Arwah

Aku nak kongsi cerita kisah dua tahun yang lepas. Kisah yang aku ingat seumur hidup aku. Moga jadi pengajaran buat pembaca. Apa yang aku nak cerita ni adalah kisah persahabatan aku dengan arwah Ika (singkatan). Kami kenal masa diploma. Dia roommate aku dan dia classmate aku. Aku dengan dia kawan baik. Pergi mana pun, selalu berdua. Tapi baik macam mana pun rajin juga gaduhnya. Selalunya jujur ianya punca dari aku, aku ni jenis sensetif dan ada masa Moody. Moody dengan boyfriend dengan orang lain sekali aku Moody. Memang aku teruk masa ni. Pentingkan diri.

Selalunya Ika akan pujuk aku,dia buat lawak bodoh semata-mata nak aku happy balik. Dia memang kalau sehari tak kacau aku memang tak sah. Ada ja benda. Sampai semester akhir, aku dan dia jadi partner. Masa ni memang kami kurang rapat. Aku sibuk dengan hal percintaan aku dan dia sibuk dengan final project. Masa ni jarang jumpa sebab kitaorang pindah bilik.

Semester last ni rajin gaduh pasal project last. Sebab dia banyak tumpukan perhatian dia dekat project,dekat benda lain dia macam lepas tangan. Aku tegur dia supaya pandai bahagi masa, dia cuma senyum ja. Last dia cakap kat aku, yg buat aku tak dapat lupa..

“aku nak buat project ni sampai habis secepat mungkin sebab tak nak kau susah nanti. Aku tak nak dah tengok menda ni.”

Masa ni juga la dia pula jadi sensitif. Merajuk dengan aku, tak nak cakap. Cakap pun kalau penting sangat dah. Memang dia macam jauh hati dengan aku. Masa tu aku diam ja la,ego tinggi time tu. Lepas beberapa minggu dia jarang pergi kelas. Tapi sebab ego aku tak tanya dia pun kenapa. Walau hati tu risau.

Roommate dia cakap dia tidur je kat bilik. Lepas habis fikir aku pun mesej dia,ramai sangat tanya aku mana bestie aku. Tapi mesej aku dia read je. Terasa juga hati ni, tak akan dia marah lagi sampai tak sudi balas mesej aku kan. Aku pun buat diam je. Memang bila fikir balik aku kejam, hanya pentingkan ego. Fikir pasal diri sendiri. Kalau ika di tempat aku, dan masa ni aku sakit. Aku tau dah lama dia serbu bilik aku siap paksa aku makan ubat lagi. Ala ala macam mak aku gitu.

Hati sebenarnya masa tu rasa tak tenang. Aku pun tak tahu. Selama tiga hari hati aku rasa macam ada benda tak kena. Tengah hari tu tu aku duduk di tangga bergayut dengan pakwe. Tiba-tiba geng aku datang tarik tangan aku turun. Nasib masa tu aku masih pakai tudung lepas pulang dari beli makan. Zarina kawan aku tu kalut sangat. Muka dah pucat, peluh menitik di dahi. Heret aku masuk dalam kereta. Rupanya ramai lagi geng aku dah tunggu. Aku tanya sorang pun kelu tak menjawab.

“Kita pergi hospital, ika masuk hospital. Dia sakit Fina..” Suara kawan aku dah lain macam..sebak ja dengar.

Aku masa tu dah tak keruan. Masih tak dapat terima kenyataan. Sampai di wad, ika terbaring atas katil. Masa tu dia tak pandang aku pun. Cuma cakap dengan kawan-kawan lain. Aku antara terasa hati dan dalam masa yang sama rindu nak dengar celoteh dia.

Tapi ego menghalang aku. Aku keluar dari wad kejap, biar diorang bersembang. Masa aku duduk di bangku luar tu, sorang kawan aku Aina datang. Aina pesan kat aku luangkan masa dengan Ika, sebab hari esok belum tentu sempat. Masa tu aku terdiam tak faham. Hati ingin tahu maksud Aina, tapi entah lah adakah ego menghalang aku untuk menunjukkan kasih sayang aku, perhatian aku terhadap kawan sendiri.

“Ajal maut tangan tuhan, tapi doktor sahkan Ika tak banyak masa. Cancer tahap 4. Dapat tahu pun dah terlambat.”

Masa tu macam petir sambar hati aku. Aku terkejut tak dapat terima kenyataan. Ika bakal tinggalkan aku. Yang malunya sebagai kawan rapat, aku orang last yang tahu pasal Ika. Aku masuk masa tu, wajah memang nampak kering je macam tak ada perasaan. Aku tergamam, duduk sebelah Ika yang masa tu tengah kupas buah. Ika ni macam mak mak sikit, dia tak makan buah tu tapi saja nak suap kat kawan-kawan dia. Memang dia selalu macam tu. Kami ni kadang rasa macam anak dia je. Dia potong buah apple, lepas tu suap kat kawan-kawan dan aku perhatikan aje. Mungkin masih nak lancar perang dingin dengan aku. Tapi last tu dia pun suap kat aku.

Aku ada tanya dia…
“Kau marah lagi ke kat aku?”

Dia ketawa kecil sambil mata pandang pisau di tangan tengah potong buah.

“Jujur aku terasa juga, selalu kalau kau moody, kau merajuk aku pujuk kau. Tapi part aku, kau kering je.. (sambil senyum, nada suara dia tenang je, tak ada tanda marah). Aku tak marah pun la, saja je nak merasa kau pujuk aku sebelum aku pergi.” Sambil ketawa kecil.

Masa dalam hati aku, aku menangis. Aku tolak buah yang dia nak sua kat aku. Sebab masa tu mata rasa hangat sangat. Kawan lain yang dengar ada yang dah sapu air mata yang keluar. Dia pula yang pujuk kitaorang. Aku masa ni dah hilang ke luar wad. Memang terasa sebab Ika ni jarang marah orang. Orang marah dia, dia tetap tegur dengan baik, cakap dengan baik. Sebab tu la kawan lain pun sayang dengan dia.

Nak je aku peluk dia masa tu. Nak je aku ulang masa semula untuk gembirakan dia. Selama ni dia je yang gembira kan aku. Sebenarnya aku yang rugi sebab tak dapat luahkan kasih sayang aku dekat kawan baik.

Lepas seminggu tu dia keluar dari hospital. Tapi dah tak ke kelas dah. Dia nak balik rumah nak cuti katanya. Sebelum dia balik dia serahkan semua paper dan project kitaorang yang dah dia siapkan. Aku janji hari khamis aku dan kawan-kawan nak pergi rumah dia nak luangkan masa. Sebab dia kata dia teringin nak makan setalam dengan kitaorang. Nak ajak kitaorang berkelah.

Hari khamis tu pagi-pagi lagi kitaorang sampai rumah dia. Dia berleter kejap sebab kitaorang ponteng kelas gara-gara nak datang jumpa dia. Hari tu dia nampak sihat. Semua berjalan lancar. Dia pun nampak happy. Kitaorang sempat solat berjemaah dan dengar pesanan daripada dia. Aku pula bagi semangat dekat dia supaya jangan putus asa lawan penyakit dia tu dan rajin berdoa.

Hari jumaat esok paginya, aku dapat call dari mak dia. Ika baru hembuskan nafasnya yang terakhir. Masa tu untuk kali pertama aku menangis. Aku tak dapat terima kenyataan. Baru je semalam dia nampak sihat. Siap buat lawak lagi. Tiba-tiba dia pergi..

Banyak sangat aku nak bagi dekat dia. Tapi aku sebelum tu terlalu fikir pasal perasaan sendiri. Sampai sekarang aku ingat dan akan ingat sampai bila-bila. Daripada ika, aku belajar satu benda. Menghargai..hargai semua orang di sekeliling kita. Bukan mudah nak dapat jumpa orang yang baik dan ikhlas kawan dengan kita. Jangan sebab ada pakwe je, kawan baik yang selama ni selalu ada masa kita susah kita tolak tepi. Lagi satu kadang-kadang tu kawan saja merajuk sebab nak bermanja dengan kita. Jangan terlalu sayangkan ego sendiri, kita lukakan hati kawan.

Ada orang berhabis masa bertahun cari kawan baik, tapi tak jumpa. Sebab satu je dia lupa menghargai.

Sekian ni cerita ku, moga dapat beri korang pengajaran. Kalau sayang kena ucap dan zahirkan..

Rindukan Ika..dari Fina.

– Fina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit