Kelebihan Orang Pendiam

Assalamualaikum…

Hai, aku Min, and aku bukan budak UIA tapi budak KUIS kat Bangi. First of all, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat admin UIA Confession ni sebab bagi aku ruang nak tulis confession aku kat sini . By the way, ini first time aku nak confess kat sini. Sebelum ni, aku hanya baca beberapa confession daripada orang ramai terutamanya budak-budak UIA atau bukan UIA. Sebelum ni jugak, aku dah lama simpan hasrat nak tulis confession kat sini tapi diri macam tak bersedia lagi and risau time tu. Hahaha..but now, aku cuba beranikan diri nak share kat korang pasal apa yang aku nak sampaikan kat sini. Aku citer ni bukan pasal suami kaki pukul ke, isteri curang ke, nenek kirim saka ke atau apa-apa topik yang berisiko tinggi boleh menyentuh isu-isu sensitif serta boleh bukak aib diri sendiri, keluarga dan masyarakat. And aku confess kat sini bukan sebab nak tunjuk famous. Okay?

Baik..aku nak citer kat korang pasal apa kelebihan orang yang pendiam. Well, aku jadi pendiam dari zaman aku umur 7 tahun lagi, sampailah umur aku sekarang dah tua bangka 20 tahun. Aku pun tak tahu kenapa aku sampai ke tahap macam ni. Sampai beberapa orang macam parents aku, kawan-kawan aku, sedara-mara aku and yang lain-lain tanya kenapa aku jadi makin pendiam sangat. Aku hanya boleh cakap benda yang perlu je. Entahlah, aku pun tak tahu nak jawab apa, hanya Allah je yang tahu. Kadang-kadang sakit hati gakk bila ditanya soalan camtu selalu. Sakit telinga un ada. Okay, kelebihan ada banyak, tapi kat sini aku just boleh bahagikan kepada 3 aje ( sebab malas nak taip panjang-panjang) berdasarkan observation sepanjang aku hidup dengan penuh struggling sebagai insan yang pendiam.

The first one is orang yang introverted ni banyak disayangi oleh orang. Why? Sebab mostly orang kata budak pendiam ni jenis senang behave, tak buat hal and pandai. Zaman aku sekolah dulu, aku dah banyak dikelilingi oleh ramai cikgu sampaikan aku ni jadi anak murid kesayangan dorang . Hahaha, aku berbeza daripada kawan-kawan aku yang lain di mana dorang tu jenis banyak chit chat, kecoh-kecoh, berpuak-puak and macam-macam lagi jenis makhluk kat situ. Aku tak join pun dorang and aku langsung tak nak amik tahu pasal hal dorang. Aku just dokk kat tempat aku, buat hal sendiri macam study and siapkan homework yang semua cikgu aku bagi. Aku anggap tempat duduk aku macam office aku sendiri. Plus, bab belajar aku jenis okay and senang nak catch up.

The second benefit is orang pendiam ada banyak bakat yang terpendam. Well, semua orang ada bakat dorang sendiri, lagi-lagi aku. Korang jangan ingat orang pendiam ni tak reti nak tunjuk bakat, tahu dukk sonyapp je, melanguk sorang-sorang, anti-social bagai. Aku ada banyak bakat aku yang tersendiri. Antaranya berpidato, bersukan and main alat muzik. Cakap pasal berpidato, aku start minat dalam berpidato dari sem 2 lagi. Setakat ni aku dah masuk 2 pertandingan pidato. The first competition kat Pejabat UMNO Bahagian Serdang and the second one is kat U aku sempena minggu anti- rasuah. Alhamdulilah, buat kali pertama aku pernah dapat Naib Juara utk pertandingan yang second tu. Seriously, aku sedikit pun tak pernah terfikir nak menang. Aku masuk pertandingan tu sebab aku cuma nak latih diri aku supaya lebih berkeyakinan masa interact dengan orang and tak terlampau anti social. Kalau bersukan lakk,aku lebih minat dalam larian and bersilat. Dari zaman sekolah sampai ke U aku banyak join larian. Aku selalu menang tempat pertama sampai ketiga. Silat tu aku join Silat Gayong Malaysia kat U aku. Best sangat sebab aku dapat banyak belajar stunt-stunt bila berdepan dengan musuh. Since aku masuk silat, aku jadi makin agresif tapi takdelah sampai jadi kaki pukul lakk. Sekarang aku dah ada bengkung putih. Pasni siaplah korang nnti time bertembung dengan aku. Bak kata pepatah ‘Air yang tenang,jangan disangka ada buaya’. Hehehe,and bab main alat muzik tu, aku boleh main biola. Aku start amik class main biola dari umur 7 tahun sampailah form 3. Sekarang dah banyak main kat rumah and browse music notes kat google. Sape-sape yang berminat nak tuju apa-apa lagu favourite korang, bolehlah roger yee. Chehh..huhuhu~

Last but not least, kelebihan yang ketiga ialah have loudest mind. Maksudnya, orang yg pendiam ni nampak je kat luaran dorang jenis x cakap banyak, tapi minda dorang yang tolong ‘bercakap’ untuk dorang. So, minda spesis macam aku ni umpama universe sebab banyak benda yang bermain-main kat fikiran aku. BIla aku cuba nak cakap, aku bukan tak boleh, tapi aku tak mampu nak express and susun ayat camne bila aku nk cakap dengan orang. Aku hanya boleh express through drawing , writing and typing macam aku tengah buat confession aku sekarang ni.

Setakat ni jelah citer aku kat sini. Aku mintak maaf kalau confession aku ni ayat tunggang langgang, buat korang sentap ke apa. Tapi sekurang-kurangnya korang dapat faham kat sini. And i hope korang tak sisihkan budak-budak pendiam sebab perwatakan dorang macam tu. Terima,faham and hormat privasi dorang. Jangan cepat sangat menilai pasal kelemahan dorang. Aku tahulah korang banyak cakap,tapi cubalah korang fikir secara matang and selamilah naluri dorang macam mana . Orang-orang pendiam ni bukannya sombong sebenarnya, cuma dorang lebih memerlukan privasi dorang tanpa rasa diganggu. That is their own world.

Sekian,wassalam..

– Yasmin Maisarah Zulkiffli

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit