Kita selalu ingat hanya bila kita dalam kekurangan maka itu dikira ujian. Yeah..nope. Tak cantik, tak kaya, tak pandai, tak happy, tak de anak, takde somi romantik, takde kerja etc semua itu kita kira sebagai ujian..kita pujuk hati issokay la kita sabar dapat pahala, ganjaran tersedia kat akhirat nanti.
Tapi JARANG even tak sedar pun yang kelebihan pun adalah ujian. Malah uijan dalam bentuk kelebihan tu lebih berat dan hanya sedikit orang yang mampu menahan ujian tersebut. Tak percaya?? Tengok je la berapa kerat je perempuan yang cantik yang tidak menunjukkan kecantikan dia..ingat senang ke. Pernah tak rasa cam kena sepak kat muka bila jumpa perempuan yang cantik gila (natural beauty) tapi sangat humble, tak pernah nak letak selfie tak pernah upload gambar muka dia yg boleh buat bukan lelaki sahaja tapi perempuan dan kanak2 toleh dua tiga kali?
Ehhh kita yang tak berapa nak cantik pun susah nak tahan diri dari letak gambar (tu pun yg edited 360 filter beauty effect bagai). Cuba bayangkan la mereka2 yang cantik gila (excuse the language) yang setiap kali orang jumpa mungkin ternganga mulut tapi lansung tak pernah tayang kecantikan dia tu? Pakai baju pun simple cara bawa diri pun nampak humble…ehh pernah jumpa tak?! Aaaaa….susah kan.
Sape cakap senang..sebab ujian tu susah jadi tak ramai la yang pass. Jadi sangat2 la respek orang2 yang camtu. Ni bukan perempuan je la senanye..lelaki pun sama (ye la..zaman ni kan ramai dah lelaki yg jaga kecantikan/kehenseman kalah perempuan..apa org kata, bajet gitu.) So dah tau kan kenapa perempuan senang je cair meleleh dengan lelaki yg hensem tapi TAK bajet hensem? Ok lari topik.
So point kat sini nak cakap yang kita kadang2 kena sedar yang kelebihan tu adalah ujian yg lebih besar. sebabnya bila kita dalam kekurangan, cam contoh kita tgh takde duit ke..kita fail exam ke..kita tak dapat kerja ke..kita bangun pagi tgk muka kat cermin ke..kita ada penyakit ke…masa tu kita akan kembali kepada Allah..kita akan berdoa minta Allah tolong..kita akan berharap pada Allah…
Terbalik kalau kita tgh happy on top of the world..kerja bagus duit banyak..kaya raya..cantik peloles..rasa2 kita lagi dekat ke lagi jauh dgn Allah?? Tak payah jeling2 org lain tgk hidung sendiri dah.
Cuba angkat tangan kalau sape pernah rasa camni..bila pakai baju cantik sikit dari biasa..make up peloles..kasut beg baru..kalau tak amek gambar upload rasa cam ehh tak boleh..rugi nye orang lain tak nampak….rasa cam tak sempurna kehidupan gitu..tak boleh tidur malam terpikir2…cam ada itu batu besar kepala ada duduk. Ha..angkat tangan! Wehh..korang nampak tak permainan syaiton kat situ?? Bila tahan diri tak upload..tahan punya tahan..pastu tak jadi upload, wah rasa bangga kot. Tapi! Si syaiton ni rojim ni tak give up..tgh bosan2 kita scroll gamba lama2..sekali eh, cantik pulak aku kat dalam gamba ni..hmm buat profile pic la..upload kat ig ke..fb ke.. Habis. Habis sudaahhhh pertahanan diri.
Sebab sekarang kalau tak letak gamba muka cantik kat profile pic tu maksudnya hodoh la tu..kalau gamba bunga ke baby ke kumbang ke…haa hodoh la tu. Jadi semua orang tekejar2 terikut2 dengan permainan syaiton ni sampai tak sedar pun dipermainkan..syaiton duk terkekeh2 geli hati je kat sebelah.
Bila Islam ajar kita untuk jaga hati jangan riya’ (untuk apa2 la kelebihan yg kita ada), bila Islam ajar kita untuk jaga pandangan, bila Islam ajar kita untuk tidak menunjukkan perhiasan/kecantikan kepada yg bukan mahram..semua tolak tepi dulu. Takpe..tutup aurat apa..make up pun sikit je tak nampak sangat pun…apesal tak boleh? Haa..tu dah terjatuh dlm perangkap setan lettew..
Ini pesanan untuk diri sendiri senanya..rasa hina sgt bila jumpa wanita2 solehah yg muka berseri tanpa makeup namun tiada satu pun gambarnya yang ditayang untuk tontonan umum. Ada pulak kes yang perempuan nya memang jenis menjaga..tak senang2 upload gamba sendiri tapi si lelaki aka husband pulak yang terlebih seronok nak tunjuk kat orang isterinya yang cantik…habiss. See? Betapa susah nya untuk tuan empunya diri untuk menjaga diri..even orang yang memilikinya pun rasa tak sempurna kalau orang lain tak nampak kecantikan…betapa nak tunjuk..SUSAH SANGAT.
So bahagialah mereka yg termasuk golongan2 yang terjaga..golongan2 yang dapat menahan diri dari menunjukkan kelebihan yang Allah beri..yang telah lulus ujian atas kelebihan.
Kesimpulan..INGAT, KECANTIKAN ITU ADALAH UJIAN. Hodoh pun ujian jugak..
– Sinchan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit