Dobi Layan Diri

Perkhidmatan dobi layan diri yang memudahkan orang awam untuk mencuci/mengering pakaian dalam masa yang singkat semakin mendapat perhatian.

Namun, mengikut pemerhatian semenjak mula jejak kaki ke dobi layan diri. Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh pengguna perkhidmatan tersebut.

‘Self-service’ bukan tempat untuk bertindak ‘selfish’.

Setiap dobi mempunyai peraturan tersendiri dan kebanyakkannya tak jauh beza antara satu sama lain.

Apa yang sering saya lihat adalah sikap pentingkan diri sendiri lebih kerap berlaku di kalangan pengguna.

Contoh kejadian yang kerap berlaku adalah membiarkan pakaian yang telah selesai dicuci/dikeringkan lebih daripada had masa yang ditetapkan. Ada beberapa pengguna, selepas memasukkan pakaian sama ada ke dalam pencuci atau pengering. Akan keluar dari premis dobi tanpa memantau salah satu (atau kedua-dua) proses tersebut. Selain itu ada juga pengguna yang terlampau kusyuk on the phone sambil memakai earbuds/headphone membuatkan mereka leka.

Perbuatan tersebut menyusahkan pelanggan lain yang betul-betul mahu cepat menggunakan perkhidmatan yang ada. Beberapa dobi membenarkan pakaian yang sudah selesai untuk dibawa keluar oleh pengguna yang lain. Ya, ada dobi memberikan hak kepada pengguna yang menunggu. Walaupun sudah diterangkan pengguna lain boleh bertindak membawa keluar pakaian yang sudah selesai, ada pengguna lain menjadi berang apabila mengetahui pakaian mereka disentuh/dialihkan oleh orang lain. Pergaduhan pun terjadi di situ.

Kes kedua adalah mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan pakaian daripada pengering. Ada pengguna yang menggunakan dua pengering serentak. Apabila selesai juga serentak. Mereka mengambil ‘sweet-time-macam-home-sweet-home-dia’ untuk mengalihkannya dengan melipat satu-satu helai masuk ke dalam bag di hadapan pengering. Bunyi pelik tapi ini benar-benar berlaku.

Siaran ulangan, ‘Self-service’ bukan tempat untuk bertindak ‘selfish’.

Sikap pentingkan diri sendiri hanya menyusahkan orang lain. Perkhidmatan layan diri ada etika perlu diamalkan kerana ia melibatkan masa dan hak orang lain juga. Masa dan niat kita tak sama dengan orang lain. Masa itu penting. Kalau setiap pencuci dan pengering ada had masa yang ditetapkan, maka pantau dan ikut apa yang ditetapkan. Bukan melebihi masa yang lebih lama. Had masa itu bersebab. Kita sendiri yang perlu bertanggungjawab dan bukan lepas tangan kepada orang lain. Pakaian sendiri pantaulah sendiri.

Sila bertanggungjawab, pantau dan bertindak segera. Masing-masing ada smartphone, boleh gunakan aplikasi Clock > Stopwatch atau Timer tersedia dalam phone untuk pantau. Catat nombor mesin pencuci/pengering. Kalau anda mahu ke tempat lain, jauh daripada lokasi dobi buat sementara waktu, sila tinggalkan nota berserta nombor telefon pada tepi mesin yang diguna supaya orang lain boleh segera hubungi selepas pakaian anda selesai giliran. Kadang-kadang berlaku kejadian di mana tuan empunya pakaian lupa nak tutup ketat mesin dan air sabun melimpah. Huru-hara jadinya. Jadi sangat penting untuk sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon.

Kalau rasa nak melipat satu-satu helai secara kemas, sila alihkan semua ke dalam bag dengan kadar segera dan lakukan sedemikian di kawasan luas/atas meja tersedia, di dalam kereta atau rumah anda sahaja.

Bertindak berang dengan pengguna lain yang benar-benar mengejar masa adalah tidak patut sama sekali.

Tolong tanam dalam otak, ‘Self-service’ bukan tempat untuk bertindak ‘selfish’. Buka sahaja di dobi tapi di mana-mana sahaja yang sedia khidmat layan diri.

Memudahkan urusan makhluk lain langsung tak merugikan. Bila kita mudahkan urusan orang lain insyaAllah urusan/rezeki kita akan dipermudahkanNya. Apa guna pentingkan diri sendiri?

– Kak S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit