Tak Selesa Dengan Bos

Assalamualaikum, terima kasih admin jika approve luahan hati ini. Cewahh.

Straight to the point la, aku minta nasihat dan cadangan apa yang perlu aku buat daripada pembaca semua.

Aku baru je bekerja disebuah company ni. Jawatan aku sebagai eksekutif. Mula2 aku excited la dapat kerja dan gaji yang melebihi andaian aku. Aku kerja shift, pagi dan petang.

Apa yang aku nak luahankan disini, tentang bos aku ni. Seorang wanita berumur 40an dan still single. Lepas beberapa bulan bekerja disitu baru aku perasan yang dia sangat nice masa interview dulu. Lepas aku dah start kerja, dia bercakap dengan aku bila perlu sahaja. Dia bukanlah seorang yang sombong atau berlagak cuma aku masih tertanya-tanya kenapa dia sangat ‘dingin’ dengan aku.

Kalau nak diikutkan, jawatan aku ni hanya satu step dibawah jawatan manager yang dia sandang sekarang. Memang banyak kerja yang aku perlu rujuk dia. Since aku ni pun baru lagi, aku bertanya juga itu ini yang aku tak tahu. Tapi kadang2 dia macam ignore je aku. Dengan staf lain elok je dia bergurau senda. Ada staf yang lagi baru dari aku pun elok je dia bergurau senda. Jujurlah, kalau meeting ke apa aku rasa macam aku tak wujud disitu.

Dia punya tak peduli kat aku sampai tahap dia tak bagitau langsung public holiday aku. Ye la, kerja shift aku ingat asal public holiday je aku dapat double pay tapi sebenarnya ada public holiday yang aku dapat replacement leave hari lain dan kena claim dalam masa sebulan. Punyalah dungu aku ni, sampai dekat 2-3 hari replacement leave aku burn dan tak dapat double pay. Aku tahu pun sebab ada supervisor bagitau aku. Mungkin salah aku sebab tak alert dan tak ambil kisah pasal cuti ni. Tapi sebagai bos, dia sepatutnya terangkan pada aku.

Baru2 ni aku disahkan pregnant. Alhamdulillah. Tapi diawal pregnancy aku kerap bleeding dan morning sickness. Ada satu hari tu aku mc sebab bleeding teruk selama 3 hari. Habis je mc, aku masuk kerja macam biasa. Tahu tak, bos aku langsung tak tegur aku. Pandang pun tak. Aku fikir biarlah, maybe dia busy kot. Itu satu, satu hari tu aku lagi 30 minit nak habis kerja. Masa tu pulak aku pening sangat dan aku duduk. Aku minta nak balik awal dan apa dia cakap? “Sampai bila awak nak macam ni? Asyik mc lepas tu orang kena ganti awak. Kalau awak tak larat nak handle outlet besar, awak boleh minta tukar ke outlet yang lebih kecil dan tak busy. ” so you guys rasa?

Aku still kerja macam biasa hingga hari ini kandungan aku dah masuk 2nd trimester. Since aku kena tegur macam tu, sakit ke tak sihat ke aku tetap pergi kerja. Pernah tekanan darah aku naik sampai 174/155 tapi aku still ditempat kerja. Masa tu ada 2 orang staf mc suka2. Macam mana aku tau suka2? Sebab hari sebelum tu dia off, aku dah biasa dengan game staf bawah aku. So terpaksa aku kerja. Muntah berkali2 pun aku still kerja sebab aku tak nak kena cemuh.

Aku terfikir, kenapa bila staf yang lain mc, senang je bos terima. Tapi kalau aku mc, macam2 dia bercakap. Dia bukan cakap face to face tapi bercakap kat staf lain. Ataupun sindir2 dalam group.

Aku nak berhenti tapi banyak komitment. Nak cari kerja lain, company tentu tak terima wanita pregnant. Bila aku bercerita kat suami, dia cuma minta aku sabar je.

Tahu tak, bekerja dalam environment macam tu tak best. Biarlah gaji 5k pun, tetap tak best. Aku tak tahu apa salah aku. Minta tolong korang tinggalkan komen bagi membantu aku. Sekian..

– Madam N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit