Keluarga Pelik Makcik Aku

Asalamualaikum. Aku nak luah perasaan yang terpendam dari kecil sehingga umur aku yang hampir 30tahun ni. Aku cerita ringkas dan cepat je ye. Sebab aku tak tahu nak luah kan kat siapa.

Adik beradik ibu aku ada 7org sepatutnya , sorang meninggal waktu baby dan 2 orang lagi meninggal sewaktu dewasa. Jadi 4 orang yang masih hidup. Cerita nya pasal kakak Ibu ku dan keluarga nya. Dan anak2 nya. Kami panggil die mak nah. Mak nah ni anak kedua. Die kahwin dgn seorang lelaki yang berstatus suami orang mempunyai 3org anak bersama isteri pertama, kemudian die berkahwin dgn mak na aku dapat 8org anak.

Aku cuma nak buat confession je. Aku bukan tak suka keluarga mak nah aku. Cuma Dieorang sangat poyo.
Masa tu aku tingkatan 5 , anak perempuan mak nah yang pertama akan melangsungkan perkahwinan, jadi nya mak nah ckp nak ibu dan ayah aku buat pelamin hantaran dan masak utk kenduri tu memandangkan keluarga aku memang buat kerja2 ni. Dan mereka berjanji akan membayar kami. Bila tiba hari kawin anak nya , ibu dan ayah aku bersengkang mata tak tido malam utk selesaikan majlis anak nya, sewa lori Rm300 utk bawa barang2 pelamin dan bunga2 , aku dan keluargaku yang lain membuat hantaran gubahan untuknya tak tido malam.esoknya kami tak diberi makan pagi selepas kerja seperti kuli batak. Mereka sekeluarga hanya duduk tenangkan ponggong tidk membuat satu kerja pun malah diarah2 kami. Selesai kenduri ayah ku minta bayaran. Paknah dan mak nah jawab ke ayah kami “Allah, adik beradik pun nak berkira ke , esok2 anak kamu kahwin kami pula tolong.” aku sangat2 kecil hati dgn mereka. Kami bukan sebuah keluarga yang senang seperti dia. Sudah lah tak diberi bayaran, malah kami sekeluarga di kerah tenaga dan wang beratus2 utk bahan pelamin,bunga bunga dan decoration hantaran.

Mak nah dan paknah punya keluarga juga ada habit yang pelik, kalau die ajak kami kerumah mereka, mereka suka beli makanan, tetapi makanan tu tak diberi makan pada tetamu, malah mereka sekeluarga duduk di dapor seperti sedang bersembunyi dan makan makanan itu. Kami pun bukanlah nak makan makanan itu, cuma nya, kita ada adap dalam islam. Kalau tak mahu jamu tetamu, jangan ditayang2 makanan itu.
Kemudian kalau duduk di rumah mereka tidak boleh sekali kali suka2 hati buat air minuman menggunakan barang rumah mereka, kalau mahu buat ,air teh sahaja yang boleh. Itupun mereka akan duduk di belakang memerhatikan kami buat air.
Pernah adik perempuan ku ketika tu berumur 10tahun mahu minum milo, tanya mereka , nak buat air milo la akak atien, atien anak maknah ckp milo dah habis, padahal ada elok milo tu duduk situ di rak dalam bekas yang clear .

Dihadapan orang ramai , mak nah paknah sekeluarga suka menunjukkan kasih sayang keluarga, makan suap2 satu family , seperti mak nah suap paknah, anak paknah si kakak suap si adik, si adik suap si kakak, begitu lah sampai esok tak habis adegan itu seperti mahu orang pandang mereka sekeluarga yang harmoni. Tetapi bila dirumah mereka, aku tak nampak pula mereka suap menyuap satu keluarga. Anak2 perempuan maknah juga ada satu sifat terejal, iaitu pantang nampak lelaki, bila ada lelaki tiba2 lengok tutur badan menjadi seperti sotong dan keluar suara seakan kucing sedang mengawan..

Bila tiba nya hari aku kawin pula, Alhamdullilah suami ku sediakan kelengkapan untuk aku A to Z kerana die memang berlatarbelakangkan keluarga berada. Tetapi ibu ku tetap mahu membuat sendiri pelamin hantaran dan makanan tetapi 100% duit suami ku ,sebab nak buat sendiri ibu nak tetamu merasa puas dtg makan dan meraikan anak nya kahwin. Bila aku kawin sorang anak mak nah pon tak turun padang tolong aku. Malah beri bunga telor pada tetamu pun pon tak mahu. Ibu aku dan ayah aku mahu buat sendiri perkahwinan aku kerana diorang fikir kan anak2 maknah seramai 8org tu akan membantu mereka campur adik beradik2 ku juga membantu ringan beban mereka seperti kami membantu perkahwinan anak mereka. Tetapi tidak sama sekali. Mereka hanya datang makan dan mak nah hanya bantu2 makanan utk makan beradap yang sangat pelik rasanya.sejak kejadian ni aku ibu dan ayah sangat2 kecewa pada maknah sekeluarga.lupakah mereka janji mereka yang akan bantu ibu aku bila kami akan berkahwin. Hingga cakap kami sekeluarga adik beradik berkira selepas penat bantu kenduri kahwin mereka..

Lepas kejadian tu aku tak lagi jumpa maknah. Tetapi mereka tidak habis2 mencari kesalahan keluarga kami.
Kesalahan yang Contoh nya abang ku seorang yang kurus, dan badan sedang2 aje, keluarga mak nah pernah cakap pada abang aku, “Oi KuRUS NYA KO NI, KO HISAP DADAH KE ADAM. ” abang aku kurus sebab die mencari wang bekerja siang malam utk perkahwinan die, dan keluarga kami baka kurus2. Kenapa nak kata abang aku isap dadah. Aku kenal abang aku. Nakal2 dia , dia tak akan ambik dadah. Aku pernah geledah bilik abang aku sbb nak cri bukti, bilik nya kami tak pernah masuk sebab abang aku sangat2 garang tegas pada adik2, aku berani kan diri masuk waktu die kerja. Tak ada dadah pun yang kami jumpa.

Kemudian keluarga mak nah suka cakap kami sekeluarga kurang ajar dan biadap sebab kami jenis tak suka borak dan mengumpat hal orang dan tak campur kalau mereka berborak. Sebab ibu dah pesan biar orang kutuk kita, jangan kita kutuk orang. Tetapi sebalik nya keluarga mak nah suma bertutup litup labuh tetapi mulut mereka Menghina orang semahu2 nya seperti merwka tiada cacat cela sikit pun. Mereka juga suka cakap depan orang ramai mereka paling cantik dalam keluarga che lala(nama nenek aku). Padahal pada mata aku, keluarga che lala ni memang semua sangat2 cantik hensem cucu cicit nya. Tak ada sorang pun muka biasa2. Semua cantik2 hensem2.

Satu hari nenek aku nak pergi hospital utk checkup bulanan, selalunya keluarga aku yang membawa che lala pergi medical checkup, tetapi hari tu semua sangat2 busy yang bekerja tak boleh cuti, yang berkahwin duduk jauh. Jadi ibu ku meminta paknah utk membantu bawa che lala nenek ku tu ke hospital, paknah cakap “TAK BOLEH LA , SAYA NAK PERGI MAIN GOLF NI”
.. ibu aku cakap “TAK KAN TAK BOLEH CUTI MAIN GOLF SATU HARI,KALAU SAYA BOLEH BAWA,SAYA TAK AKAN MENYUSAHKAN PAKNAH”;
paknah jawab ” TAK BOLEH SAYA DAH JANJI DENGAN KAWAN2 NAK MAIN GOLF HARI NI”.
ibu aku ckp “OH KAWAN LAGI PENTING DARI MAK YA.
pak nah jawab “YE LA, KAWAN LAGI PENTING.
Last2 adik perempuan ku korbankan cuti nya dengan buat muka tak malu kepada boss utk membawa che lala nenek ku ke hospital. Ibu aku sangat2 jarang meminta bantuan dari maknah dan paknah. Tetapi kalau ibu aku ada minta bantuan, memang kami tak boleh buat bende tu. Bukan saja2.
Pak nah dan maknah sekeluarga juga tak suka kan che lala, ini kami tak tahu kenapa. Mungkin che lala nenek ku tu dah terlalu tua dan pakai pampers, banyak lah ragam nya org tua kan, tak berharta pula. Mungkin sebab tu mereka tak suka. ..

Baru2 ni abang ku berkahwin di hotel. Dan kami terlewat utk ke majlis pernikahan abang aku sebab aku ibu adik perempuan ku perlu membawa 5dulang hantaran dan juga nenek ku yang tak boleh nak berjalan jika tidak dipegang. Jadi paknah menelfon ibu ku marah2 ibu sambil berkata ibu aku mahu memalukan die, kerana lewat ke pernikahan abang aku. Padahal mereka sedikit pun tak membantu utk majlis abang ku, mengambil che lala nenek ku dri rumah kami pun tidak mahu padahal kereta mereka banyak kosong.sesampai sahaja ke majlis nikah abang ku, tok kadi sendiri tidak kisah kami lewat , malah memberi tazkirah selama 1jam sebelum mengkadi kan abang aku menjadi suami. Banyak masa lagi kata tok kadi. Apalah masalah keluarga maknah ku ni yang tak abis2 mencari kesalahan.

Dan kes terbaru ibu ku membuat group whatsaap dengan title tabung wheelchair utk che lala. Ibu aku invite suma ,tetapi tetinggal dan tak perasan nak invite mak nah tetapibtelah invite anak2 maknah suma. 1st time maknah menyumbang wang rm500 kepada che lala utk wheelchair tu, selama ni tak pernah. Tetapi sebab kan ibu aku terlupa invite mak nah dan dah beli wheelchair utk che lala dan beri pada che lala tanpa mengajak mak ngah dtg, padahal ibu aku dah post di group wassap, siapa2 mahu dtg ikot sumbang wheelchair tu boleh turut hadir, anak2 maknah baca wassap tu tetapi tak beritahu maknah ibu ku dah ajak mungkin. Jadi maknah tak dtg. Tiba2 anak lelaki ke 3 mak nah mengamok di wassap kononya mak nya penyumbang terbesar dan x dijemput hadir , baru nak invite mak die ke group wassap. Ibu aku ingatkan die dah invite mak nah dlm group tu, ibu aku ni business women manalah sempat nak jenguk media social macam mereka yang biasa hidup senang tu banyak masa nak mengadap internet. Jadi ibu aku dimaki2 satu keluarga seperti mereka terlupa, kalau ibu aku tak de , che lala punya kesihatan tu entah mcmna lah sapa lah nak jaga dan bawa kehospital. Hanya kerana group wassap bodoh tak invite mak nak mereka marah sangat2 pada ibu aku. Kalau korang baca confession ni, sila pm aku, dan beri num acc korang. Aku sendiri akan beri balik rm500 maknah kepada korang. Sebab kan rm500 pon nak gaduh. Kesian ibu aku. Niat baik nak erat silaturahim adik beradik dan membantu nenek kami punya wheelchair, tapi dimaki anak2 maknah. Kalau harap kan maknah dan anak2 nya punya kebaikan utk beli wheelchair utk che lala, sampai kiamat lah tak de wheelchair tu utk bawa che lala ke hospital. Aku minta maaf pasal mulut aku mlm tadi. Sebab aku dah simpan lama dari kecil apa korang buat pada keluarga aku..banyak kalau nak cerita apa korang kutuk mengumpat ibu aku di depan aku sewaktu ibu pergi kerja dan aku ada duduk di depan mereka mendengar, aku tak lupa satu pun. Aku tak boleh lupa walaupun dah cuba untuk lupa. Aku anak kedua yang punya penyakit 2nd child syndrome yang sangat kuat jadi ingtan aku terlalu kuat dan ingat setiap kuman org buat aku dan keluarga. Ni cuma luahan. Aku harap jangan marah2 aku ya.

Sekian

Manusia susah lupa

– Maria gonzales

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit