Bila Anak Jadi Raja

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya luahan perasaan ini disiarkan. Aku dilahirkan dlm keluarga yang sederhana dan aku yang kedua antara lima adik beradik. Confession ini bukan lah bertujuan utk memburukkan nama sesiapa, tetapi lebih kepada ingin mendapatkan nasihat dan tak juga lupa sebagai peringatan kte sebagai seorang anak.

Baru baru ni kami sekeluarga mendapat berita tentang perihal kesihatan ibuku yang agak serious. Daripada selalu sakit gastrik, constipation doktor sahkan beliau menghidap colon cancer dan kini pada stage 3. Kami mmg terkejut sbb selama ini ibu mmg sihat, takde masalah penyakit2 chronic, tapi sbb cancer runs in the family, and makcik aku 2 orang passed away sbb cancer. Faktor risiko itu ada disebabkan keturunan, dan kini Allah memberi ujian pada keluarga kami.

Ibuku merupakan seorang yang cekal dan tabah membesarkan kami lima orang seorang diri selepas kematian abahku yang pergi secara mengejut pada tahun 2011. Waktu tu umur kami antara 12-22 tahun.Tak pernah pun beliau merungut tentang kesempitan wang sedangkan waktu tu,aku dan kakak aku sedang melanjutkan pelajaran di ipta, tanpa pinjaman ptptn atau biasiswa. Semuanya ibu yang tanggung. Aku sampai kadang terfikir juga utk stop tgh jalan atas sebab perbelanjaan di ipta bukanlah murah, duit belanja rm600 tiap bulan diberi without fail, kalau da sampai 4 tahun mau cecah belasan ribu ringgit. Tp aku perlu utk habiskan pengajian. Dengan kakak lagi dlm keadaan yang sama mcm aku, ditanggung sepenuhnya oleh ibuku. Adik 3 orang yang bawah tu, waktu tu mereka semua di sekolah menengah, duit belanja lagi, duit yuran, macam macam lah.

Aku pernah ddk bersendirian dgn ibu tanya if ada masalah ttg financial ibu boleh share dengan aku, walaupun waktu tu aku tak bekerja, tp atleast i want her to know that she can always share with me any burden that was too overwhelming for her. Tapi dia cakap tak perlu risau la, focus on your studies, nanti senang dpt kerja. Lepas daripada tu, aku tekad, once aku dpt kerja Allah izin aku pun akan beri duit belanja pada ibu every month without fail juga, and alhamdulillah Allah beri rezeki utk aku tunaikan impian aku. Kakak aku pun diberi kesempatan utk memberi duit belanja kepada ibu. Kurang la sikit bebanan ibu utk tanggung adik2 aku yang lain.

Adik beradik aku pun tak kurang hebat juga cabarannya. Skrg mereka bertiga di ipta. Semua ditanggung ibu. 2 da hampir habis belajar, lagi sorang sedang dlm pengajian. Part sini la yang aku rasa bingung sangat mcm mana nak nasihat kat diorang tanpa ada isu pergaduhan

Mereka ni sekarang dlm lingkungan 19-23. Umur2 mcmni banyak dipengaruhi oleh kawan2 sebaya, kawan2 ig, kawan2 twitter. Banyak masa mereka dihabiskan dengan kawan2. Yang lelaki asyik suka keluar malam, lepak di mamak, balik sampai lewat tgh malam, ada yang sampai awal pagi baru nak balik. Yang perempuannya, selalu keluar weekends, kadang tu keluar sbb apa, sbb nak lunch, dekat rumah takde pape pun makanan (sedangkan ibu aku ada kat rumah).

Dulu rajin juga dia masak before keluar, tapi disebabkan dia stress, weekdays asyik buat house chores tanpa pertolongan adik lelaki yang lain, kesannya dia stress dengan masa nak belajar lagi, masa nak rehat lagi. Aku pun kesian juga kat adik perempuan aku ni sbb lepas kakak dan aku berkahwin, kami ddk asing daripada keluarga. Dulu masa kami bertiga dirumah ibu, jadual house chores tu bahagi kami bertiga. Anak2 lelaki tak termasuk pun dlm jadual. Sbb ibu cakap anak lelaki lain cara didikannya. Skrg 2 da keluar, tinggal la sorang adik perempuan aku ni, dia la kena tanggung house chores semuanya. Even suri rumah pun kepenatan seharian uruskan household, inikan pula seorang pelajar sepenuh masa yang mana waktu kelas penuh start dari pagi sampai petang. Pernah adik perempuan aku depressed sbb tak capai target utk gpa dia waktu sem tu, sedangkan 1 paper saja dia amik final. Yang lain tu continuos assignment, of which dia confident boleh dpt score. Tapi disebabkan terlampau penat dengan house chores, dia tak dpt score. So that’s about it la kenapa adik perempuan aku kadang rebel nak keluar weekend, as a therapy utk dia de-stress

Lain halnya dengan adik lelaki aku dua orang ni. Beza cuma dua tahun antara mereka, tapi tak ngam. Selalu bergaduh, even sekarang pun tak tidur sebilik. Tak tau lah kenapa.

Selepas berita kesihatan ibu diberitahu, aku ingatkan perangai mereka akan berubah, tp itu la, tak berubah juga. Still sama. Maybe sbb ibu aku tak tunjuk yang dia sakit. Ibu tak cerita pun dekat adik2 aku ni update kesihatan dia, dia hanya bgtau aku, mungkin sbb aku ada latar belakang sains kesihatan. Ibu sebenarnya risau kesihatan dia, tp dia lagi taknak anak2 dia risau.

Pernah aku ziarah rumah ibu hujung minggu, bersepah ya Tuhan. Baju basuh tak bersidai, sampai masam, baju da kering berlonggok kat dlm bakul. Allahu. Aku tgk pun nak marah je adik2 aku ni. Ibu tak boleh stress, nanti dia lagi penat. Tp kalau keadaan rumah mcm ni siapa yang tahan. Kadang tu ibu hanya makan nasi kosong je, sbb selera takde. Adik aku cakap dia da malas nak masak sbb bila dia masak takde orang nak makan, selalu makan luar. Tapi ibu tu mcm mana? Dia kan lapar. Aku pernah marah adik2 lelaki aku ni minta at least la, basuh baju, buang sampah and sapu kat luar tu. Ituu pun bergaduh cakap kerja2 tu semua perempuan yang kena buat. Maybe da sbb terbiasa jadi raja kat rumah ni. Makan pun pinggan perempuan yang basuh, lelaki naik atas terus masuk bilik. Seingat aku, arwah abah tak pernah tinggalkan macam tu je. Paling kurang pun dia tolong kemaskan meja lepas makan.

Pernah satu hujung minggu tu ibu aku teringin makan kuey teow sup, waktu pagi. Aku tgk adik2 aku ni still tidur, tak bangun lagi sedangkan ibu ada bgtau yang dia tak boleh skip meal. Kalau terpaksa beli kat luar, tak sempat masak pun takpe la dia akan makan. Tp waktu tu aku tgk takde siapa nak tolong belikan ibu kuey teow sup. Aku dengan kakak aku da tak menang tangan dengan rumah tak berkemas, tolong kemaskan, sampai nak minta tolong kat adik2 aku ni nanti takut sampai bergaduh. Bdk2 skrg ni tak boleh tidurnya dikacau, esp waktu pagi. Nanti boleh berperang weh. Lastnya aku mintak tolong husband belikan, in the middle of dia tgh buat uber. Kesian aku tgk ibu aku.

Taktau la salah acuan ke, salah didikan ke. Pernah je ktorang perempuan bgtau ibu, jangan manjakan sangat anak lelaki ni, diorang pun kena buat kerja rumah jugak. Nanti yang perempuan da kahwin siapa nak kemas2 rumah ni. Ibu just jawab, anak lelaki lain cara didikan dia. Ibu tau la apa ibu buat. And now, nak minta tolong pun susah. Mcm mana la tak bergaduh, tiap kali minta tolong je kita pulak dijawab itu semua kerja perempuan. Diorang hanya turun utk makan. Selebihnya ddk dekat dlm bilik, online dan keluar dengan kawan2. Dalam keadaaan ibu mcm tu still lagi keluar dengan kawan2, sedangkan mereka tahu ibu tak gemar anak2 dia keluar malam2 mcm tu. Yang peliknya siap call aku nangis2 cakap diorang terbayang macam mana la kalau ibu meninggal nanti, siapa nak jaga diorang semua. Tapi perangai masih tak berubah.

Aku pun skrg ni buntu. Nak ditegurnya karang bergaduh, nak slow talk karang boleh jadi marah. Macam nak selesaikan masalah ni?

– Angah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit