Imdahnya Hidup Jika Sentiasa Bersama Allah

Bismillah..
Assalamualaikum , Harap admin sudi terima Confesssion aku ni. Aku nak kongsikan serba sedikit tentang perjalanan hidup aku ni. Iaitu perjalanan menempuh dugaan tanpa bantuan dari sesiapa pun melainkan Allah swt saja yang sebaik baik pembantu. .

Sejak aku kecil , mak tinggalkan aku dengan nenek untuk jagakan aku. Ayah aku plak dah meninggal dunia , waktu arwah ayah aku meninggal dunia, umur aku kot2 masa tu tak sampai setahun lagi.. Nak dekat2 setahun lah gitu..

Nak diceritakan keluarga yang jaga aku ni taklah kuat dalam bidang agama , cuma didikkan mereka tu kiranya oklah. .
Bab2 rotan semua tu jangan cakaplah. Memang dah puas dapat. Cuma itu hanyalah sebagai pengajaran. (Hmm,sapa suruh nakalkan)

Baik, cerita aku ni tentang kisah percintaan,aku pernah bercinta 3 kali dan termasuk sekarang ni 4 kali lah..hoho
Dalam selama aku bercinta ni , takda seorang awek aku pun yang setia.
Yang ada hanya tipu semata mata dan skandal lah. Ramai yang kata lelaki ni tak setia konon nya. .hakikatnya terbalik pada aku pompuan yang tak setia. .

Bila yang satu ni datang menyakiti , aku luah pada Allah , aku ceritakan pada Allah tentang kesedihan hati aku. Dan aku minta pada Allah agar Dia hadirkan seseorang yang boleh menjadi penawar luka hati aku. Dan Dia makbulkan , Dia bagi lagi seseorang . Yaa, pada mulanya dia telah memberi kesembuhan dihati aku. Gadis kali ni dia memang baik, tapi panas baran . Sifat dia ni tak boleh kena tegur, bila aku tegur sikit, melenting bagai kena rasuk jin..Aku suh solat taknak, aku suh jaga aurat pun mcm mau taknak jugak. So, aku still sabar . Sbb mendidik ni perlukan kesabaran , itu aku tak kisah lah sifat dia mcmna kan..kita kena terima seseorang itu seadaanya. Kalau nak tunggu yang sempurna sampai kiamat pun takda.. Tapi, yang buat aku tak sabar dgn dia ni..dia berskandal lah..dia ada org lain ..dia curang..dah mula pandai menipu..Allah je tau perasaan sakit aku waktu tu, then dia tinggalkan aku.. Aku redha dan sabar. .

Dan aku luah lagi pada Allah, aku ceritakan lagi dengan Dia. Sebab, aku tau Allah itu Maha Mendengar . Apa2 masalah pun semua aku luah pada Allah . Bukan setakat cinta je aku luahkan padaNya. Segala dugaan aku luahkan. Dan kali ni, aku minta lagi. Tapi, aku tak minta agar dia jadi penawar luka lagi. Yang aku minta adalah yang lebih baik dari gadis yang berskandal tu. Dan Allah hadirkan juga, kali ni memang lebih baik lah. Nak ckap bab aurat, sah2 gadis kali ni bertudung labuh, cuma solat dia ni kadang tak terjaga. Dan gadis ni pun ok, bila aku tegur tak melenting. Ikut je,,bila aku suh p solat baru nak solat. Kalau subuh tu jgn ckap lah..kalau aku tak call, sah2 dia terlajak sampai pukul 8 pagi..Tapi, dia ni cepat berubah hati , harini kata sayang esok lusa belul tentu lagi.. Dia dapat kerja baru, jauhlah dari kampung dia ni..pastu, dia mcm dah tak layan aku dah, dia kata dia penat dari kerja nak rehat. Tapi, aku tgok kat whatsapp dia online sampai 2- 3 pagi..tapi, chat aku bluetick je dia bagi..then aku call dia, aku tegurlah dia..tapi, kali ni dia dah mula melenting..mula nak tinggikan suara dan yang buat aku terkilan sangat bila terkeluar perkataan maki hamun dari mulut dia sendiri. Allahu, rasa macam nak lempang je muka dia time tu. Nasib bukan depan2 aku..Dan akhirnya dia block aku kat whatsapp, aku call dia berkali kali still tak jawap. Then, aku call adik dia. Sebab dia sama2 keja ngn adik dia. Dan apa yang aku tau dari adik dia sangat2 mengharukan menitis airmata ni. Adik dia cakap dia dah orang lain. Dan kaka dia pesan jangan ganggu hidup dia lagi. So, aku slow2 move on dari dia. Dan. Alhamdulillah , aku dah boleh lupakan dia. .

Dan perkara yang sama juga aku buat. Aku luah lagi pada Allah, aku bermunajat dengan Dia. Aku menangis, airmata tak henti2 mengalir saat aku luahkan semua ujian yang menimpa aku. Dan kali ni, aku tak minta lagi untuk Allah hadirkan seseorang untuk aku. Aku hanya minta untuk Allah kuatkan hati aku . Aku minta jika ada jodoh aku kat dunia . Aku hanya minta Allah jagakan dia untuk aku . Dan aku hanya berhanya agar jodoh aku tu yang terbaik dunia dan akhirat.

Dan saat ini, Allah menguji aku dengan hadirnya seorang gadis. Allahu, gadis kali ini yang Allah hadirkan bukan calang2. Gadis solehah, Berniqab dan tinggi ilmu agamanya. Dalam hati berbisik adakah ini satu ujian lagi?? Tapi, Allah menjawab cepat ,, tiba2 hati ini terdetik untuk mencintai dia. Dan saya pendekkan jelah cerita ni, kami kenal pun hanya saat pertama kali bersua, tapi waktu tu aku taklah terus jatuh cinta kat dia, sbb aku jaga pandangan. Tapi, dia kata kat aku dia jatuh cinta saat pertama kali bersua dengan aku dan dia kata lagi itulah kali pertama dia jatuh cinta, aku masa tu buat tak tau. Tapi, dengan ketulusan dan keikhlasan dia. Dia suruh aku datang ke rumah dia, dia suruh aku jumpa mak ayah dia. Dan Alhamdulillah kami dah bertunang dan satu lagi saat first time dia buka niqab depan aku waktu nak merisik tu . Allahu, bergegar satu badan aku, bulu roma naik melonjak, dalam hati berkata Allahu..CANTIKNYAAAAA..time tu rasa nak melompat2 je..Lebih cantik dari bekas2 awek aku..Dan Inshaa Allah, kami tak lama lagi nak menjalankan majlis pernikahan dan minta doa dari kalian semua. Moga ikatan kami Till Jannah. .

Dan kesimpulan, usah mencari yang sempurna dan jika diuji luahkan segala pada Allah, menangislah depan Allah. Yakini setiap apa yang diberi oleh Allah itu adalah bersebab. Allah uji kita sakit, sebelum kita merasakan nikmat bahagianya. Kita tidak akan merasa nikmatnya kemanisan sebelum merasai peritnya kepahitan. Maka, tetaplah bersabar dan redha. .

– Man

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit