Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca.
Makin hari makin banyak berita buang bayi di merata tempat. Kalau bayi masih hidup, mungkin boleh “dimaafkan” tapi kalau bayi tu dah tak bernyawa? Bayi yang tak berdosa kau gugurkan, kau buang selamba tanpa rasa bersalah tu macam mana? Kau tak penat ke bawa perut sana sini lepastu buang bayi comel yang dah cukup sifat tu?
Sini aku nak luahkan sedikit kisah aku
……
“Tahniah, you pregnant 2 month.” Itu ayat doktor yang masih terngiang-ngiang dekat telinga aku. Aku konfius, aku nak suka ke aku nak menangis? Ke nak keluar terus sekarang ni lepastu pergi tengah jalan bunuh diri? ehh tak, aku nak hidup lagi!
“serious doc? alhamdulillah”. Itu je aku mampu jawab sambil bagi senyuman dengan mata tahan nangis. Keluar je dari bilik doktor, terus meluru ke kereta tak toleh kiri kanan sambil fikiran entah ke mana.
Apa aku nak buat? Apa aku nak jawab dengan parents aku? Nak bagitau diorang atau aku selesaikan sendiri hal ni? Masuk je dalam kereta, air mata ni memang tak berhenti keluar sama macam masa tu cuaca tengah hujan lebat mencurah-curah.
Ya Allah, aku berdosa tak dengar cakap mak bapak aku dulu, aku degil. Aku terlampau inginkan kebebasan dan akhirnya sekarang, kau terimalah balasan ni!! Masa tu kandungan dah nak masuk 3 bulan, aku dah mula rancak fikir apa perlu aku buat. Dan masa tu, tak dinafikan aku hanya fikir satu je. “AKU TAK KIRA, AKU NAK BUANG BABY NI” Aku sanggup survey klinik yang sediakan “service gugurkan bayi”. Tapi kau ingat murah? Makan ribu. “Ah, lantak habis duit asalkan aku nak settle masalah aku cepat”.
Baby bump dah makin nampak, tapi aku masih tak dapat nak kumpulkan duit yang cukup masa tu, nak hutang dengan orang? Takkkk, aku tanak ada beban hutang pulak lain hari. Ada satu hari tu, aku rasa nak pergi scan perut, nak tengok baby dah berapa bulan. Doktor yang tengah scan perut aku tunjuk satu persatu, “okay ini kepala dia, badan, jantung, tangan, kaki,… eh nampak macam baby boy”, kata doktor. Aku senyum dan sebak sambil usap perut keluar dari klinik sebab masih terbayang degupan jantung baby masa tengah scan. Ya Allah, memang indah ciptaan Tuhan.
Sepanjang jalan balik rumah tu, aku asyik terbayang degupan jantung bayi. Tiba tiba aku rasa satu gerakan kecil dari dalam perut. Memang tak tau nak gambarkan macam mana perasaan aku masa tu. Sampai rumah, ambil wudhu then solat. Aku minta bantuan dari Tuhan untuk kuatkan hati aku, untuk bantu aku keluar dari masalah. Hanya satu ayat berlegar di kepala. La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Ye, aku kena yakin Tuhan sentiasa dengan aku.
Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menceritakan apa yang berlaku kepada kedua ibu bapa. Dengan segala kekuatan yang ada, aku berterus terang. Dan ibu bapa aku macam dihimpit batu besar, terdiam. Dalam otak aku dah fikir macam-macam sebelum tu, mungkin aku kena lempang, penyepak, kena halau rumah. Tapi tak !! Malah, diorang bantu aku selesaikan masalah ni.
Masa tu aku berdoa, Ya Allah.. Kau ampunkan lah dosa aku, dosa kedua ibu bapa aku. Aku dah buat silap besar tapi mereka tetap terima aku. Tuhan memang Maha Mengetahui segalanya buat hamba-hambaNya.
Dengan sokongan dari kedua ibu bapa, maka lahirlah si kecil anak syurga. Wangi sangat pertama kali aku dakap dia. Betul orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan apa yang aku nampak dari semua yang jadi, hubungan antara kami sekeluarga bukan macam dulu. Kini kami semakin saling rindu, saling bersama walau susah senang. Tak ada lagi tinggi-tinggi suara, marah-marah. Si kecil ini memang pembawa rezeki. Allahu, besarnya kuasa Tuhan.
Untuk kau yang sama situasi dengan aku, aku mohon jangan buang si kecil yang tak bersalah tu. Even kau tak nak jaga sekalipun atas sebab-sebab kau sendiri, kau boleh kasi rezeki yang Tuhan bagi ni pada yang memerlukan. Ramai kat luar sana yang mencari anak angkat. Kau sepatutnya bersyukur Tuhan bagi kau satu ujian ni sebab Tuhan masih sayangkan kau. Dia tak akan bagi ujian hebat jika kau tak boleh nak hadap.
Untuk keluarga, sahabat kepada yang bernasib seperti ini aku mohon jangan sisihkan mereka. Mereka ini juga manusia biasa. Satu kesalahan lampau mereka ini tak semestinya perlu dihukum bagai mereka ini bakal ahli neraka. Siapa kau semua nak tentukan? Dalam keadaan mereka seperti itu, kepala otak mereka ni akan timbul pelbagai kata dan bisikan syaitan yang cuba untuk menyesatkan lagi. Kekusutan yang melampau, macam-macam boleh jadi jika kau semua sebagai ahli keluarga sendiri pon tak tolong dan bantu. Mereka ini memerlukan sokongan kuat. Siapa yang nak semua tu terjadi. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk semua.
Untuk kau…
La Tahzan, Innallaha Ma’ana.
Ingatlah, jangan bersedih
Tuhan sentiasa ada bersama kau.
Minta maaf pada ibu bapa
Solat taubat dan minta keampunan Tuhan kerana Tuhan itu Maha Pengampun. Jangan anggap diri kau dah tak ada peluang untuk berubah. Lupakan yang dah lepas, jangan ulangi. Dekatkan diri dengan Tuhan. Mulakan hidup kau yang baru.
Kepada para lelaki, hormatilah seorang manusia yang bergelar perempuan! Jaga anak-anak, adik-adik perempuan kau sebaiknya. Ini akhir zaman, jangan biarkan mereka jadi mangsa.
– SH
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit