Hai.
Sebenarnya luahan ni saya nak post kat page FB saya, tapi rasa macam patut post kat sini supaya orang taktahu saya yang tulis. Tapi mostly saya tulis out of impulse, so minta maaf kalau ada yang saya tertinggal atau terlepas pandang.
Heol
Terbaca majalah Mxxxxxxx Wxxxxx. Banyak gila iklan produk kecantikan, slimming pill, perfect skin. To be honest, aku tak tengok tv pun dan tak tahu sangat perkembangan dunia semasa so ni macam first time tengok iklan rahsia bibir merah kekal 12 jam, foundation ajaib , langsing murah blablabla. Hahah
Lawak
Nah, bnyaknya standard kecantikan wanita ditanam dalam mindset pembaca. Kena putih, slim, kulit macam sutera, etc etc
But it’s a little too much, don’t you think?
Ingat perempuan ni trofi ka apa?
Let me clear something, aku pun care jugak pasal outer appearance. Skincare and all, but I have so much fun with my routine. Seronok ja jaga muka, pakai lotion semua. But that’s it. I have my limits, and I hope others have their own limits too. Ya lah. Aku pun rasa insecure jugak bila naik jerawat kat muka, aku pun boleh kata tembam jugak.
I have to admits, the marketing strategy is really good yelah kalau tak mana orang nak beli kan. Tapi ni keterlaluan la, standard kecantikan ni. Yang aku tengok, para wanita zaman sekarang, ramai yang mencantikkan diri dan menayang kecantikan untuk dapat acknowledge dari golongan bukan mahram.
Ada ja yang bagi cantik untuk suami dia. Tapi lagi ramai yang bagi cantik diri, pastu tayang kat boyfriend, kat public.
Aku pulak yang stress.
Yalah. It’s a sin duh my dear muslims friends. Tu tak sembang lagi kawan2 yang sehari tiga kali upload selfie. Adoiii. Kite tawu awak cantik, lawa gila kut. Tapi serius takyah tunjuk kat orang, mendatangkan fitnah wei. Dapat dosa free pulak tu.
Women scream about not to be objectified. Katanya pakai seksi bukan faktor utama rape, perempuan pakai baju kurung bertudung pun boleh jadi mangsa rape sebab golongan rapist tak reti control nafsu. In a way, yes it is. Tapi sedar tak berpakaian tak menutup aurat tu mendorong orang lelaki usha you guys, and in their mind they thought of nothing but seks. Diorang tak fikir if you guys ni kawan ke, bff ke, rakan sepejabat ke as long as you give them the opportunities then all hell break lose and they will fantasize. Pretty sure you know what I mean.
From the way you guys berpakaian, acting , kalau tak ikut syariat Islam, selagi tu lah korang sebenarnya telah di’objectified’ by the guys.
Saya tak cakap semua macam ni, tapi memang ramai macam ni. Sebab tu Allah cakap perempuan kena menutup aurat, menjaga kehormatan. Lelaki kena menjaga pandangan.
Dah. Tapi nanti ada pulak yang kata ayat ni datang dulu, maksudnya blablabla. Tu lari dari point yang Al-Quran maksudkan, kalau kau rasa kau perempuan. Kau buat ja apa yang Al-quran suruh. Kalau kau rasa kau lelaki, kau buat ja menundukkan pandangan tu. Masing2 kena mainkan peranan masing2, bukan sibuk menunding jari kemana silapnya.
Nanti ada yang kata, habis tu perempuan tak boleh cantik? Saya tak kata tak boleh cantik, saya cuma cakap perempuan kena simpan kecantikan dia mengikut syariat Islam dan berpada-pada dalam mencantikkan diri. Walaupun saya bertudung, saya pun pakai bedak ngan lipbalm. Saya pun pakai toner, moisturizer, sunblock tu. Kalau saya nampak baju yang cantik tapi tak menutup aurat pun saya beli. Tapi saya pakai dirumah bujang saya lah baju style kpop tu sebab saya tak kahwin lagi. Lol
Dahla. Saya harap orang faham apa yang saya nak sampaikan. Last sekali, “Berkata yang baik, ataupun diam” untuk para komentar but a healthy discussion is encouraged. Thank you hahahahah bye
– Cik Puteri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit