Buat Baik Akan Dibalas Kemudian Hari

Assalamualaikum semua…
Ok aku nak cerita kisah yang aku alami berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku je…

Cerita ini berkaitan dengan mak aku..mak aku ni adalah anak ke-5 daripada 6 adik beradik..mak aku berasal dari keluarga yang sangat susah..mak aku pernah cerita pada aku masa dia di tingkatan satu dia bersekolah di sekolah arab dan dia terpaksa tinggal di pondok(asrama)..masa dia sekolah tu sebulan hanya guna 20sen je…dengan 20sen (ke berapa sen aku tak ingat yang penting duit tu memang tak cukup untuk beli makanan) tu dia beli keropok lekor rasanya dan makan hanya untuk mengalas perut je..

Dengan keropok tu lah dia survive kat pondok.. Disebabkan masalah kewangan dia terpaksa berhenti sekolah dan membantu datuk n nenek aku mencari wang untuk menyara keluarga..
Kesian mak aku terpaksa berhenti sekolah dan aku terfikir kalau mak aku dapat belajar dahulu mesti dia dah berjaya sekarang .

Eh lari pulak dari tajuk asal…apa yang aku nak ceritakan adalah kebaikan yang mak aku buat, aku pun dapat tempiasnya..

Mak aku ada dua orang kakak (aku panggil maklong n makcik ) yang berkahwin masa umur dia dalam linkungan 20 tahun masa tu.. mak aku kahwinlewat iaitu pada umurnya 27tahun… So, banyakah masa yang dia dapat sumbang untuk tolong kakak-kakanya waktu kakaknya melahirkan anak kecil..

Masa tu mak aku memang rapat dengan anak saudaranya.. contohnya bila maklong melahirkan anak keduanya, mak aku akan bawa balik anak saudaranya ke rumah dan akan jaga keperluan anak saudaranya..

Mak aku selalu beli pakaian bagi dekat anak2 saudaranya, ataupun bagi duit perbelanjaan sekolah untuk anak saudaranya…bila waktu cuti anak2 saudaranya akan ke rumah mak aku dan waktu itu lah mak aku akan bawa anak2 saudaranya ke pasar untuk beli baju baru kepada mereka… Hal ini kerana keluarga kakak mak aku bukanlah orang senang jugak..

Sekarang aku dapat lihat hasil kebaikan mak aku terhadap anak saudaranya satu ketika dahulu telah dibalas… Anak2 saudara mak aku which is sepupu aku memang sangat baik dengan family aku..

Sepupu aku sekarang selalu beri pertologan kepada keluarga aku.. Contohnya, setiap kali aku hendak memulakan semester baru mereka akan bagi sedikit wang belanja kepada aku, bawa aku jalan-jalan, beli baju baru kepada aku dan macam-macam bentuk balasan yang sama yang mak aku berikan kepada mereka dahulu.

Maklong dan makcik aku selalu jugak beri duit perbelanjaan kepada aku untuk belanja di universiti..

Aku ni anak sulung.. So aku tak ada lah kakak dan abang…Tapi disebabkan kebaikan mak aku tu, aku dapat rasa kasih sayang seorang kakak dan seorang abang daripada sepupu-sepupu aku..Mereka layan aku dan anggap aku sebagai adik beradik mereka sendiri..

So apa yang aku nampak, kebaikan yang kita buat tu tak semestinya dibalas serta merta..Pencipta kita sudah pun susun nasib kita dengan sebaiknya.. Mungkin kita tak dapat balasan kebaikan kita on that time, tapi Allah swt telah tangguh untuk dibalas di kemudian hari which is waktu bila kita mengalami kesusahan yang sama dengan orang yang kita tolong sebelum ni..

Balasan tu Allah bagi memang tepat pada masanya.. Contohnya, macam aku sekarang ni..aku sedang belajar dekat IPTA dan maklumlah bila belajar di peringkat yang lebih tinggi perbelanjaan pun meningkat.. Dengan bantuan daripada sepupu dan maklong dan makcik aku sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mak aku terhadap aku…

So, kebaikan yang kita buat tu orang lain jugak akan dapat tempiasnya walaupun sedikit dan sama ada cepat atau lambat kebaikan yang kita buat tu dibalas…

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit