Sekadar Luahan

Assalammualaikum/ Salam Sejahtera

Cukup la aku perkenalkan diri aku Laiqa. Aku dah berkahwin, ank pon dah dua dan buat masa sekarang masih seorang suri rumah. Aku tak tau nak luahkan pada siapa, yang pasti sekarang ni aku tertekan. Long story short, Khamis minggu lepas aku dipanggil interview utk sebuah company ni dan semua nya berjalan lancar, interviewer suruh aku start training hari Isnin ni (makna nya hari ni 8/5/17). Excited nye tak terkata, syukur Alhamdulillah sebab ini yang aku tunggu dan nak. Pastinya semua nya atas sebab yang penting atau boleh kata aku amat terdesak untuk kerja sekarang.

Tapi semuanya tak seindah yang aku harapkan, bila aku bersemangat nak mulakan hari pertama aku hari ni, aku terkejut sebab data atau personal details aku xde utk recruit hari ni. Aku cuba untuk bertenang sementara person in charge tersebut cuba untuk contact interviewer yang interview aku minggu lepas. 15 minit lepas tu baru aku dapat jumpa dengan interviewer tersebut. And guess what, dia macam terpinga-pinga tanya kenapa aku ada kat sini, kenapa awak cakap yang saya recruit dan suruh awak datang hari ni? Terus tersentap hati, apa semua ni, aku masih lagi simpan semua message dan call list dari dia berkaitan kerja yang dia war-warkan.

Yes mmg aku counter back semua yang dia cakap dengan tunjuk semua bukti message dan waktu panggilan telifon untuk conform kan jawatan tu aku dah dapat (mengikut kata dia). Tapi akhirnya dia suruh aku balik, aku pon dah tak termampu nak cakap apa. Bergenang jugak air mata ni, sebab macam aku cakap kat atas, aku terdesak sangat nak kerja.

Untuk pengetahuan pembaca semua, suami aku baru diberhentikan kerja hujung bulan Februari lepas, sekarang dah tau kenapa aku terdesak sangat nak kerja ni, sebab dengan duit ‘kerja’ bulan ni untuk aku bayar sewa rumah kerata semua. Duit simpanan semua dah habis untuk tampung bulan yang lepas-lepas. Dalam perjalanan balik rumah tadi aku rasa kosong, sedaya upaya cuba aku bertahan air mata ni. Dalam kepala sibuk fikir apa yang akan jadi bulan ni? Bulan depan? Annak-anak aku macam mana? Suami aku bukan tak cari kerja, cari, cuma bukan rezeki dia lagi, dan bukan rezeki aku juga. Bila aku sampai rumah tadi, nampak aje muka suami aku, menitis juga air mata ni.

Pembaca semua, doakan aku dan suami aku moga dimurahkan rezeki kerja. Moga anak-anak aku cukup makan pakai.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit