Kenapa Mak Macamni?

Salam admin. Terima kasih andai post ini dipublish. Aku Tina (bukan nama sebenar). Aku berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Mak dan ayah merupakan pekerja kerajaan. Adik-beradik aku tak terlalu ramai dan tak pula terlalu sedikit. Ayah mempunyai seorang kakak yang juga tinggal bersama kami.

Mak aku berasal daripada sebuah keluarga yang agak besar. Adik-beradik ramai. Dipendekkan cerita, zaman kanak-kanak dan remaja mak aku tak lah berapa indah sebab nenek aku ni jenis yang pilih kasih. Pernah mak aku cerita, dulu masa dia nak balik asrama dia ada minta nenek aku simpankan baju raya dia. Tapi nenek aku bagi baju raya mak aku kat adik yang lain. Banyak sangat kalau nak cerita, yang pasti semua benda yang nenek aku buat kat mak aku semuanya menyakitkan hati.

Ayah aku ni standard ayah-ayah zaman dulu, jenis yang tak banyak cakap dan tak hairan pun nak bermanja-manja dengan anak. Pagi keluar bekerja, petang main badminton dengan kawan-kawan, malam lak keluar ngeteh dengan kawan-kawan. Dalam pada tak banyak cakap tu, ada jugak la 2-3 kali kantoi dengan mak aku (bermain cinta dengan perempuan lain).

Makcik aku a.k.a. akak ipar mak aku ni lain pulak ceritanya. Kerja swasta tapi bukanlah berjawatan tinggi (kiranya gaji mak aku lagi banyak daripada gaji makcik aku). Tapi dia punya ‘act’ kat mak aku memang tak boleh blah. Hidup dia senang sangat. Pergi kerja, balik kerja, menyakitkan hati mak aku. Segala makan minum bil api bil air semua mak ayah aku yang tanggung. Depan ayah aku bukan main dia ni pijak semut pun tak mati. Bila dengan mak aku ada je benda yang nak diapi-apikan. Ada sekali tu ayah aku outstation, saje je makcik aku ni cakap kat mak aku “Johan (bukan nama sebenar ayah aku) gi sana cari DAGING BARU!”. Bila ayah aku balik dari outstation, mak dan ayah aku gaduh. Bila mak aku suruh makcik aku cakap balik ayat yang keluar dari mulut dia, dia terus tak mengaku. Jilake punya makcik! Maaf, tiba-tiba aku teremosi pulak.

Sekarang masuk cerita pasal aku. Aku ni kira pandai lah jugak dalam akademik. Tiap kali exam mesti dapat no. 1. Pandailah jugak sampaikan bila aku mintak ayah poskan surat, ayah telefon aku sambil marah-marah sebab kawan-kawan dia tertawakan dia sebab aku letak setem 50 sen (sepatutnya 30sen pun dah memadai, tapi aku letak 50sen sbb aku fikir lagi mahal setem lagi cepat surat sampai). Malu betul agaknya ayah masa tu. Benda simple macam setem 30sen pun budak pandai macam aku ni tak tahu. Tapi kadang aku terfikir, tak boleh ke ayah aku backup aku? Boleh je cakap ‘alaa, budak-budak ape tahuu’. Perlu ke rasa malu? Pernah sekali aku keluar dengan makayah ke pasar malam dengan memakai t-shirt PBSM. Tiba-tiba sorang pakcik ni tegur aku depan mak ayah aku sambil berkata “ni kalo ada emergency ni kena gi tolong ni”. Balik dari pasar malam, ayah aku marah aku sebab dia malu sangat.

Lepas UPSR aku dapat masuk asrama. Dipendekkan cerita, result PMR dan SPM aku semuanya cemerlang. Aku dapat straight A SPM. Tapi tak ada hadiah dari mak dan ayah. Ayah cakap “ayah tak nak tina belajar kerana duit”. Sedih jugak bila tengok kat surat khabar, anak org lain yg dari keluarga susah pun ayahnye hadiahkan sebiji motor padahal dapat 7A je pun. Aku? Masuk universiti, beli komputer pun pakai duit PTPTN. Pelik kan sebab kononnya SPM straight A tapi pinjam PTPTN? Tak mohon biasiswa? Part ni aku anggap sahaja lah yang aku tak ada rezeki. Kawan-kawan aku yang lain aku tengok mak ayah masing2 bersungguh tolong uruskan hal2 permohonan biasiswa anak tapi aku semuanya kena urus sendiri. Agaknya sebab aku budak pandai. Sedangkan masa tu aku terkulat-kulat tak tahu nak buat apa sebab dunia universiti memang sangat asing bagi aku, tambah-tambah lagi aku ni seorang yang pendiam dan tak pandai bersosial.

Lepas graduate, lama jugak aku menganggur. Masa tu aku banyak habiskan masa mendengar luahan-luahan mak, pasal nenek yang selalu buat mak sedih, pasal skandal-skandal ayah, sikap kedekut ayah dan pasal makcik yang bermulut puaka. Daripada cerita-cerita mak, dapat aku simpulkan yang mak banyak berkorban, banyak memendam rasa dan banyak ditindas. Aku bukanlah jenis yang suka membuat kesimpulan hanya dengan mendengar cerita daripada sebelah pihak, tapi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku terhadap perangai/sikap mak, ayah, makcik dan nenek, aku yakin yang mak berkata benar.

Keluarga aku sebenarnya ada masalah komunikasi. Bila anak-anak buat sesuatu yang mak dan ayah tak setuju, diorang tak berani tegur. Hanya mampu cakap belakang. Bila mak/ayah tak puas hati dekat si A, diorang mengadu dekat si B. Bila tak puas hati dekat si B, mengadu dekat si C. Mak dan ayah paling takut sekali nak tegur abang aku yang sulung. Abang aku ni boleh dikatakan scary la jugak- lidah berbisa, kata-kata dia sinis, tajam, padu dan menusuk kalbu. Macam bagus lah senang cerita abang sulung aku ni. Mungkin mak dan ayah rasa kerdil sangat nak berlawan hujah dengan abang sulung aku since dia ni degree holder sedangkan mereka paling tinggi pun diploma saja.

Berbalik kepada cerita aku. Konflik aku banyak melibatkan aku dan mak aku. Mostly, mak aku yang cari pasal. Apa masalahnya pun aku tak tahu. Ada je benda yang nak dijadikan bahan untuk menyakitkan hati aku. Kebetulan muka aku iras mak, jadi aku mula percaya pada kata-kata orang tua ‘mak dengan anak yang iras muka mak ni memang ‘panas’, ada je benda yang tak kena, gaduh manjang’.

Masa aku menganggur, mak baru beli kereta. Dengan muka yang manis mak cakap “nanti Tina dah kerja, pakailah kereta mak.” Aku iyakan sahaja. Tiba masa aku dapat 2 tawaran kerja, satu di KL dan satu di Johor. Belum sempat aku ckp apa-apa, laju je keluar ayat dari mulut mak “kereta tu aku nak pakai. Pandai-pandai lah ko tumpang sesiapa pergi kerja”, dengan nada yg sinis dan menyakitkan hati. Aku sedih sebenarnya. Aku bukan nak sangat kereta tu, tapi aku bingung sebab awalnya mak macam kebanyakan mak-mak lain, yang kita tahu selalunya akan utamakan anak berbanding diri sendiri. Kalaupun tak nak utamakan aku (mungkin sebab selama ni mak dah terlalu banyak berkorban), apa salahnya cakap secara elok? Kenapa perlu keluarkan kata-kata yang mengguris hati? Aku terus decide nak kerja di KL, jauh dari mak sebab aku terasa hati sangat. Biarlah terkontang-kanting tak ada kawan tak ada transport di KL, kalau duduk dekat dengan keluarga pun dah dianggap menyusahkan.

Masuk cerita time aku kahwin. Mak tak heran langsung pasal aku dah berinai ke belum etc. Aku bersangka baik, mungkin mak terlalu sibuk. Tapi dalam pada sibuk-sibuk tu, sempat jugak mak cakap belakang “tu nanti masa adik beradik yang lain kahwin aku nak tengok dia tolong ke tidak. Masa tu mulalah sebok dengan anak kecik lah itu lah ini lah.” Serius aku tak faham apa motif dan keperluan untuk mak aku cakap macam tu. Pagi sebelum majlis mula, aku tanya mak mana 1 cadar yang nak pasang kat bilik pengantin. Mak buat tak endah saja. Ada seorang makcik (saudara jauh) yang nampak kejadian tu, dengan muka kesian tolong aku uruskan bilik pengantin. Masa majlis berlangsung, mak terlalu sibuk sampaikan laju je menolak ajakan fotographer untuk ambil gambar mak bersama aku dan suami. Aku cuba buat macam biasa seolah memahami yang mak memang sibuk, tapi riak muka fotographer sangat speechless dan terkejut sambil memandang aku, seolah tak boleh terima dengan sikap mak aku. Mungkin dia belum pernah jumpa mak-mak pengantin yang tak mahu bergambar bersama pengantin.

Selepas berkahwin, aku masih belum mendapat jawatan tetap. Beberapa kali aku bertukar kerja, semuanya berstatus kontrak. Sampailah satu masa aku ditawarkan jawatan di sektor kerajaan. Rezeki datang berganda, ketika itu juga aku disahkan hamil anak pertama. Jawatan yang ditawarkan memerlukan aku untuk menjalani latihan secara fizikal dan atas nasihat ramai, aku menolak jawatan tersebut kerana bimbang terjadi apa-apa ke atas kandungan. As expected, akan dengar juga cakap-cakap belakang dari mak. Tapi kali ni memang meruntun jiwa dan aku betul tak menyangka mak sanggup cakap macam tu. Adik aku yang sampaikan, katanya dia terdengar mak bebel kat ayah di dapur “susah sangat nak dapat rezeki, nak dapat kerja tetap. Kalau saya jadi dia, saya gugurkan je kandungan tu”. Ayah marah mak lepas dengar kata-kata mak, mungkin ayah rasa mak dah melampau.

Masa mengandung aku banyak menangis. Malam-malam suami tidur kat sebelah siap berdengkur bagai, tapi dia langsung tak perasan hampir setiap malam aku berendam air mata. Aku betul tak faham kenapa kejam sangat mak aku. Kenapa ada je benda dia nak sakitkan hati aku.

Ada satu masa aku borak dengan adik yang lain, dia cerita yang dia excited sangat nak dapat anak buah, dan beriya tanya mak aku “nanti akak berpantang kat mana mak?”. Tahu tak ape jawapan mak aku? “Entah tak tahu. Mak kerja”. Sedangkan aku pernah berbual dengan mak aku (masa zaman bujang), aku cakap nak berpantang kat rumah mak ayah sendiri dan mak dengan senang hatinya bagi penyelesaian yang dia akan upah orang utk uruskan aku berpantang nanti.

Banyak sebenarnya kalau nak cerita apa yang mak aku dah buat kat aku. Kalau boleh belah dada ni dan tengok rupa hati aku, rasanya dah macam kertas yang dicarik-carik. Aku rasa aku ni dah macam punching bag, tempat mak aku melepaskan segala kemarahan dan tekanan dia. Mungkin sebab aku tak melawan dan tak scary macam abang sulungku. Aku dah sampai tahap tak nak balik kampung lagi dah (sama macam apa yang mak aku buat kat nenek aku dek kerana terlalu terluka), tapi aku beruntung sebab dapat suami yang tak mengambil kesempatan dan sedaya upaya cuba untuk elak terputus hubungan antara mak dan anak. Suami aku cakap sampai bila benda ni nak berterusan, dari nenek sampai ke mak aku sampai ke aku dan aku pula akan buat benda yang sama kat anak aku and so on. Mula-mula memang aku agak berdendam. Bila teringat semula segala kejadian, hati akan jadi sakit. Lama-kelamaan aku jadi alah bisa tegal biasa. Bila balik kampung aku tadah je la telinga.

Tapi ada satu kejadian yang aku rasa itu yang membuatkan mak berhenti daripada menyakitkan hati aku. Masa tu mak tak puas hati dengan ayah dan abang, tapi dia hamburkan kata-kata yang menyakitkan hati kat aku yang masa tu tengah menyidai kain. Aku rasa mak betul-betul buat aku macam punching bag sedangkan obvious sangat aku tak ada buat apa-apa kesalahan. Aku tinggikan suara kat mak dan aku cakap kalau tak puas hati kat orang lain, jangan lepaskan kat orang lain. Menangis mak kat meja dapur. Aku tahu perbuatan aku salah tapi masa tu aku dah tak dapat nak sabar lagi dah.

Yang sebenarnya mak aku pun pilih kasih jugak, dia ada anak-anak favourite dia dan aku bukan salah satu darinya. Aku sikit pun tak kisah, tak cemburu. Aku sampai tahap ‘suka hati kau lah nak sayang orang tu/orang ni lebih-lebih, tak berapa nak sayang aku pun tak apa, asalkan kau tak sakitkan hati aku, tak buat aku macam punching bag’.

Lama sebenarnya aku duduk berfikir, kenapa mak aku macam tu? Aku rasa life mak aku dikelilingi dengan tekanan dari pelbagai arah, dari kecil sampai lah dah kahwin. Jadi sedikit sebanyak mmepengaruhi tindak tanduk mak aku. Contoh macam kanak-kanak yang kena dera masa kecil, bila dah besar sebahagiannya akan buat pulak perbuatan (dera) tu kat anak sendiri atau orang lain. Itu antara logik akal yang mampu aku fikir dan kaitkan. Sekarang hati aku tenang-setenangnya sebab aku dah berjaya move on dan berjaya buang jauh2 perasaan dendam kat mak aku. Kerap jugak aku balik ke kampung. Mak pun dah makin tua, mungkin dah tak larat lagi dah nak cari pasal. Aku hanya mampu berdoa dan berharap anak-anak aku takkan mengalami apa yang aku pernah alami.

Sekian.

– Tina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit