Develop Diri Semula

Assalamualaikum.
Thanks admin, sudi siarkan cerita aku ni (kalau tersiarlah. kehkehkeh)
Nama aku Anis. Aku nak cerita pengalaman aku, dalam develop diri aku, develop hati aku, develop perasaan aku.

Aku dilahirkan dengan berketurunan besar, means, badan besar tinggi dan sejenis manusia gemuklah senang cerita. adik-beradik aku semua macam aku, kecuali adik bongsu, sebab dia ikut ayah tiri aku. kecik je. Tapi tinggi.

Walaupun berbadan besar, tapi aku bukan sejenis manusia yang makan banyak. Sekadar separuh pinggan pun dah cukup untuk penuhkan perut aku.

Lagi satu, aku seorang yang dilahirkan dengan kulit agak gelap kalau nak dibandingkan dengan arwah abang aku dan kakak aku. Disebabkan perbandingan nilah, yang buatkan aku moral down.

Zaman sekolah dulu, aku pergi-balik sekolah dengan basikal, takde sunblock ke, apa ke. Memang seorang yang comotlah. Dan ini makin menambahkan kehitaman dan kekusaman muka aku. sampai form 5 macam tu. Aku pada awalnya tak kisah sangat pasal semua ni. Tapi bila aku selalu dibandingkan, aku mula down. Aku mula sedih. Orang buat aku macam takde perasaan. Macam aku ni robot. Ikut saje apa yang orang nak kata.

“Anis, kenapa kau comot sangat?” “Kenapa Anis tak macam kakak dengan abang dia, putih je. ” “Wei. Kakak dia cantik. Jauhlah kalau nak banding dengan dia.” “wei. Kau bila nak kecik? Bila nak kurus?” “Kau kenapa dah macam badak air je, aku tengok sekarang ni?”Tulah ayat yang selalu aku dengar sejak aku kecik sampai sekarang, umur aku 26. Aku sedih. Memang aku sedih.

Pernah haritu, aku ikut mak aku pergi kedai kawan dia. Asalnya aku taknak ikut. Masa tu umur aku 22. Kawan mak aku tu cakap– “Kenapa yang ni macam tak cantik je? Yang baru ni, datang cantik je.” Apa kau rasa kalau kau sendiri kena macam aku tu? Waktu tu, aku betul-betul rasa macam nak menangis. Wei! Umur aku dah 22 dua tau. Bukan 2 tahun. Kau buat perbandingan macam aku ni takde perasaan duduk depan kau. Kau buat aku ni macam bodoh je. Waktu tu, aku terus ajak mak aku balik. Aku sedih. Semalaman aku menangis.

Korang tahu, disebabkan perbandingan macam nilah, aku pernah murung masa zaman sekolah dulu. Aku langsung tak nak keluar dari bilik. Balik sekolah, makan-makan nasik, aku terus masuk bilik, baca buku atau sibukkan diri dengan buat benda lain. Sampaikan masa cuti sekolah, aku berjaya siapkan 15 buah cerpen. Disebabkan benda ni, aku jadi benci nak jumpa orang ramai. Aku jadi benci nak pergi makan dekat kedai, aku jadi benci kalau orang datang rumah even saudara mara sekalipun. AKu benci bila orang bercakap pasal aku. Aku benci bila orang bandingkan aku dengan kakak aku. Bukan aku bencikan kakak aku. Aku cuma bencikan perbandingan yang orang buat antara kami. Sekalipun aku tak cantik, diam-diam sudahlah. Tak payahlah sampai bandingkan setiap kali jumpa aku dengan kakak aku.

sejak aku habis degree, aku mula bangun. Aku dh malas nak fikir pasal apa yang orang nak cakap. Setiap kali orang cakap macam tu, aku just senyum dan terus masuk bilik. Aku tak menangis. Aku cuma ambik buku catatan aku, tulis dan buang ke tong sampah.

Tapi. Langit tak selalu cerah. (Ecewah ayat aku!)

Sekarang aku dah kerja sebagai guru di sekolah rendah swasta.

Sekarang ni masih lagi ada yang bandingkan aku dengan kakak aku. Aku just buat donno je. Malas pikir.

Sampailah satu waktu, aku terjatuh suka pada kawan sekerja aku. Duda tanpa anak. Aku gelarkan dia Z. Pada aku, dia baik. Walaupun cikgu-cikgu lama tak suka dia, tapi aku just diamkan je. Dah aku suka dia. Lagipun aku baru dekat situ, aku belum kenal dia sepenuhnya lagi.

Aku seorang manusia yang takkan nak pandang muka orang tu, bila aku dah sukakan dia. Even kadang-kadang makan semeja pun, aku takkan pandang, walaupun dia bercakap dengan aku. Z pulak sejenis manusia yang suka renung, kalau bercakap. Sampailah suatu hari, dia whatsapp aku. Aku just layankan aje. Aku pulak jenis yang brutal sikit, kalau dengan lelaki, ikut dan aku aje nak bercakap benda-benda “gila”. Tapi masih berbatas, okey.

Ada suatu hari tu, dia tnya aku, “anis suka saya eh?” Aku just jawab dengan emoji yg ‘beruk tutup muka’ tu. haha. Gila hape nak mengaku terang-terang aku suka dia? Dahlah aku ni baru kenal dia beberapa bulan. Sejak berbalas whatsapp, aku makin kenal dia. Banyak jugak kekurangan yang dia tertunjuk pada aku. Tapi, bagi aku benda tu boleh settle. Rilek ah. Tegur? Aku tegur dalam nada gurau je. Contohnya– dia cakap kat aku dia tertidur. Penat. Terlepas semayang jumaat. Aku just jawab, “Helloklah tu. Cukup tiga kali, tumbuh ekor. Jadi biawak.” Dia gelak je. Nak tegur cara serius? Tu bukan cara aku. Nak marah pongpang-pongpang? Eh! Dia bukan laki aku!

Kami berkawan macam biasa. Ada jugak sesekali dia datang umah aku, pinjam barang. Aku bagi je kalau aku tak guna. Benda boleh settle.

Dia pun, kalau ada masalah memang dia ceritakan dekat aku. Aku pernah tanya dia, “why you chose me to tell about your sadness?” Dia cakap sebab dia selesa dengan aku. Walaupun nampak luaran bila dengan kawan-kawan aku nampak macam sangat tak matang, tapi bila cakap dari hati ke hati sebenarnya aku ni matang je. *Kuanghajo betul kata aku tak matang!

Sampailah satu waktu, Z cerita dekat aku satu masalah dia yang bagi dia agak besar dan aku cuba bantu dia settlekan masalah tu. Aku mintak dengan Allah. “Ya Allah. Aku suka dia. Aku taknak tengok dia sedih. Bantu aku untuk bantu selesaikan masalah dia.” Then, dengan izin Allah, masalah tu betul-betul settle.

Tapi. Lepas je masalah dia settle, Z terus diamkan diri. No whatsapps. No call. Whatsapp aku just di bluetick kan. Jumpa di sekolah, macam biasa. Aku senyum, dia senyum. Oh. Btw.. Kitorang hanya rancak borak dalam messages je. Jumpa depan-depan, haremm nak bercakap. Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. Entah. Aku segan.

Sambung balik.

Satu hari, aku bertembung face to face dengan dia. Tiba-tiba dia bisikkan kat aku– “Sorry. Saya tak sempat lagi nak reply whatsapp anis.” Kau bayangkan. Dah seminggu aku whatsapp dia. Padahal aku tahu je yang dia tengah rancak main reply whatsapp dengan kawan aku. Waktu tu, aku just ambik keputusan untuk move on. Aku tak layak untuk dia. Dan dia sebenarnya takde rasa apa-apa pun pada aku. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab dia delete no aku dari contact list dia. Macam mana aku tahu? Sebab kawan aku yang tak tahu apa-apa tu pernah tunjuk whatsapp diorang. Dan dia boleh tengok profile pic Z ni, sedangkan aku memang takleh nak tengok langsung. Waktu tu, aku just pergi tandas, aku lepaskan tangisan aku dalam tandas tu sorang-sorang. Aku sedih gila-gila. Kalau sekalipun takde rasa apa-apa pada aku, so why should he deleted my number from his contact list? Buat macam kawan sekerja lain, takleh ke.? sebab dia nak main macam tu, so aku buat benda yang sama. Aku delete no dia dari contact list aku. Aku delete semua whatsapp dia. Walaupun kadang-kadang ada jugak aku baca balik whatsapps yg lama-lama dulu, buat penawar. Tapi bila dah jadi macam tu, aku terus move on. Aku nak lupakan dia. Aku dah taknak berhubung dengan dia. Kat tempat kerja, sebab tak perlu, jadi aku sebolehnya cuba mengelak daripada terserempak dengan dia.

Sampailah satu hari, tengah-tengah duk makan, dia datang. Takpe. Aku stay je kat situ, habiskan makanan. Takkan aku nak lari kot. Perut tengah lapar. Z duduk menghadap aku. Makan jugak. Cikgu-cikgu lain sibuk mengusik. Aku diamkan je. Dia pulak macam mengiyakan. Aku cepat-cepat habiskan makanan. Waktu aku bangun, si Z cakap– “saya kalau boleh taknak yang jenis besar sangat macam Anis ni. Cari yang kecik sikitlah. Baru padan dengan saya. Kalau macam anis ni, buat maskot komanwel bolehlah kot. Lagi satu, biarlah putih sikit.” Dia bergurau agaknya, aku husnudzon je. Padahal dada rasa macam nak pecah.

Semua yang ada kat situ macam diam krik..krik..

Aku yang baru nak pergi minum air, terus letak balik gelas, balik ke meja aku di pejabat. Apa kau rasa kalau kau diperlakukan macam tu? Apa kau rasa kalau kau direndahkan macam tu? Hina sangat ke sebenarnya orang gemuk ni? Hina sangat ke orang kulit gelap ni? Start saat tu, aku mula nak bencikan dia. Aku cuba sedaya mampu untuk kawal diri aku depan orang. Jadi macam orang asing. Walaupun banyak rahsia dia dengan aku. Takpe. Tu mungkin boleh jadi jariah aku kat sana nanti.

Cuma lepas dia kata macam tu kat aku, aku terus down. Balik dari tempat kerja aku menangis. Malam tu, semalaman aku menangis lagi. Sampai aku puas. Aku doa pada Tuhan, “Ya Allah. Mungkin ini adalah petunjuk bahawa Kau tak pernah ciptakan dia untuk aku. Jadi, pilih hati aku untuk terus redha dan ikhlas menerima ketentuan Mu.”

Aku memang tak malu nak menangis depan Tuhan. Sebab aku tahu, Tuhan adalah sebaik-sebaik penyimpan rahsia.

Start dari hari tu, aku memang lebih banyak diam daripada bercakap dengan dia. Aku lebih pilih untuk menjauh. Biarlah. Untuk sementara, aku lebih pilih untuk diam. Sebab aku takut, kalau aku bersuara, nanti akan sebabkan dia terluka.

Disebabkan dia kata macam tu, sekarang ni aku start jadi macam zaman sekolah semula. Untuk beberapa minggu, aku lebih banyak menyendiri dalam bilik, baca buku, menangis. Entah. Aku tak tahu apa yang aku buat.

Sampailah dua hari lepas. Kawan aku yang tinggal di luar negara call aku. Aku ceritakan pada dia semua yang jadi.

Dan dia dengan tenang cakap– “Anis, hidup ni bukan semua benda yang kita cinta tu akan jadi milik kita. Bukan semua benda yang kita sayang tu akan tetap dalam genggam tangan kita. Sebab kita ni makhluk Tuhan. Asal namanya makhluk, tak lepas daripada harus rasa syukur dan redha dengan ketentuan Tuhan. Kau berhak untuk bahagia semula, macam dulu. Kau berhak untuk jaga hati kau, macam dulu. Kau perlu untuk genggam tekad, tinggalkan rasa untuk dia tu dan jalan pergi. Allah dan tunjuk. Bukan kau tak layak untuk Z. Cuma Allah simpankan yang lebih baik untuk kau. Pasal tubuh dengan kulit kau, kan aku dah pernah cakap dulu? Allah tak pandang pun semua tu. Allah pandang hati kau. Allah pandang saat sujud kau tu, apa dahi kau saja yang menunduk ke bumi atau hati ikut juga sekali? Ingat tak pasal Bilal Bin Rabah? Ingat tak pasal Luqman Al Hakim?”

Sejujurnya aku menangis bila kawan aku cakap macam tu. Sebab aku terlalu banyak kurang sebagai hamba.

Mulai dari saat tu, aku mula bangun semula. Sampai saat ni, aku cuba bina diri aku yang dulu. Yang selalu senyum, yang selalu cuba kuat. Aku tak perlu lagi pikir pasal Z dan apa yang telah dia buat pada aku. Cuma sekarang ni aku masih cuba mengelak untuk jumpa dia. Dia pun ada jugak whatsapp aku, tapi aku bluetick kan aje. haha. Malas nak pikir. Takut terdevelop rasa lagi.

Cara aku develop semula semangat yang patah ni dengan ingat semula pasal Bilal Bin Rabah dan Luqman Al Hakim. Kedua-dua insan istimewa ni adalah dari golongan bangsa yang berkulit gelap. Tapi, Allah pilih Bilal untuk jadi Bilal pertama melaungkan azan dan menjadi orang yang paling istimewa di zaman Nabi. Luqman Al-Hakim pula. Istimewanya dia di sisi Allah bila mana tertakdirnya dia untuk memahat sejarahnya di dalam kitab mulia AlQuran. Jadi, sebenarnya Allah tak pernah pandang pun kan, warna kulit kita, bentuk tubuh kita, pangkat kita. Allah cuma pandang segumpal daging yang bersarang di dalam dada kita ni.

Aku tengah develop perasaan dan hati aku.

Doakan aku untuk kuat. Kuat untuk tak lagi anggap dia special di hati aku. Kuat untuk tak lagi buang masa fikir pasal orang yang kutuk bentuk badan aku, warna kulit aku. Doakan aku kuat.

– Anis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit