Bridesmaid Tikam Belakang Pengantin

Salam, terima kasih admin (kalau siarkan confession aku)
Pertama sekali, aku bukan student IIUM. Rasa nya macam dah lapok pulak kisah-kisah bridesmaid dalam ruangan IIUMC ni, tapi aku tetap nak luahkan apa yang aku rasa.

So ni kisah aku:

Kisah aku bermula bila aku dah dapat tarikh untuk langsungkan perkahwinan, dari awal memang aku dan family nakkan majlis yang simple, tak keluarkan duit yang banyak (tak membazirlah kiranya). Bridesmaid lagilah tak ada langsung dalam otak aku melainkan pakaian family aku lah kena sedondon.

Nak dipendekkan cerita, aku pon tak nak lah kecoh sangat pada sesiapa tentang majlis aku ni, kira yang tahu cuma family dan kawan baik sahaja. Tapi aku ada sorang kawan ni jenis tak sabar nak kahwin lah kot, excited terlebih excited daripada aku habis kecohkan kat semua orang yang aku bakal langsungkan perkahwinan. Siap terlebih excited hajak orang lain untuk pakai sedondon (bridesmaid), padahal tu majlis aku kot!!

Lepas tu tah sesiapa bukan kawan rapat aku pon diajaknya, aku ni pulak jenis jaga hati orang, tak kan aku nak cakap depan-depan diorang yang aku TAK NAK diorang jadi bridesmaid, so aku guna cara halus aku cakap, pakaian sendirian berhad disebabkan diorang sendiri yang beria-ia nak jadi bridesmaid, lagipun aku memang dah cakap majlis aku nak simple, and tak ada peruntukan untuk baju,kos mekap, transport bridesmaid.

Nak dijadikan cerita, sekarang ‘bridesmaid 1’ yang beria-ia nak jadi bridesmaid tu tikam aku cara halus pulak, menjaja cerita kat orang yang aku ni jahat lah layan dia macam sampah lah, (sedangkan benda jadi disebabkan dia) dia bercerita dekat ‘bridesmaid 2’ yang dia ajak tu. Bridesmaid 2 ni aku memang tak rapat langsung, entah dari ceruk mana datang tetiba je muncul.

Bridesmaid 2 ni pulak jadi orang tengah yang nak aku dan si Bridesmaid 1 berbaik, tapi dalam pada masa yang sama, dia tikam aku lagi dalam, cari salah aku lah macam apa yang Bridesmaid 1 cerita kat dia. Sekarang si bridesmaid 2 ni pulak menjaja cerita pasal aku kat member lain, tapi apa yang dia cakap tu lebih kepada menuduh, dan bila tengok balik apa yang dia tulis pada member tu memang tak boleh terima dek akal kira lebih kepada mencari salah je.

Sekarang makin teruk lah, bergaduh cara dingin gitu, aku pulak jenis malas nak melayan orang mental cari salah orang ni, hahaha. Memang malas ambil tahu, tapi bila orang lain yang menyampaikan ni, memang dari situ aku tahu yang si bridesmaid 1 ni tikam and cuba memburukkan aku, so dia beria nak jadi bridesmaid untuk apa ye. tu yang aku tak faham.

untuk pengetahuan aku bukan jenis sampai-sampaikan or luahkan perasaan kat orang, sebab aku pon tak tahu salah aku, and dia sendiri pon tak ada nak tanya atau luahkan apa yang dia tak puas hati kat aku tu. okay terima kasih baca confession aku, aku dah malas nak taip panjang-panjang, dan confession ni bukan minta untuk dikecam.

– Pengantin Perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit