Bos Yang Dipinggirkan

Salam sejahtera untuk warga iium. Pendek cerita, sudah 6tahun saya bekerja di sebuah kilang pemprosesan makanan ikan/udang di Klang. Dengan berbekalkan ijazah yang tak berapa dipandang sangat oleh kebanyakan syarikat, saya nekad untuk bermula dari bawah. Bermula sebagai “store boy” dengan gaji RM450 shj, saya naik sikit demi sikit sehinggalah sekarang menjawat jawatan sbg Senior QA bergaji RM5 ribu sebulan. Alhamdulillah bersyukur pada tuhan.. baru sekarang saya mampu nak berfikir pasal kahwin, beli kereta dan sara mak ayah.

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah sebagai seorang pekerja atasan/senior/bos, saya tak lari daripada tohmahan dan perlian pekerja bawahan. Secara lahiriah, pekerja lain nampak saya main bekerja dalam aircond, setiap pagi main internet di laptop, boleh keluar berjalan dengan kereta syarikat, lebih relaks sebab waktu kerja yang fleksibel dan yang paling penting….bergaji BESAR. Sedangkan pekerja lain ramai yang lebih berusaha, berpeluh keringat buat overtime tapi bergaji kecil sahaja. Ibarat dianak tiri oleh syarikat.

Dalam kilang ni ada lebih kurang 10 group wasap dan telegram. Saya tak diinvite pun dalam mana2 group. Kalau ada team outing/futsal/badminton/pot luck, saya orang terakhir yang tahu. Kalau saya assign kerja lebih/projek baru, konfirm penuh group wasap mengumpat pasal saya. Tu belum kira yang fitnah saya jilat kaki bos, naik pangkat pakai kabel, main perempuan dan macam2. Macam mana saya tahu? Adik perempuan saya pun kerja kilang yang sama. Dialah yang selalu mengadu kalau ada apa-apa cerita buruk pasal saya dalam kalangan pekerja lain.

Bukan saya seorang sahaja, senior dan supervisor lain pun alami perkara yang sama. Hubungan kami (senior) dengan staf bawahan ok je. Boleh gurau senda, boleh di ajak bersembang kosong. Tapi hubungan kami hanya sekadar tu sahaja..tak lebih daripada lingkungan pagar kilang.

Mari aku beritahu, kenapa senior/supervisor/manager seperti kami ni lebih besar gajinya dan lebih selesa suasana pekerjaannya. Bukan sebab kami main kabel besar atau jadi macai bos.

1. Kerja kami banyak pakai komputer. Ya! Sangat banyak. Bersyukur sangat sebab ada komputerlah, kami dapat kerja dalam bilik aircond. Komputer ni sensitif tak tahan panas. Di sini, setiap hari kami wajib periksa emel, hantar laporan harian, layan kerenah bos dalam intrachat dan update data. Jadi tak peliklah kalau orang lain ingat kami ni kerja cuma main game dengan tonton Youtube je.

2. Tanggungjawab kami lebih besar. Besar maksudnya kalau saya ponteng sehari, data tak dikemaskini, mesin tak boleh operate, status produk tak dipastikan, silap-silap syarikat rugi beratus ribu ringgit sebab tiada pengeluaran produk sehari. Bak kata orang putih “For the want of a nail the war was lost”.

3. Tanggungjawab kami juga sangat berat. Berat maksudnya setiap kesilapan saya boleh membawa kerugian besar kepada syarikat. Sebab tu kalau anak buah buat salah, saya yang kena maki. Kalau mesin rosak, saya yang kena ugut buang kerja. Kalau pengeluaran tak lepaa QC, saya juga yang dibodohkan. Itu hal antara saya dengan bos sahaja. Depan anak buah, saya senyum je macam tiada apa.

4. Tekanan kerja kami ni lain macam sikit. Saya faham betapa beratnya tekanan dan penat kerja fizikal tapi jujur saya cakap, tekanan bekerja sebagai senior ni lebih mencabar mental dan emosi. Sebagai contoh, bagi aku lah… Penat main gim dua jam sehari tak sama dengan penat main excel dua jam sehari. Aku lagi rela main dengan besi daripada main dengan angka dan nombor. Power spek aku pun dah naik tinggi.

5. Kepentingan. Kenapa syarikat sangat menjaga kebajikan dan keselesaan pekerja atasan? Sebabnya atas kepentingan syarikat tu sendiri supaya kami (senior/supervisor/manager) lebih komited dalam kerja, lebih effisien ketika bekerja, dan tidak cari kerja lain. Pekerja mahir ni adalah aset emas dalam syarikat. Korang tak kan nak simpan emas bawah bantal kan? Mestilah simpan elok dalam peti besi bank beralaskan sijil insuran.

Itu sahaja coretan dan luahan ilmiah saya untuk pekerja sekalian. Dunia ini tidaklah adil, tapi jangan sesekali memburukkan lagi keadaan. Walau korang bekerja guna kabel pun, walau korang nak jadi macai bos pun.. pastikan kerja korang tu berkualiti dan bersungguh. Bukan setakat ibarat anjing menyalak bukit.

– Izham

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit