Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia,
Jikalau confession saya dapat dipamerkan, saya berterima kasih kepada pihak admin. Sebab saya tulis confession ni adalah sebab saya nak beri penerangan kepada semua orang tentant kerja seorang kedai buku. Saya pernah bekerja di satu kedai buku terkenal kat negara kita. Tapi kerja tak lama, setahun saje. Saya masih sedang lanjutkan pelajaran.
Tapi dalam masa setahun tu, saya tahu payahnya kerja dalam bidang retailing ni. Kalau kedai buku, korang terfikir apa? Konfirm fikir semua pekerja kat situ buat kerja yang sama je kan. Pertama kali masuk kerja, saya ditugaskan jadi cashier dulu. Masa tu part-timer saja masa cuti sem. Percayalah semua orang akan tanya kau. Even korang tengah scan dan kira duit baki pelanggan pun, pelanggan lain sibuk tanya kau. Bila cakap wait ah, miss. We will call the person in-charge, mula buat muka tak puas hati sebab kena tunggu lagi.
1. Cashier
Bila jadi cashier ni, kita kena tahu satu perkara. Kerja dia scan barang, ambik payment dari pelanggan dan pulangkan baki pelanggan. Apa yang kita tak tahu ialah sejak awal hingga akhir, kerja dia kena berdiri. Lepas tu kalau customer buat muka masam, kami masih tersenyum. BIla customer nak refund, kita kena panggil supervisor sebab perkara ni melibatkan pihak headquarter juga. Bila beli barang kat outlet tu, kena pulangkan kat outlet tu juga. Tapi ada customer yang beli barang tu kat outlet johor, tapi nak tukar kat outlet seremban. Boleh effect satu kedai tau. Bila cashier beri duit kurang, mula marah tapi bila duit tak cukup lima sen, mula berkira. Setiap hari, habis shift, supervisor dan cashier akan kira sales masing-masing. Bila duit kurang, kami kena tanggung, bukan outlet tapi cashier tu sendiri. Sebab tu kami tak main-main bila pulangkan duit.
Lagi satu masalah paling terkenal ialah banyak tempat bayar tapi satu je buka. Hal ini mungkin sebab cashier yang lain lambat tengah rehat atau tak datang sebab sakit. All depend on their workshift. Pekerja department tak boleh sesuka hati buka counter sebab tu bukan scope kerja mereka. Kad ID lain-lain, jadi tak boleh campur. Kalau ada tersilap, mereka yang kena tanggung. Berkenaan kad kredit dan debit, sekarang semua machine kat kedai-kedai dah tukar baru. Maknanya hanya kad debit yang bertukar paywave je yang boleh guna. Bila berita dan iklan beritahu sila tukar, macam-macam korang beri alasan. Bila tak boleh guna masa pembayaran, marah kami sebab tak beritahu awal-awal kena tukar. Bukan kedai buku je, kedai membeli-belah lain pun sama.
Mesin kad kredit ni juga satu hal. Selalunya akan ada bank tertentu yang wakil mesin tu. Jadi selalunya proses pembayaran lambat sebab kad kredit dari bank yang berbeza. Kad kredit dari bank yang wakil tu je yang cepat. Relaks.
Shopping complex ni selalunya buka jam 10 pagi hingga jam 10 malam. 10 malam tu maknanya kedai tu dah siap-siap tutup dan kira sales. Tapi pelanggan selalunya masuk jam 9.55 malam untuk beli barang. Terpaksalah mereka lewat balik. Selalunya 15-20 minit sebelum jam 10 malam, setiap kedai akan berikan notis yang kami hendak tutup, masih lagi ada pelanggan baru masuk dan pilih barang.
Pernah sekali, saya scan barang, harga yang timbul lain daripada promosi, pelanggan tinggikan suara…saya baru kerja seminggu tu. Rupa-rupanya kalau nak dapat harga tu, pelanggan perlu ada member card. Walaupun dah tulis kat promosi sticker, pelanggan kata dia tak nampak, jadi bukan salah dia. hmmm….
Bila tak jadi beli barang tu pula (cancel) kena ada ID supervisor lagi. Jadi cashier tak boleh sesuka hati cancelkan barang. Sebab tu, mereka selalunya akan minta customer confirmkan barang tu daripada customer dulu.
2. Pekerja department
Pelanggan selalunya akan sangka seorang pekerja tahu semua selok-belok tentang kedai tersebut. Tapi itu silap. Selalunya kedai tersebut akan dibahagi-bahagi kepada pelbagai department – Malay, English, Revision, Chinese, International books dan alatan tulis. Seorang pekerja department Malay selalunya akan hafal buku-buku melayu saja. Cuba bayangkan ada 200 tajuk. Korang ingat senang nak hafal? Selalunya penulis juga banyak. Jadi memanglah kena bahagi-bahagikan. Cuba bayangkan yang kerja bahagian alatan tulis pula, hangpa ingat senang – pilot, parker, dolphin…banyak lagi jenama pen dan alatan tulis lain. Kalau baju pun ada banyak jenama, korang ingat buku dan alatan tulis ni takde? Silap besar bro.
Pekerja department dan stor juga yang perlu perhatikan barang yang baru sampai. Selalunya buku-buku dan alatan tulis yang baru sampai tu kena kira dulu cukup atau tak, pastu kena buat listing dimana jumlah buku tersebut perlu masuk dalam sistem supaya nanti bila dah abis, senang beritahu pada pelanggan. bukan sampai terus pamer, kak oi. Bila dorang kata out of stock, memang konfirm out of stock.
Selain itu juga, ceh…ada penanda wacana lagi, bila barang tu rosak atau koyak, pelanggan kadang-kadang main letak je balik. Memang sah-sah pelanggan lain takkan beli. Selalunya bila barang baru sampai rosak akibat penghantaran, pihak outlet akan hantar balik pada pengedar. Hal ni selalu berlaku. Ada juga kedai buku yang jual makanan ringan, budak-budak ni ambik, makan. bila kami inform tak boleh makan sebelum bayar, mak bapak datang, marah-marah. Harunya…. Siap cakap macam dorang miskin sangat tak mampu bayar. Siap suruh panggil supervisor. Supervisor kat kedai buku ni selalunya akan berpihak pada pekerja. Sebab apa? CCTV. Pernah juga terjadi satu kes, pelanggan buat kecoh kat kaunter pembayaran sebab tag harga berbeza. Kata tak akan bayar sebab harga kat situ lain walaupun dah sah-sah barcode berbeza.
Jadi penyelesaiannya ialah check CCTV. Para pembaca, kes macam ni sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai penipuan, boleh buat laporan polis. Bila kami check CCTV dan beritahu pelanggan tadi, mula mereka kecut perut dan minta maaf tak jadi beli satu benda pun. Sebenarnya kami tak boleh lepaskan, tetap kena buat laporan polis. Tapi mereka pecut. Kalah Usain Bolt.
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak beritahu tapi nanti macam buat esei juga. Salah satu perkara yang buat saya kecik hati aialh bila ada pelanggan yang cakap “Alah, pekerja kedai buku je kot. Takat SPM.”
Bro, kebanyakan cashier yang kerja kat kedai buku ni ada diploma dan degree. Yang supervisor plak ada degree, masters atau phd. Kenapa dorang pilih bidang ni? Sebab dorang berminat. Gaji pun sebenarnya lebih dari orang yang kuat mengutuk ni. Haru….
– Misty
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit