Kenapa HR Dibenci?

Salam. Tq admin kalau siarkan confession ni. Tapi bukan confession sangat. More to luahan perasaan.

Aku kerja HR, boleh dikatakan baru jugak la. Tempat aku kerja ni kecik je. Kira ni kerja pertama aku sbg HR.

Aku ni introvert , susah senyum. Disebabkan itu, raut wajah aku memang nampak bengis & sombong. Skop kerja aku mcm cikgu disiplin. Cek kehadiran, kalau tak nampak muka kt ofis aku akan tanye “awak kat mane”, cek claim & lain2 lagi la.

Pasal attendance, bila HR tanya awak kt mana, nti ada staf kata HR ni menyebok. Padahal kitorang nak pastikan staff tu bekerja dan ada kt tempat selamat je. Kang kalau pape berlaku pada waktu kerja, HR jugak yg korang cari..

Dan kerana aku HR, aku takboleh rapat sangat dengan department lain sebab takut terbagitau hal2 yang confidential. So kat ofis, yang aku rapat dgn HR je la. Tapi time lunch ade gak la join yang lain2 makan.

Kat ofis ramai budak baru. Mula2 dorang ok je dengan aku. Tapi lama2 aku perasan dorang macam dingin dengan aku. Aku dah agak dah. Sebabnya, kat ofis ni ada la sorang tu jenis batu api,pembodek bos dan penyebar fitnah. And too bad, dia adalah kesayangan bos. Jangan terkejut kalau aku cakap, dia tu lelaki. Dia suka spin cerita. Dekat HR die cakap lain, kat orang lain dia cakap lain pulak. Yang buat aku geram, department lain boleh pulak percaya apa yang dia cakap. Disebabkan dia ni, ada staf penah gaduh ngan HR. Kesannya sampai ke harini, HR dibenci. Termasok lah aku.

Kadang aku terpikir, kalau kerja ngan melayu, memang camni eh (sebelum ni rakan kerja ramai bukan melayu, tapi timbul isu lain pulak, sorry to say, racist). Tapi bila rakan kerja ramai melayu, jadi gini pulak. Kerja nak menjatuhkan orang, buat fitnah.

Sungguh aku tension. Sampaikn aku rasa nak berenti jd HR. Tapi aku taknak mengalah camtu je. Aku tak tahu la sampai bila boleh bertahan. So aku nak tanya, adakah HR ni memang akan dibenci staf lain? Kenapa? Boleh share tak sebab2 yg membuatkan HR korang dibenci. Lepas tu, ada cara tak untuk bagi department lain tu bukak mata sikit supaya tak terpengaruh dengan si kaki putar belit tu?

– Hakak HR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit