Admin, sila sembunyikan profile ye. Pertama skali, thanks kepada admin kalau cerita aku dapat approval. Aku A, umur 20an, seorang lelaki bekerja sebagai telemarketer@ telepemasaran di salah satu syarikat insurans antara terkenal di dunia dan malaysia. Aku lulusan degree dalam jurusan yang tiada kena mengena dengan apa aku buat sekarang ni, tapi Allah dah tentukan rezeki aku dalam bidang ni, redha jelaa. Walaupun bidang ni menjanjikan komisen lumayan kalau kita pulun habis tapi aku tak minat call centre sebenarnyaa..hahah.. Tapi aku redhaaa.terima rezeki aku kat sini..Apa aku nak share ni berkenaan kerjaya aku sebagai telemarketer ni walaupun isu ni bukan benda baru. Punca dia, aku terbaca kat paper ada orang mngadu kena tipu pasal insurans yang dia tak pernah setuju konon nya dapat panggilan melalui phone tapi dia tak pernah setuju..
Ok, first biar aku explain apa itu telemarketing. Telemarketing atau telepemasaran ni adalah memasarkan,promote dan bagitahu mengenai suatu produk atau servis, melalui panggilan telefon. Dalam kes aku, kena memasarkan insurans kepada pelanggan. Berbeza dengan customer service, Telemarketing ni namanya outbound atau panggilan keluar dibuat untuk hebahkan pasal produk yang ditawarkan dan kalau rasa bermanfaat, boleh subscribe., kalau tidak, tolak baik-baik. Aku ulang ye..baik-baik. So tugas aku adalah untuk call korang, terangkan pasal insurans, dan bantu dengan pendaftaran.
Apa aku nak highlight ni adalah cabaran bercakap dengan korang ni(customer) lah. Korang tahu tak, kenapa kami call, macam mana dapat nombor korang? Meh aku bagitahu ye. Sebagai contoh, Masa korang apply apa2 kad keahlian, buka akaun bank, tempah tiket penerbangan ke,korang perasan tak ada kotak kecil kena tick sebagai korang faham dan terima terma dan syarat yang panjang panjang tu. Aku tahu confirm 95% takkan baca butiran panjang berjela tu kan?? Dalam tu ada terma yang korang memberi kebenaran untuk share maklumat telefon, dan butiran korang untuk dikongsi bersama dengan pihak yang bekerjasama..dalam kes ni, kerjasama dengan company insurans. Sebab itu kami call untuk tawaran2 macam2. Bukan salah kami pun yang call korang..so lain kali, kalau tak suka, baca betul2 sebelum submit apa2 permohonan.. Ni tidak, tahu nak tengking, tuduh kami curi data korang la..ape laa.itu satu hal. Lagi satu takbole cakap baik2 ke? Ada satu pelanggan ni dah la biadap, tuduh kitorang dilatih untuk menipu dan belitkan pelanggan? Aku dapat dia, aku cili mulut dia.. Kitorang sini memang dilatih, tapi untuk memberi penerangan yang betul pasal produk insurans ni, bukan dilatih untuk menipu. Aku paham sekarang, memang banyak kes penipuan melalui telefon macam ni. Cara nak bezakan senang je. First, kami telefon dari nombor berdaftar, bukan private nombor. Buat la laporan kalau rasa ditipu, senang untuk semak balik siapa yang call..lain la kami guna nombor private ke ape ke. Lagi satu kalau nak tipu, kami akan minta butiran peribadi macam kata laluan bank ke, no akaun ke. Tapi tidak begitu. Kami hanya perlukan butiran asas saja untuk terus daftar dalam sistem. Ini tidak, nak bagi nama untuk semakan, pun takut, nombor ic pun takut. Bukan boleh buat apa pun nombor ic tu.bukan nya dapat ic betul dengan cip tu. Ada je publish dalam surat khabar no ic orang. Contoh peminjam ptptn yang kena blacklist ke, tak percaya cari kat ruang iklan dalam surat khabar. Ada je yang cetak nombor ic full. Tapi tula mentaliti rakyat malaysia. Insecure pada benda yang tak tentu. Kalau korang tak bagi nombor ic dan benda2 untuk kami isi dalam sistem macam mana kami nak buat pendaftaran? Jumpa???? Korang kena faham beza ejen dengan pegawai telemarketing. Ejen boleh la jumpa, tapi dia akan makan komisyen yang berlipat ganda bila dia daftarkan korang. Kami ni semua urusan melalui telefon dalam talian, tiada borang2. Dan walaupun melalui telefon, ada langkah keselamatan kat situ untuk kedua pihak. Selain perbualan dirakam untuk pemantauan maklumat yang aku sampaikan, aku cuma minta butir asas.dan lagi aku akan tinggalkan nombor customer service, nama aku atau butiran untuk korang hubungi semula. Susah ke nak kerjasama kalau betul berminat?? Yang kes kata tak tahu, tak pernah setuju nak daftar tu sebenarnya mustahil. Sebab pendaftaranmelalui telefon ni, kami kena terangkan dan dapatkan persetujuan pelanggan untuk program ni termasuk cara bayaran melalui autodebit atau autocredit semua kami kena bagitahu dan dapatkan pengesahan YA atau TIDAK baru kita akan buat penolakan. Penolakan duit takkan berjaya kalau tak dapat jawapan YA atau OK dari pelanggan. Kalau setakat nak taknak, tanpa clear consent yes or no macam hmmm, ahaaa, semua tu, kami takboleh nak teruskan pendaftaran. Tak sah. Jadi tolonglahhh faham.
Aku cuma nak ingatkan, tolonglah, para pelanggan, rakyat malaysia sekalian, tolonglaa faham. Kami pun cari rezeki. Takboleh ke luangkan masa cakap elok2 pun 1minit je.bukan 1 tahun! Kalau rasa berminat nak dengar penerangan pun kurang 5minit boleh selesai penerangan pasal insurans, rasa bermanfaat, kami bantu daftarkan, tak berminat, boleh tolak elok2. Ada ketikanya pelanggan sangat baik, memberikan kerjasama penuh dan menceriakan sepanjang hari aku. Alhamdulillah. Tapi 85% ke atas sangat kurang ajar, taknak dengar penjelasan, degil, insecure dan macam2 lagi. Aku cuma harap dan berdoa rakyat malaysia buka mata sikit pasal isu ni. Telemarketer bukan mencuri duit, mencuri data anda pun
Luangkan lah masa sekejap untuk dengar apa kami nak promote, kalau masih taknak, tolak elok-elok. Apa yang anda buat pada orang lain, ada kifarah nya, walaupun sekadar perbualan di telefon kerana lidah yang berkata-kata itu boleh menjadi lebih tajam dari mata pedang. Sekian
– A3S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit