Assalamualaikum.
Rasanya isu ni agak cliche, bila sebut pasal orang duk bertanya “Kau bila lagi nak kahwin?” ” Kau bila lagi nak ada anak?” “Kau bila lagi nak kurus?” “Kau bila lagi nak meninggal?” HAHAHA
Jujur, aku tak terasa langsung kalau soalan soalan ni diajukan oleh golongan makcik makcik, nenek nenek dan seangkatan dengannya. Serius. Sebab bagi aku, diorang bertanya untuk mulakan borak, mengusik dan bergurau.
Yang buat aku hangin, bila yang bertanya tu adalah kawan lebih kurang sebaya yang baru sebulan dua kahwin, anak sorang (alhamdulilah mereka bunting pelamin) dan hidup pun atas ihsan mak bapak lagi. I mean, they are not even capable of being 100% independent pun lagi.
Kadang panas je telinga aku dengar soalan dari diorang.
“Eh kau bila nak kahwin? Kahwinlah weh, seronok kahwin ni kalau kau nak tau. Rugilah kau kahwin lambat. Kau tak tau nikmat kahwin tu macamana.”
Ni pulak soalan diorang tujukan kat kawan2 aku yang dah kahwin tapi masih belum ada rezeki anak.
“Kau merancang ke? Tak payahlah merancang. Beranak je. Seronok ada anak ni. Dapat pahala tau mengandung, bersalin, susukan anak. Kau cepat2 lah mengandung.”
Pffffttttt!!
Ehhhh korang ingat kitorang ni takde perasaan ke? Kau ingat kitorang ni tak reti nak rasa bahagia, dicintai, memiliki keluarga fidausi, bahagia, sakinah, mawaddah, warahmah macam korang??
Mestilah nak. Teringin sangat tapi kau pernah dengar rezeki, jodoh, ajal maut semua ketentuan Allah kan? Haaaa, yang tanya lagi kenapa. Bila Allah belum bagi, maknanya belum tiba masanya lagi lah tu untuk kitorang rasa segala nikmat melimpah ruah yang korang dapat rasakan tu. Tak, bukan aku cakap hidup kitorang ni takde nikmat, tapi aku merujuk pada cara pertanyaan korang tu. Seolah hidup kau je penuh nikmat duniawi, seolah hidup kitorang ni derita 24/7.
Hellooo, bahagia kita lain2 ye sis. Ni nak cakap 1 lagi, setakat kau baru menikah 2,3 bulan, inai pun belum hilang lagi. Tak payah nak gebang konon nikmat hidup berumahtangga ni ibarat dunia ana yang punya sangatlah.
Kalau setakat baru beranak sorang, anak pun tinggal kat mak, pagi pagi sebelum pergi kerja hantar anak kat rumah mak dengan diapers penuh hancing, tak payah nak cerita kat hakak betapa indahnya hidup kau beranak pinak eh.
Ni nak cakap sikit ye, rezeki orang lain2. Kau toksah duk pertikai jodoh orang, bila dia nak beranak semua. Tu semua Allah dah atur baik punyer, kau kalau ikhlas sayangkan kawan2 kau ni. Doakan mereka dari jauh, seelok2 doa adalah doa yang tidak diketahui sesiapa. Kau watlek sana, tolong cari ikhtiar untuk kawan2 kau ni lagi baik dari duk tambah petrol dalam hati diorang.
Pada yang senasib dengan aku, mohon bertabahlah ye. Aku tau korang semua pun usaha macam aku. Tapi apakan daya. Yang penting kita jangan pernah putus harap. Allah akan jawab doa kita bila sampai masanya.
Assalamualaikum. Peaceee!
– Aku dahhhhh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit