Housemate Gila Bayang

Assalamualaikum, ini cerita benar dan bukan rekaan semata2. Aku akan buat cerita ni short and simple.

Nama aku Mai. Aku student part-time dan bekerja. Aku nak cerita pasal housemate aku yang rasanya lebih teruk dari Gila Bayang. Senang cakap, aku rasa housemate aku macam dah kena “guna-guna”. Aku namakan dia “Lara”.

Lara ni full-time student degree. Student yang bagus masa 1st year.. Baik, lemah lembut, jaga solat, kemas dan lain-lain. Tapi, Lara berubah 360 darjah lepas masuk 2nd year. Masa ni, Lara dah mula kenal dan berkawan dengan seorang lelaki luar (bukan student) dan aku namakan lelaki ni “Bayang”. Apa yang aku perasan, sejak Lara berkawan dengan Bayang, Lara dah tak solat. Bukan kadang-kadang Lara tak solat. Tapi, Lara memang dah tak solat langsung. Lara dah jadi pendiam, selekeh, tak terurus. Hari-hari pagi petang siang malam Lara keluar dengan Bayang.

Aku dan Lara bukan coursemate. Jadi, aku tak berapa pasti kenapa Lara tiba-tiba berubah macam tu. Aku selalu jugak terserempak dengan kawan sekelas Lara. Tapi, aku jadi musykil bila kawan-kawan Lara tu pulak yang tanya aku “mana Lara? Kenapa dah lama tak masuk kelas?”. Bila aku berdepan dengan kawan Lara tu, baru aku tahu yang Lara memang dah tak pergi kelas langsung sejak masuk 2nd year. Maksudnya, Lara dah berubah sejak kenal dengan Bayang.

Memandangkan aku bekerja pada hari isnin-jumaat, dan selalunya aku akan sampai ke rumah sewa dalam pukul 7pm, aku dah jarang nampak atau bersembang dengan Lara. Bila weekends, ada la jugak aku nampak Lara kat rumah. Tapi, tak pernah pun dalam sehari tu aku nampak Lara melekat dekat rumah, tak kira pagi ke petang ke senja ke, Lara asyik keluar berdua dengan Bayang. HARI-HARI!! Balik rumah pun dah nak dekat subuh. Lepas tu, balik-balik terus tidur sampai tengah hari. Bangun tidur, keluar lagi. Memang tak pelik la Lara tak pergi ke kelas lagi dah.

Lara ni bukan dari keluarga yang berada. Dia orang kampung. Mak Ayah dah tua. Tapi, masih bekerja kat kampung tu. Tiap-tiap bulan mak ayah Lara bankin duit belanja untuk Lara. Tapi, duit yang Lara ada tu semuanya berabis dekat Bayang. Bukan sekali dua Lara setelkan hutang Bayang, tapi selalu. Sampaikan kadang-kadang Lara takde duit nak makan. Duit biasiswa yang Lara dapat pun semuanya habis dekat Bayang. Aku kesian dekat Mak Ayah dan adik beradik Lara kat kampung. Sebab, diorang tak tahu keadaan Lara kat sini sekarang.

Banyak kali jugak aku terdengar perbualan Lara dengan Mak dia. Kemungkinan besar, Mak Lara tanya keadaan Lara kat sini, kelas cmne? Solat tak? Makan apa harini? Apa yang mengejutkan aku, Lara takde rasa bersalah langsung tipu Mak dia. Lara cakap semua ok, kelas ok, dah solat, makan pun dah. Lara siap mintak Mak dia bankin duit lebih untuk bulan tu sebab katanya nak beli buku rujukan.
Aku istighfar panjang dengar Lara tipu Mak dia cmtu.

Sebagai housemate, aku dah penat nasihatkan Lara. Tapi, Lara buang jauh-jauh nasihat aku. Lagi dimarahnya aku sebab sibuk urusan dia dan Bayang. Apa yang orang lain buat, semuanya nampak jahat dimata Lara. Tapi, apa yang Bayang buat semuanya nampak indah dimata Lara. Aku jadi buntu. Aku takde idea dan tak tahu camne caranya untuk aku maklumkan apa yang Lara lalui sekarang ni dekat keluarga Lara. Aku takde contact number keluarga Lara. Bukan tak pernah mintak, tapi Lara memang tak bagi sebab Lara pernah kata yang dia tak sanggup nak susahkan hati Mak dan Ayah kat kampung kalau ada apa-apa jadi.

Al kisahnya sekarang, aku cuma mampu doakan lari dari jauh. Supaya Allah bukakkan pintu hati dan sedarkan Lara sekarang sebelum terlambat. Aku harap, semua pembaca confession ni, sedar dan tahu dengan siapa kita berkawan. Jangan sebab sayang pada manusia, rasa sayang kau pada Allah berkurang. Kalau kita nak di jaga, jaga dulu hubungan kita dengan pencipta.

Aku harap admin siarkan confession aku yang tak seberapa ni. Supaya student-student kat luar sana, tak terpengaruh untuk ada pakwe/makwe masa tengah study lagi. wassalam.

– Mai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit