Assalamualaikum Wr. Wb. Dan salam sejahtera buat warga IIUMC. Aku hantar confession ni untuk confess lah kan tentang hidup aku sebagai seorang tutor.
Aku memang bekas pelajar IIUM. Lepas habis tu, aku cari kerja fulltime tapi tak dapat so aku kerja part-time je lah mengajar. Mengajar kat madrasah part-time yang hujung minggu. Oh ya. Aku orang Singapore. Jadi mana2 Singaporean yang baca confession aku ni, korang faham lah kot keadaan kat sini macam mana. Aku tak pasti kat Malaysia tuition macam mana pulak.
Ok back to story, lepas beberapa tahun aku kerja part-time, dan masih tak diterima kerja fulltime di mana-mana tempat, aku decide utk freelance je la. Ajar tuition pergi rumah-rumah orang. Bestnya ajar tuition ni memang face to face. One to one. Jadi kita boleh focus kat anak murid dan detect kelemahan dorang seterusnya cari lah jalan penyelasaian yang boleh membantu. Aku jenis introvert. Jadi kerja tuition ni memang sesuai dengan aku. Kalau kerja fulltime aku suka kerja office tersorok kat meja sendiri kan. Haha.
Awal-awal aku kerja tuition ni, gigih betul. Penat pulak berganda-ganda. Walaupun kat Singapore public transport ni mudah, kawasan yang aku ajar paling jauh pun sejam pergi sejam balik rumah. Tapi penat tu memang penat. Kadang tuition lepas maghrib sebab budak-budak atau orang bekerja balik waktu petang nak mengaji waktu malam.
Aku dah ada suami dan anak-anak. Jadi malam sedih lah jugak balik tengok anak-anak dah tidur. Tapi aku kena buat jugak sebab aku kena bantu suami aku yang nak taknak je aku kerja. Dia lepaskan aku kerja pun sebab dia tau aku kena kerja. Kalau tak memang dia nak aku duduk rumah je.
Tapi hidup sebagai tutor ni, paling sadis bila bab yuran yang kau charge dan perangai parents kepada budak-budak yang kau ajar. Aku pernah ajar rumah orang kaya. Rumah flat flat ni untuk pendapatan rendah hingga orang yang sangat berkemampuan. Kondo, terrace, dah kira orang kaya. Anak-anaknya sangat tak mendengar kata. Buat suka hati dorang je. Awal-awal aku sabar lagi. Sampai lah satu tahap salah sorang anaknya jerit kat muka aku dan ubah cerita bagi ayah dia dengar yang aku taknak dengar dia baca Iqra’ walhal dia yang taknak baca. Aku suruh ulang sebab dia baca main-main dia taknak ngamuk dan pekik pekik kat aku. Ya Allah. Memang menguji kesabaran. Ada lagi satu rumah, anaknya baca bila dia nak baca je. Kalau taknak baca dia ajak aku berbual pasal benda yang tak ada kena mengena dengan ngaji. Budak-budak ni umurnya 6-7 tahun. Bayangkan lah. Kau letak anak-anak kau kat rumah, kau pergi rumah orang lain sampaikan ilmu, cari rezeki dan perkara macam ni terjadi. Serious aku banyak psycho diri sendiri untuk sabar.
Paling sedih bila orang pertikaikan kenapa aku charge mahal. Aku sebelum charge, aku usha kawan-kawan dan family yang jugak ajar tuition. Aku cari tahu market price berapa. Aku pernah terlibat dengan satu centre yang hantar asatizah ke rumah orang-orang yang nak belajar Islam, dan charge yang centre tu kenakan jauh lebih mahal dari apa aku charge. Ada parents soal aku dan bandingkan charge aku dengan chare asatizah lain yang pernah ajar anak-anak dia walhal asatizah tu tinggal di tempat yang lebih dekat dengan dia berbanding aku.
Kat sini, aku declare yang ramai orang tak hormat dengan guru lagi dah. Mereka sanggup habis bayar tuition academic macam maths atau science tapi bab mengaji ramai yang sangat berkira. Aku jadikan ni pengajaran agar satu hari bila anak-anak aku perlukan tuition ukhrawi, aku berdoa aku tak jadi parents berkira macam ni. Bukan aku cakap semua tak hormat. Tapi ramai. Dalam masa yang sama, aku ada students yang bersyukur sangat aku datang rumah dorang ajar ngaji sampai aku nak ambil yuran pun aku tak sampai hati. Tapi aku ambik lah. Haha. Cuma bila orang baik dengan kita, memang rasa berbaloinya lah aku sampaikan ilmu ni. Moga keberkatan tu tempias pada anak-anak aku untuk jadi manusia yang beriman dan bertaqwa. Tapi bila jumpa orang-orang yang berkira dan tak ada adab langsung dengan kita, aku rasa macam satu dugaan betul. Memang Allah tengah ajar kita sabar dan bertabah. Sedih wuu. Huhu.
Siapa yang tutor Islamic studies macam aku ni, bertabah lah. Aku tau ramai orang pertikaikan kita. Kita ajar ilmu Allah. Ikhlas je lah. Kenapa nak charge mahal. Kenapa nak charge. Kenapa tak free je. Mereka lupa jugak maths science language pun ilmu Allah jugak. Kalau otu sanggup berhabis kenapa ilmu Allah yang satu ni kita nak berkira. Ye dak? Sabar lah kawan-kawan yang tutor macam aku ni. Suami aku cakap, bayaran tu antara dia dengan kita. Ikhlas tu antara kita dengan Allah. Sekurang-kurangnya kalau kita ikhlas ajar orang-orang yang tak berapa ada adab dengan kita, Allah tetap pandang usaha dan keikhlasan kita. In sya Allah.
Terima kasih lah baca confession aku yang lintang pukang dan panjang lebar ni. Mintak maaf kalau memeningkan. Doakan aku ya guise.
Salam sayang.
– Ain
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit