongsikan disini. Dalam masa sekarang saya happy dan enjoy berada jauh sebab study tapi bila cuti ja saya akan mula gelabah sebab taknak balik. Di sini di suatu negeri yang tidak pernah terlintas pun dalam hati saya akan belajar banyak mengenai islam. Something happened and saya mula mencari kawan-kawan seislam yang memang imannya fuhhhh. Syukur sangat waktu susah saya ditemukan oleh orang-orang baik dan saya memang bermula dari zero. Saya just nak mention orang-orang yang gigih membantu saya waktu tu adalah budak-budak surau yang kadang saya tak paham juga kenapa banyak org nak bash?(sampai mati saya akan ingat semua orang yang memimpin saya ke jalan Allah) diorang semua ni asal semenanjung dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan mereka. memang waktu tu surau pun dah jadi rumah kedua.. saya rasa surau sangat tenang semua masalah dunia hilang macam tu saja… saya juga banyak ingat mati. Bangun dari tidur tiada apa selain Tuhan. waktu tu memang saya menangis teruk.. Sebab saya pegang al quran tapi taktau nak baca. Semua kesalahan saya yang lalu berputar depan mata saya.. semua waktu solat yang saya tak pernah tunaikan. Wallahi saya sampai kira berapa tahun saya hidup tanpa solat. Saya terkenang segala dosa-dosa dengan mak dengan ayah dengan adik dengan kawan. Ya allah bukan takut mati sebab cintakan dunia tetapi saya takut mati kerana kekurangan amal kerana azab di atas semua kekhilafan. Allahuakbar! betapa bersyukurnya saya mendapat cinta Allah. kawan-kawan jomlah kita sama-sama mencari cinta yang tak pernah melukakan

Kesimpulannya saya memang mula dari zero, saya memang belajar sungguh-sungguh semua masalah saya tolak tepi waktu tu yang penting saya dekat denganNYA. kalau nak imbas balik kenangan mendapat hidayah subhanallah terima kasih Allah.. kau tak biarkan terus leka dengan dunia. Dan ternyata islam memang banyak mengubah hidup saya 100 % even negatif pun jadi positif kerana Allah.
Jagalah aku ya allah… rahmatilah semua umat islam.

– Seorang hamba bertaubat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit