Aku mula-mula dulu masuk maahad dalam keadaan aku tak peka dengan suasana sekeliling sebab time tu aku tengok member lain khusyuk dengan menghafal.
So aku pun terikut dengan senario ketika itu spontaneuosly. Masa exam, baru aku sedar betapa pentingnya “persediaan”. Setelah habis 3 tahun, ilmu yang dipelajari sedia untuk dicurah pada masyarakat. Masing-masing bekerja dengan niat, untuk menimpa pengalaman, membantu keluarga dan bakti kepada ummah. Persediaan 3 tahun itu, kau mengajar al-Quran kepada ummah adalah suatu perkerjaan yang mulia dan diangkat martabatnya. Rasulullah pernah bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
Bagi aku, aku tak tumpukan pada satu bidang sahaja, mahu juga kerja di luar bidang sebab cari pengalaman. Memang susah dan berat gila weiii, lebih-lebih lagi bukan kemahiran kau tapi aku cuba juga.
Menghadapi pelbagai karenah manusia, masalah yang timbul tanpa kau jangka, ketika member kau minta tolong. Tekanan yang kau hadapi setiap hari. Benda-benda begini menjadi kebiasaan buat aku, apatah lagi buat orang lain yang sudah lama berkerja. Dalam keadaan terdesak, kau terus saja bekerja sebab kau tahu tiada cara lain melainkan terus dengan kehidupan kau.
Lagipun kalau kau tak buat, maknanya kau menyerah sebelum kalah. Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi juga hidup di hutan. Kalau bekerja sekadar bekerja, kerja juga bekerja.”
Sudah menjadi lumrah kehidupan, kau akan rasa motivate dan kadangkala down dan apabila kau down, seolah-olah dunia ini bagai tiada harapan, kau hilang pedoman, hilang arah tuju dan tak tahu hala tujuan hidup.
Saat itu lah baru kau sedar, tiada siapa nak tolong kau bila kau susah. Sahabat yang baik akan sentiasa bantu kau bila kau susah dan senang. Bukan member yang muncul time kau senang saja, bila kau perlukan bantuan mereka, haram sorang pun tak muncul. Hanya yang benar-benar ikhlas sanggup membantu.
Hidup ini adalah untuk menyelesaikan masalah, bukan lari dari masalah tapi kau kena berani hadapi masalah itu agar kau tahu betapa peritan kehidupan ini lebih-lebih lagi tiada siapa nak bantu kau. Memang sakit hati, bila kau bantu member dan diorang tak hargai usaha kau, segala usaha penat lelah.
Tuhan saja yang tahu betapa peritnya. Hanya yang orang pernah alami, memahami perasaan kau. Benda dah jadi, so kau kena terus move on sebab itulah sebenarnya life. Hidup perlu diteruskan walau apapun yang berlaku.
Rocky Balboa pernah mengatakan, “the world ain’t all sunshine and rainbow. It a very mean and nasty place. I don’t care how tough you are, it will beat you till your knees and keep your there permenantly if you let it.” Dunia yang kita diami tidak selalunya indah dan gembira.
Hidup ini penuh dengan pancaroba, penuh dengan manusia talam dua muka, penuh dengan kerosakan dan ketidakadilan. Lebih-lebih dunia akhir zaman, agak sukar kau hendak buat baik kat orang lain, kadang orang ambil kesempatan atas kebaikan kau buat.
Kau kena ingat, ujian yang Allah beri, sebagaimana beratnya dipikul, agar kau sedar dan tahu bahawa syurga itu mahal dan harus dilalui dengan penuh dugaan dan rintangan. Jangan salahkan Tuhan atas ujian yang diberi, tapi Allah nak uji sebagai tanda Tuhan sayang kat kau, agar kau kembali pada-Nya.
Disaat manusia hancurkan harapan kau, Tuhan wujud menawarkan harapan yang tiada tandingan. Tahun takkan beri ujian yang tak mampu dipikul oleh hamba-Nya.
Akhir sekali, Kita sebenarnya takkan pernah bersedia dengan apa yang kita hadapi pada masa akan datang. Hidup dengan ketidakpastian dan ingin tahu. Imam Syafie pernah berkata, “Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam keadaan lalai, sedangkan kain kapannya sedang di tenun”. When we actually be ready?
– Avicii
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit