Assalamualaikum wbt.
Post ni lebih kepada bertanya soalan, macam mana nak tegur budak-budak depan mak ayah dorang? Ke tak boleh tegur? Semakin hari semakin aku geram (yes i know i shoudnt sebab dorang tetamu) but still budak-budak kena diajar adab.
Aku tak tahulah if its okay pijak-pijak sofa rumah orang, sebab rasanya macam kotor buat macam tu. Yang jenis tangan laju je tarik semua benda dalam rumah orang. The worst part is, budak yang lagi ditegur lagi buat. Tu pun tegur lembut lagi.
Nanti kalau tegur lebih-lebih mak ayah dia kecil hati pula. Yang jenis mak ayah biarkan anak-anak buat hal dalam rumah orang tu satu hal lagi. Anak-anak mengamuk buat dek je. And then yang setakat tegur mulut tapi biarkan. At least pergilah halang.
Aku okay kalau mak ayah dia tengah makan, kesian juga kadang-kadang. Tapi yang mak ayah pegang phone 24 jam, bergosip tak henti pasal anak orang lain. Geram sis. Jadi aku nak tanya, mak ayah memang akan kecil hati ke kalau orang lain tegur anak dia?
Kalau dorang jaga sendiri anak, tengok-tengokkan anak tapi still anak buat masalah, aku tak kisah nak buat macam mana. But please make an effort. So cara apa nak tegur budak-budak ni depan mak ayah dorang? Jangan marah aku sebab post ni. Aku betul-betul nak tanya.
– Orked
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit