Harini aku terbaca satu luahan hati yang dishare oleh page beautifulnara pasal saman yang diterima sewaktu memandu di Perth Australia. Dia dikenakan saman AU$350 itu pun selepas dapat diskaun. Hilang mood katanya nak pusing-pusing Perth. Hahahaha jadi disini aku nak nasihat kepada rakyat Malaysia yang rasa nak memandu di Australia pastikan korang tahu betul-betul dan hadam peraturan-peraturan jalan raya disana. Lain state lain regulations dia walaupun mostly sama, ada satu dua yang beza. Datang tempat orang kita ikut cara diorang. Macam kes diorang pakai seluar dalam bendera Malaysia dulu tu, suatu kesalahan sebab memang bukan budaya kita tapi orang-orang Australia memang macam itu, perangai memang gila macam-macam bende pelik diorang buat. Nak cerite panjang pulak, nanti-nantilah. Jadinya kalau kena saman disana maka redho je lah macam cerita bro/sis yang kene saman tu, dia speeding kat kawasan takde kereta and tak pakai tali pinggang keledar untuk yang duduk dibelakang. Redho je lah ye.
Mereka buat kerja, aku tabik memang jujur lagi-lagi polis diorang. Jujur sangat sampai kadang-kadang aku rasa over sangat pulak. Semalam temankan kawan aku buat lesen di Australia, lepas dipanggil di kaunter, dia start proses klik kat komputer, fotostat passport buat itu ini sampailah tiba-tiba dia minta satu dokumen yang kitorang takde. Jadi dia kata pergi print nanti datang balik kat dia tak payah ambil nombor balik. So kitorang pergi print, free je memang disediakan printer incase orang yang datang terlupa bawa dokumen yang diperlukan. Datang balik kat kaunter, boleh plak dia proses balik semula a to z. Passport yang fotostat tadi dia fotostat balik semula yang lama dia koyak depan kitorang. Hahahaha nak cerita jujurnya supaya kitorang nampak dia buat semua depan mata. Yang ni terlebihla bagi aku. Tapi sikap jujur tu yang aku nak cerita.
Itu belum citer camane polis diorang buat kerja. Korang boleh tengok youtube ada satu series rancangan tv polis dan highway patrol Australia ala-ala 999 kat tv3 tu cuma ni brutal and best lagila. Tengok camane diorang bekerja. Polis diorang kalau buat ronda-ronda pakaian macam nak pergi perang. Cuak habisla. Jadi akhir kata, kalau tak yakin, elakkan memandu di Australia, public transport sangatlah reliable di citylah. Kalau terpaksa memandu, make sure hadam betul-betul peraturan jalan raya. Kamera speed/red light berterabur, kalau jalan 50km/h bawaklah laju tu jangan lebih. Ingatlah duit susah nak cari, jangan buang-buang duit bayar saman. Hati-hati!
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit