Assalamualaikum. Thank you admin siarkan confession aku (if disiarkan la) .
Akhir-akhir ni banyak cerita pasal pervert on grab car etc kan. Well, aku pulak terkena dengan pervert masa naik bas. Harap cerita aku jadi pengajaran untuk girls di luar sana.
Baru-baru ni, aku naik bas dari kampung halaman aku untuk balik ke kampus aku. Aku pilih naik bas malam sebab perjalanan ke kampus aku biasanya ambil masa 7 jam and bas tu double decker, so of course pening kalau tak tidur kan. Dan aku pilih single seat. Awal2 naik tu okay je, aku duduk terus kat seat aku and start pakai earphone. Lepas dah duduk tu, ada seorg lelaki ni duduk sebelah aku. Aku duduk kat single seat, dia duduk kat double seat (yg aisle seat). Kiranya, dia duduk sebelah aku dan lorong penumpang lalu lalang tu jarak kan seat kami. Orang yang dah biasa naik bas sure faham.
Dari awal dia naik tu, aku perasan dia asyik tenung aku. Aku dah start tak selesa. Setiap kali aku pusing ke kiri, aku nampak dia tengah tengok aku and then senyum. Bila aku tak tengok tepi, dari ekor mata aku perasan dia masih tenung aku. Creepy.Tapi aku buat tak peduli. Then, bas tu berhenti kat satu stesen dan ambil penumpang lain. Masa tu, baru ada penumpang-penumpang lain naik, duduk sebelah dia dan belakang kami. Aku rasa selamat sikit sebab ramai orang, so aku pun tidur sebab dah rasa pening.
Around 2 jam lepas tu, aku terbangun sbb macam breast sebelah kiri macam berdenyut, macam ada orang ramas lembut. Masa aku bangun tu, bas dah gelap sikit, tinggal ada satu dua lampu je menyala, so boleh tengok sekeliling lagi. And si mamat creep ni tengah tenung aku dan badan dia separa menghadap seat aku. Kaki dia tu sikit lagi nak masuk kawasan aku. Tapi masa tu aku ingat tu perasaan aku je breast aku tiba-tiba rasa macam tu, so aku biarkan je . Sebab aku still pening, so aku tidur balik.
Around 1 jam lepas tu, aku rasa macam ada sentuh pangkal ari-ari aku, so aku menjerit kecil and terus buka mata. Masa buka mata, aku nampak tangan lelaki tu sekilas depan aku, macam laki tu tengah angkat tangan lepas sentuh aku. Aku tengok dia, dan position dia sama macam sebelum aku tidur balik, sambil tersenyum tengok aku. Aku nak je maki marah dia, tapi entahlah….hmmm aku takde bukti and aku bukan jenis yg suka cari gaduh (tapi bila fikir balik, tak tepat tindakan aku tu. Girls, kalau jumpa laki macam ni, jerit kuat2, tumbuk muka and sepak je kat anu dia dua tiga das)
Aku terus pindah 2 seat belakang yg kosong dan laki tu tak berenti pusing belakang tengok aku. A few minutes later, baru la badan and kaki dia dia tu reti nk masuk kawasan seat sendiri. Then, bas berenti rehat jap. Lepas bas gerak balik, dia acah2 nk buat small talk dengan aku. Memang aku tak layan, siap jeling lagi.
Alhamdulillah dia turun lepas tu, so aku boleh tidur dengan aman balik. Tapi sempat la nangis kejap. Terkejut weh. Never thought that I will experience this sebab sebelum ni naik bas memang takde masalah kecuali mabuk bas. Memang serik dah.
And time tu aku pakai baju blouse longgar, skirt, tudung bawal straight (aku tak belit2 sbb fikir naik bas je pun) dan cardigan labuh. aku tak tahu part mana yg buat dia bernafsu. Dasar lelaki fikir dengan anu dia. Maybe sebab semua orang dah tidur, sebab tu dia berani sangat. or sebab aku kecik so nampak macam aku potential mangsa. Menyesal tak belajar martial arts masa sekolah.
Pengajaran :
1) Kalau naik bas, pakai cardigan/Sweater tebal and pakai dari depan. Just as prevention. Waktu kita tidur, kita memang totally vulnerable. Letak la selimut tebal2 kat depan ke.
2) Sila jerit kuat2 kalau jadi mcm ni. and tumbuk laki tu sekali.
3) Belajar la karate ke, taekwando or silat ke. Lelaki kalau dah sangap sangat, dalam bas ramai2 pun dia cari jalan jugak.
4) Naik bas dengan kawan. Try la cari kawan. huhu
Jaga diri girls. And lelaki, kalau nampak perempuan tu kena harass, tolong la perempuan tu. Fikir la yang adik, kakak dan anak perempuan kau pun boleh kena macam tu.
Sekian. Thanks.
– Miss A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit