Jangan Pandai-pandai Kalau Tak Tahu Buat Kerja

Sebelum aku mulakan confession ni biar aku perkenalkan diri dulu. Nama aku Ruzali, 32 tinggal di Kuala Lumpur. Apa yang aku nak confess ringkas dan padat, malas nak cakap banyak sebab dah terlalu geram dah.

Aku ni jenis tak kisah orangnya, kalau aku tak busy aku boleh je tolong. Itu prinsip aku pakai selama 6 tahun aku bekerja. Walaupon kerja tu tak menguntungkan, aku memang takde hal aku nak bantu rakan-rakan office, contohnya aku kerja sebagai akauntan tiba-tiba aku kena involve kerja-kerja admin seperti buat memo, draf ucapan, draf surat lain-lain lagi.

Kat dalam office aku ni ada seoarang akak, nama dia Sivagami Palaniandy (nama sebenar okey). Dia ni jenis suka mengarah, disebabkan suka arah orang, kerja dia plak tak siap. So bila tak siap, aku lah jadi mangsa (kadang-kadang member aku). Disebabkan kes-kes camni aku selalu kena suruh itu ini (biarlah korang nak cakap aku kena buli pon tapi aku ikhlas kerana Allah SWT)

So habis la bab tu, bulan lepas office ada buat task force dan dorang create satu group whatsapss. Dalam group tu semua big boss ada, so semua progress kerja memang kena pantau habis. Biasa la bila dalam group tu ada boss-boss, akak Sivagami tadi ni bukan main tunjuk pandai, segala benda dia nak handle, semua benda dia nak update.

Kalau diikutkan pengalaman aku, akak ni memang jenis tak tahu buat kerja. Tapi disebabkan nama punya pasal dia plak nak lead task force tadi. Korang leh bayangkan dia boleh request nak jadi group admin, ini benda paling kelakar pernah aku jumpa. Bagi aku lantak kau lah, sbb boss pon tak kisah.

Ni sebenarnya aku nak cerita, task force tu pon berjalan seperti biasa. Tugas semua diagihkan ikut kemahiran masing-masing. So aku dapat task aku sendiri untuk handle file-file akaun untuk audit. Banyak weyy file nak kena re check balik, naik juling mata aku. Dalam keadaan tertekan mula lah akak buat hal. Dia boleh pulak nak arah-arah orang melalui group whatsapps. Tangan ni ringan je nak reply ‘NO” disebabkan boss ada dalam group tu terpaksalah reply “YES”. Paling membengkek kan, kita buat kerja, akak tu pula dapat nama. Boss puji dia sebab rajin bekerja, alert dengan sekeliling padahal bukan buat kerja tapi mengarah orang je pandai

Pada hari terakhir task force, boss ada buat sikit pembentangan. Boss panggil akak Sivagami ni suruh bangun dan buat ringkasan task force bulan lepas. Akak Sivagami pon bangun, diam membisu melain keluar dari mulut dia “GOOD MORNING”. Dia boleh pulak sebut nama aku dan suruh aku buat pembentangan tu. Ayat dia macam ni “untuk ini saya menyerahkan pembetangan ini kepada Encik Ruzali untuk menerangkan kesemuanya kerana dia berkebolehan bercakap.

Tergamam boss aku masa tu, muka dia berkerut seribu. Sepantas kilat Akak Sivagami kena sound, bukan ke dalam dalam group you paling banyak bercakap, You pandai buat itu, You pandai buat ini. Takkan suruh buat ringkasan pon tak reti. Lain kali jangan pandai-pandai kalau tak tahu. Lepas ni i nak you duduk dekat front desk dan belajar balik. Haaaa!!!!!!! setempek ayat boss aku. Dalam hati kesian pon ada, tapi dengan apa dia buat tu sesuai dan mendapat. Harap Akak Sivagami berubah.

So nasihat aku, kalau bekerja biarlah ikhlas. Tak perlu pon nak melobi boss, kerana suatu hari nanti pasti akan terbuka pekong sendiri. Mungkin ini kisah remeh temeh tapi mungkin boleh ambil pengajaran. Kalau tak pandai tak apa, yang penting usaha dan nak belajar. Itu sebenarnya kunci kejayaan

Sekian, Terima Kasih

– Ruzali

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit