Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Admins sekiranya menyiarkan confession saya ini. Sekiranya confession saya ini tidak terpilih untuk disiarkan, saya tetap juga ingin mengucapkan terima kasih kepada admin sebab menapis confession yang perlu disiarkan di page ini.
Seterusnya, saya ingin memohon maaf kepada para pembaca terlebih dahulu sekiranya terdapat kesilapan pada susun atur kata saya, gaya penulisan dan sebagainya. Maklumlah, saya bukanlah seorang insan yang berbangsa melayu. Tapi , jangan risau, saya tetap rakyat Malaysia, sebab itu lah saya cuba sedaya upaya meluahkan “confession” saya dengan menggunakan gaya bahasa melayu sebaik mungkin.
“Confession” yang saya kongsikan bersama admin dan pembaca semua adalah mengenai diri saya dan roommate saya. Sebenarnya, saya ingin sekali meluahkan apa yang terkandung di hati ini kepada roommate, tapi saya merasa geli, dan tidak patut di lakukan secara “face to face” , sebab itulah saya memilih IIUM-confession sebagai medium terbaik untuk meyalurkan apa yang hendak saya katakana ini. Tapi, sebelum itu, suka dan ingin saya menegaskan disini bahawa saya dan roommate saya BUKANLAH gay dan yang sewaktu dengannya okay.
Okay cukup sekadar mukadimah… Nama saya adalah M (bukanlah nama sebenar), pelajar tahun akhir di salah sebuah universiti awam dan roommate saya adalah Zan (Bukan juga nama sebenar), merupakan pelajar tahun dua. Saya dan Zan baru saja sebilik bersama setahun yang lalu, tetapi walaupun baru berkenalan dalam waktu yang singkat ini, pada hemat saya, kami berdua sudah agak rapat. Saya, walaupun sudah bergelar pelajar tahun akhir, tapi masih banyak yang saya tidak tahu mengenai dunia luar berbanding dengan Zan. Saya, kadang2 begitu kagum dengan Zan dan berterima kasih kepada beliau kerana:
Beliau lah yang menyedarkan saya betapa pentingnya menjaga amal daripada dipengaruhi dengan amalan bida”a. Zan, dia seorang yang rajin membaca mengenai sunah2 nabi, amalan2 nabi serta berusaha untuk melengkapi dirinya dengan ilmu Sunnah yang sebenar. Bila dia senaraikan beberapa perbuatan yang biasa dibuat oleh masyarakat kita, seperti kenduri arwah, imam berdoa dengan suara yang jelas kedengaran dan makmum hanya menadah tangan, dan sebagainya, pada awalnya saya berasa terkejut ianya bukan Sunnah nabi, tapi saya tetap bersyukur sebab ianya sebagai ilmu baru buat saya.
Beliau juga yang menyedarkan saya untuk menjaga kesihatan. Sepanjang saya hidup, amat jarang sekali saya jumpa member yang “keep on reminding me to take care of my health”. Disebabkan badan saya yang agak gemuk (berat 75 kg), dan selalu mengalami sakit perut, dia sering menasihati saya untuk mengawal pengambilan nasi, kurangkan minum minuman manis, banyakkan bersenam dan banyak lagi tips kesihatan yang dia bagi, sehinggakan dia tag saya di page2 kesihatan.
Beliau juga lah yang menyedarkan saya untuk lebih mengambil berat mengenai isu semasa dunia. Ya, saya akui saya tetap mengetahui isu semasa yang sedang berlaku hasil bacaan daripada akhbar tempatan kita, tetapi pengetahuan Zan lebih daripada apa yang saya tahu sebab dia bukan sahaja membaca bahan bacaan daripada akhbar tempatan, tetapi juga akhbar luar negara seperti akhbar daripada rusia versi bahasa English dan membuat perbandingan. Saya amat kagum dengan kelebihan beliau !
Ini yang paling saya berterima kasih kepada Zan apabila beliau terus menerus mengingat kan saya mengenai fitnah dajjal, serta ancaman yakjuj makjuj. Allahu, saya rasa sangat-sangat bertuah sebenarnya mempunyai kawan seperti ini. Bila Zan mempunyai masa terluang, antara topik yang selalu dia bincangkan dengan saya adalah dua benda seperti yang saya sebutkan diatas lah. Seperti yang kita sedia maklum, fitnah dajjal adalah fitnah yang terbesar yang bakal dihadapi oleh umat manusia. Apabila sudah tidak ada seorang pun umat manusia yang tidak mengingatkan kita mengenainya, maka itulah petanda kemunculannya. Sebab itulah saya sangat bersyukur sebab Allah kurniakan saya roommate baru yang peka akan hal ini.
Sebenarnya, roommate saya Zan bukanlah seorang yang alim, pakaian pun biasa saja, dan tetap mempunyai “sisi hitamnya” yang sendiri (cukuplah saya seorang yang tahu), tapi saya rasa dia jauh lagi berilmu daripada saya. Walaupun saya adalah pelajar yang lebih 2 tahun senior dari dia, tapi saya sangat menghormati beliau. Saya juga kadang2 amat kagum dengan ilmu yang dia miliki, dan perwatakan dia yang agak “unik”.
Sebab itulah, selama saya hidup ini, saya hanya ada dua sahabat baik, pertama, sahabat saya, Am, sewaktu di sekolah menengah, kedua, roommate saya Zan (Walaupun mungkin Zan anggap saya sebagai sahbat beliau yang biasa saja). Saya berdoa agar kesemua sahabat saya dipermudahkan urusan terutamanya kedua sahabat saya ini. Saya agak sedih sebab saya bakal meninggalkan universiti ini lebih kurang sebulan lebih dari sekarang, lebih2 lagi saya akan meninggalkan sahabat baik saya disini, zan yang masih berbaki 2 tahun pengajian. Tapi saya sedar, “I need to move on”.
Zan, kalau kau terbaca confession ini, dan kau rasa saya yang confess, maka saya lah tu, tapi saya tidak akan pernah mengaku nanti ye. Terima kasih Zan, maafkan saya kalau saya ada salah dan silap dan saya doakan kau berjaya dalam apa jua bidang yang kau ceburi, insyaALLAH..
~ Your Friend
M
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit