Tipu Helah Penjual Produk Kecantikan

Assalamualaikum dan hai semua. Pertama sekali, terima kasih admin jika confession/pendapat ini disiarkan. Aku Ariana (bukan nama sebenar) berusia 27 tahun dan sudah berkahwin ada 2 orang anak. Aku nak share sikit pengalaman aku buat business online jual produk kecantikan. Kiranya aku nak bongkar rahsia penjual-penjual produk kecantikan online lah ni, macam kakitangan kerajaan nak bongkar rahsia negara. (perumpamaan je…hihihi)

1 tahun lepas aku pernah join business kawan satu sekolah jual produk kecantikan secara online. Aku bukanlah nak memburukkan peniaga online cumanya aku tak setuju dengan cara peniaga online ni menipu pengguna dengan cara halus menggunakan helah dan trick bermanis mulut dan cakap putar belit untuk meyakinkan orang ramai yg produk dorang berkesan dan sangat bagus. Selalunya peniaga-peniaga online yg buat kerja-kerja ni digelar agent, dropship atau stokis.

Apa yg aku tau cara dorang macam memaksa, ada jugak yg manis mulut supaya orang betul-betul percaya dan jatuh hati sampai beli tapi realitinya produk tu takde la sehebat seperti yg penjual tu gambarkan. Bermulut manis sembang kencang kalau pakai produk tu 1 minggu dah nampak kesan, jerawat tak tumbuh dah, kulit flawless, glowing nampak awet muda suami puji. Macam-macam lah. Sampai lah pengguna-pengguna yg suruh PM tu rasa bersalah kalau tak beli. Sebenarnya kalau dikaji selidik betul-betul, contohnya buat ujian makmal guna tikus putih, produk tu takde pun bagi kesan yg sangat bagus seperti yg digembar gemburkan, kalau ada kesan pun hanya sedikit dan mungkin pengguna tu bernasib baik sebab produk tu sesuai dengan dorang. Tapi tak semestinya sesuai pada semua orang.

Aku pernah jumpa sorang pembeli ni muka kusam, berjerawat teringin nak kulit cantik, beli sampai 5 kali repeat order tapi kulit masih sama, pembeli tu rakyat marhein yang duduk ceruk kampung pulak tu, harga produk pulak bukannya murah-murah, last2 penjual tak bagi ganti rugi atau pulangan wang tunai pun, cuma bagi alasan setiap individu tindak balas tak sama, ikut hormon la, lepas tu boleh pulak salahkan pengguna sebab cara guna produk tak betul, dan ada pulak tu sarankan selain pakai produk luaran kene pakai jugak produk makan supaya rawat luar dalam. Dok promote pulak produk lain keluaran syarikat dorang.

Penjual online akan cakap apa saja untuk buat orang percaya dan beli. Kalau pengguna komplen harga mahal macam-macam alasan bagi, bahan2 semula jadi lah, ada lulusan KKM lah, boleh merawat semua masalah kulit lah, kalau beli kat butik lagi mahal lah. Ye la peniaga online mesti fikir nak lariskan jualan dorang lepas tu fikir nak kaya je, tak fikir pengguna yg menanggung semua akibat kalau produk tu tak menjadi kat kulit dorang. Kalau tak menjadi pengguna jugak yg rugi, dah la beli produk mahal-mahal muka pulak rosak.

Lagi satu helah peniaga online ni, kalau sekali beli tak nampak kesan, penjual suruh pembeli repeat order pakai sampai dua tiga bulan, jadi maknanya pengguna kene beli banyak kali la kan, then siapa yg untung? peniaga la kan. Kalau ada kesan sampingan pulak, tumbuh jerawat lagi teruk, kulit menggelupas, naik ruam-ruam merah ke, diberi alasan healing proses. Kalau pengguna tu tak berapa bijak atau malas membaca memang senang la kene tipu. Padahal healing proses memang tak wujud. Tu helah penjual je nak lariskan jualan mereka.

Aku stop jual produk online ni pun sebab aku rasa bersalah dan tak sedap hati hari-hari terfikir dok menipu orang sebab satu sahaja tujuan, nak duit. Fikir la duit tu kita makan, bagi anak makan, bagi mak ayah dikampung, kita tak tau duit tu halal atau tidak, kita makan dari duit tu jadi darah daging. Tapi kalau ragu-ragu baik kita tinggalkan sebab itu dah jadi perkara syubhah. Kat dunia memang kita kaya raya tapi kat akhirat nanti kita teruk menanggung.

Kepada pengguna kat luar tu, jangan la naif sangat sampai terpedaya dengan helah dan mulut manis penjual. Tu semua adalah teknik je nak ambik duit korang dan nak jadi jutawan kosmetik. Penjual tu dalam hati gelak je sambil bermonolog sendiri aku dah berjaya tipu orang ni sampai nak beli. Muahahaha

– Ariana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit