Majikan Masa Kini

Hai. Aku fresh grad baru habis study beberapa bulan lepas. Setakat ni aku belum bekerja lg and aku dah pergi banyak interview. Aku perhati beberapa isu ni yg majikan expect semua fresh graduates ada and boleh bagi in order utk diorang diterima bekerja (dan merupakan salah satu punca aku belum berjaya dpt kerja lg.)

1. Majikan expect fresh grads ada kenderaan sendiri.
– Zaman skrg semua org nampak budak IPT pakai kereta motor. Tp tahukah para majikan tak semua mak bapak kaya nak bagi kereta motor sebijik. Kdg² qualification padan dah, kita pun dah setuju dgn working hours semua, tp bila kata takda kenderaan sendiri, mcm² dipertikaikan. Ye, kami fresh grads mmg nak pakai kete sendiri. Tapi first of all, bagi lah kami ni peluang keje so that ada gaji ada duit kami boleh beli kete. Bukan semuanya budak skrg jenis mak bapak suap segala benda sampai kete motor pun parents nak bg. Jgn tgk yg segelintir pakai kete je dah expect semua org ada kete sendiri, fikirkan jugak ada golongan yg menunggu masa (hasil gaji) utk beli kete.

2. Lesen
– Dah nak kete, mesti lah nak yg ada lesen kan. Lesen pun ribu². Diulangi, tak semua mak bapak mampu dan tak semua student dpt biasiswa/ptptn nak menyimpan buat itu ini, nak bahagi dgn assignment ke makan lg kalau dkt IPT. Kami kena usahakan sendiri, so bagi peluang pd kami.

3. Taknak yg keluar bidang
– Belajar course comp science contohnya, mintak kerja kerani. Demand biasa je standard gaji kerani, 1300. Majikan taknak sbb keluar bidang. Hakikatnya kerja kerani tu budak SPM kalau belajar dr basic pun boleh buat. Mcmtu jugak kami.

5. Nak yg pengalaman kerja bertingkek-tingkek
– Masa apply dah ckp dah dlm resume kata fresh grad, bila panggil interview pertikaikan takde pengalaman pastu reject. Motif panggil interview??????

6. Skop keje mcm bangla, ot tak bg buat, gaji ciput.
– Gaji offer 1000, ot tak bg buat, keje 12 jam. Sbbnya fresh grad, jadilah buat timba pengalaman kata mereka. Hello, ptptn kami siapa nak bayar. Nak menyimpan duit guna apa. Tu belum tolak epf socso lg, tinggal berapa lah sgt. Nak buat ot dah siap mention x boleh ot.

7. Tak prefer yg guna public transport
– Refer point no(1)

Harapan saya, berilah peluang kpd fresh grads tanpa mengira darjat atau apa². Kdg² kami yg serba kekurangan ni berdedikasi, tp ditolak atas sbb² sebegini je. Takde tempat untuk kami asah skill dan kembangkan pengetahuan. Last² menganggur situ je dan org cuma tau cop graduan pemalas.

Sekian.

– Freshie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit