Cara Tanam Anggur Di Rumah

Assalamualaikum, hari ni aku terbuka hati nak berkongsi rahsia bagaimana nak menanam anggur dari rumah ( membuat duit dari rumah) bukan dari bisnes online atau MLM dan bukan juga forex trading. Ramai telah melakukan perkara yang aku akan tulis ini dan ramai yang telah berjaya. Aku berkongsi rahsia ini kerana ramai yang masih menganggur dan juga ramai student yang terdesak tak ada duit di universiti.

Mungkin anda pernah dengar istilah gain in USD spend in RM, ya kerjaya yang aku nak cakap ni ada kaitan nya dengan google. Ramai antara anda yang mungkin perasan apabila membuka sesuatu website atau pun youtube, akan ada advertisement yang keluar dimana2 bahagian dalam website atau video. Anda merasakan bahawa advertisement ni menyakitkan hati kerana telah memakan data quota internet anda, saya faham perasaan anda kerana saya telah mengalami benda yang sama. Tapi setelah kemunculan pelan unlimited quota saya rasa perkara ini tidak akan menjadi masalah lagi.

Untuk penerangan simple, setiap company seperti McDonalds, Webe, KFC dan sebagainya berlumba lumba membuat video dan menjalankan FB ads, Google Ads, Youtube Ads dengan harapan ramai customer yang akan tertarik dengan produk mereka. Setiap company yang hendak menjalankan Advertisement perlu membayar certain amount sebagai contoh one engagement $0.03, daily budget mereka lebih kurang $20 hingga $100 mengikut lokasi.

Jadi disini adalah peluang untuk anda buat duit setiap hari. Youtube menyediakan satu ruang untuk anda menjadi creator studio, setiap views yang dimonetize bersama ads akan dibayar oleh Youtube. Sebagai contoh jika anda mengupload video dan mendapat views sebanyak:-
40000 views = $19 dollar
400000 views = $190 dollar
4000000 views = $1900 dollar

Bayangkan jika sehari anda boleh mengupload satu video dan mendapat lebih kurang $100 dollar, anda telah menjadi pemetik buah yang berjaya. Gaji anda lebih banyak dari doktor di hospital. Saya doakan student dan penganggur bersekutu di Malaysia dapat membuat duit dengan jaya nya. InshaAllah

– Pemetik Buah Anggur

– Youtubers

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit