Rezeki dan Ujian

Assalamualaikum..first of all,aku berharap sgt confession ni dpt disiarkan demi menyedarkan belia2 di luar sana..dan kalau disiarkan,aku nk ucapkan terima kasih sgt2 pd admin.

Sebelom tu,izinkan aku perkebalkan diri.. nama aku Nadia(bukan nama sebenar) dan berasal dari utara tanah air.Aku baru je mula kerja thun lepas setelah hampir setahun menganggur. Masa tahu dapat kerja tu,memang excited sangatlah. Masa dalam tempoh menganggur tu,ak rase mcm Allah nak uji aku melalui emosi. Masa tu,datang juga perasaan cemburu bila tengok kawan2 lain duk update kt sosial media pasal karier masing2. Dipendekkan cerita, setelah beberapa bulan kerja,dapatlah rasa selesa dengan gaji yang aku dapat tu. Walaupun takdelah besar mane,tp bagi aku dh lebih dri cukup. Bila dh dalam alam pekerjaan ni,aku mula sedar hikmah aku menganggur dulu. Ye lah,masa menganggur dulu byk masa lapang. Bukan setakat masa,fikiran pon lapang. Rupa2nya,masa menganggur tu adalah 1 rezeki!

Berbalik pd cerita,bila dh dapat merasa gaji ni,otak aku pon ligatlah duk buat bajetlah kononnya. Masa ni macam2 lah planning yg datang, nk berniaga part time lah, nak melaburlah, nak wt saving lah, nak beli tu beli ni..pendek kata,macam orang xpernah tengok duit banyak! Aku rasa macam rezeki aku murah sangat masa tu.

Masa tu,macam2 jenis orang yang aku jumpa. Yang xpernah bercakap,tiba jd ramah pon ada! Korang nak tahu kenapa?sebab nak ajak jd share partner dalam bisnes lah kononnya! Yang xtahannye,nk join bisnes tu,aku kna wt personal loan,aduhai! tiap2 malam duk kol aku,ajak keluar sambil offer belanja makan kt tempat2 best lg taw! Aku pergi jugaklah sebab nak jaga hati kawan yg xpenah putus asa mangajak. Aku pendekkan cerita,ak xjoin pon bisnes yg dia ajak tu sebab mcm xsedap hati jer. Setelah beberapa bulan,aku dapat tahu bisnes tu mcm scammer la jgk. Aku bersyukur sgt sebab aku terselamat. Masa ni aku rasa duit adalah ujian dan rezeki dalam masa yang sama.

So,nasihat aku pada adik2 yang baru melangkah ke alam pekerjaan, janganlah mudah membuat keputusan terutama dalam soal wang. dah dapat gaji tu,simpan aje la dlm bank (tabung haji @ asb @ beli emas) ..itu adalah lebih selamat! Kalau korang nak buat part time xsalah,tapi janganla sampai wt loan bank..NAHAS WEYH!! sekian shjalah confesion aku,moga xde lah scammer yang mengecam ak nanti..haha!

– yang baru dpt kerja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit