Testimoni Yang Tak Adil

Assalammualaikum & hai semua pembaca. Terima kasih admin publishkan confession ni.

Recently, ada banyak confession pasal cosmetic products kan. Krim timbang kilo lah, macam mana nak jaga muka la etc. Kali ni nak confess sikit rasa tak puas hati pasal cara penjual skincare buat testimoni produk diorang. Testimoni ni penting untuk attract customer beli produk kita, tapi kalau tak kena cara dah jadi lain la pulak testimoninye. Aku nak khususkan kepada produk skincare la, sebabkan diri ni salah sorang yang ada masalah kulit muka. Tak flawless, tak putih sangat, tak gebu, dan bermacam tak lagi. Sedihhhhh.

1.Guna model yang sedia cantik@ada sikit je masalah kulit muka.

Boleh dikatakan kebanyakan peniaga skincare product ni, model diorang semua dah memang cantik. Kalau ada problem pon, mungkin jerawat seketul sebesar zarah, yang muncul 2tahun sekali. Sedih akak sebab bila nak beli satu produk tu, mesti kita nak real testimoni yang reflect kulit muka kita kan. Kalau nak beli produk pencerahan kulit, mesti kita nak cari testimoni yang dulu muka kusam, gelap, tak nampak masa depan dan sebagainya. And bila pakai produk sekian2, jadi cerah and gebu. Cantik gituuuu. Itu belum untuk yang ada masalah jerawat atau jeragat. Kalau model tu jerawat pun singgah selang setahun, tak fair lah nak jadikan testimoni.

Macam aku cakap, bukan semua peniaga macam ni. Ada yang betul2 buat testimoni yang real. Nampak kesan pakai produk diorang. And jangan lah nak over bagitahu kesan seawal 7 hari ke, 3 hari ke, selepas sejam ke. Akak nak pulihkan kulit muka yang dulu berjerawat & berminyak ni, ambik masa berbulan. Ada lagi orang yang kurang nasib baik, bertahun nak rawat masalah muka. So, be real sayang semua. Nak buat plastic surgery pon ambik masa nak betul2 cantik. Apatah lagi kalau duk sapu2 krim, basuh2 muka saje ye dak.

2.Gambar before & after

Ni lagi satu aku perasan. Masa letak testimoni customer yang before guna produk, muka tak ada make up@tak berbedak langsung. Macam baru balik bersawah. Kusam, masam, kelam segala. Tapi gambar after siap bermakeup, foundation 12 inci, shading, shaping, eyeshadow, lipstick, hidung tegak tetiba, lepastu cerah aje gambarnye. Macam ada cahaya tetiba datang masa nak selfie tu. Unfair betul. Cuba lah buat situasi yang sama kalau nak tengok before&after punya muka. Kalau before tak pakai makeup, ambik gambar masa siang, bawah lampu, guna kamera biasa, gambar after pon mestilah sama situasi nya. Ini tak, before macam muka aku tapi gambar after tukar jadi Neelofa. Ah marah betul akak haishhh!

3.Conversation peniaga&customer.

Kalau zaman sekarang, zaman IT teknologi terkini kejayaan semakin hampiri. Berniaga senang pakai Whatsapp, apa2 deal semua through Whatsapp. Especially kalau peniaga yang tak ade official website, so belum lagi ada online shopping. Kau orang selalu kan tengok printscreen conversation Whatsapp dari customer, kononnye sebagai bukti beli produk dia 1000 ketul terus sebab produknya baguihhhh sangat la haiii. Macam2 lagi, testimoni bagi gambar la. And tak kurang jugak, customer yang bagi feedback ayat2 sahaja without any picture proof.

Aku ni as a customer, sebelum beli satu2 produk tu mesti nak tengok ramai tak orang lain beli&guna. Baru la rasa confident nak beli jugak. So caranya, tengok testimoni dari orang lain aje la. Tapi ada peniaga yang tak jujur ni, buat testimoni tipu@palsu. Jahatnye dik non. Kesian la kalau orang yang naif, mudah percaya terus aje beli. Lepastu pakai, tapi tak dapat hasil yang sama pon.

Aku pernah survey satu skincare product ni, sebab kononnye nak try. Jadi Google la ‘Testimoni XXX’. Keluarla banyak result, and gembiranya akak sebab ada website official (Blogspot) untuk produk ni. And ada la specific tab untuk tengok testimoni. Excited la aku nak tengok testimoni bagai, bila klik je. Hampehhhhh. Nak tahu macam mana cara dia buat testimoni. Aku bagi contoh la macam kat bawah.

“Saya guna XXX, lepas 3 hari dah nampak kesan. Kulit anjal, jerawat hilang. Suami pun perasan dengan perubahan muka saya, dia turut merasa gembira. Terima kasih XXX” –Melati, Kuala Langat.

“Lepas guna XXX selama seminggu, kesan2 jerawat makcik dah kurang. Kulit terasa tegang. Ramai yang menegur makcik dan bertanya produk apa yang makcik pakai. Makcik senyum sahaja. Terima kasih XXX kerana mengubah hidup makcik dari suram menjadi terang” –Makcik Bunga,Skudai.

“Apa lagi yang anda tunggu, mari ubah kehidupan anda supaya jadi lebih yakin. Sudah banyak testimoni kami terima. Bla..bla..bla..” <—– Ni ayat tuan skincare kat blog

Ha, engkorang rasa ape? Akak tak sampai hati nak cakap apa perasaan akak. Biarla dipendam di lubuk hati, sambil cuba fikir positif yang tuan skincare punya telefon tak boleh buat screenshot. Alahaiii.

Aku bukan kata semua peniaga pun macam ni. Ini hanya sesetengah yang tak jujur, nak untung cepat, nak semua orang percaya dengan produk dia. Tak ikhlas. Berniaga ni kena ikhlas dik non, insyaAllah rezekinya sentiasa ada. Mari kita sama2 tegakkan kebenaran. Sayu mahu testimoni yang sah! (Laungkan sebanyak 3 kali sambil angkat tangan)

– Akak pernah ada masalah muka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit