Assalamualaikum wbt.
Saya nak tanya sikit, pernah tak terbaca tips cara nak berjaya di universiti sekaligus membantu korang dalam memilih kerjaya? Dalam kebanyakan artikel yang ditulis, memilih jurusan pengajian yang tepat adalah tips pertama dan paling utama sekali..betul tak? Hahahaha… Baiklah. Ni artikel ringkas untuk korang yang tak dapat penuhi tips pertama tu.
Bangga sekampung masuk universiti tapi jurusan pengajian tak diminati oleh korang, ataupun korang tiada idea pun tentang apa yang korang belajar dalam kuliah. Mari ikut tips ni.
1. RESTART. Maksudnya tukar jurusan pengajian atau universiti baru. Hanya tukar jika korang:
a. betul-betul nekad nak start fresh dari zero.
b. sanggup extend pengajian.
c. sangat minat dan faham tentang jurusan baru tu. Kalau tak memenuhi kriteria di atas, jangan sesekali berniat untuk tukar jurusan pengajian baru. Sebaliknya, sila rujuk poin no 2.
2. BERSOSIAL. Lebarkan networking dengan bergaul sama pensyarah, staf dan pekerja industri yang berkaitan dengan jurusan korang tu (walaupun dia hanya makcik cleaner). Introvert? Malu? Malas? Sibuk? First year student? Itu semua alasan. Jangan bertangguh untuk berusaha keras lagi-lagi pada zaman lambakan fresh graduate ni. Apa yang nak dicari? Cari info pasal lubuk kerja, skop kerja dan ilmu tambahan yang penting untuk naikkan market value korang nanti. Ilmu yang korang akan timba ni tiada dalam buku, cuma boleh dapat secara lisan daripada pengalaman orang lama yang dah makan garam dulu.
3. KELUAR DARI KEPOMPONG DAN JADILAH RAMA-RAMA. Pernah pegang M16? Pernah hiking? Pernah pergi oversea? Pernah manage event? Pernah jumpa tuan YB? Kalau tak pernah, universitilah tempat dan masa yang sangat sesuai untuk korang enjoy. Lupakan segala anime, Kdrama, DOTA dan bantal busuk korang di bilik. Keluar dari bilik, cari persatuan/kelab yang aktif dan korang minat, lepas tu join. Jadi ahli aktif, bukan sekadar tumpang nama dalam carta organisasi.
*Statistik, zaman kini 80% majikan tak pandang langsung resume fresh graduate yang kosong tanpa aktiviti korikulum tambahan. Yang result cgpa tinggi pun kena buang apatah lagi cgpa rendah.
4. BAHASA ASING. Alang-alang dah masuk kelas bahasa asing masa tahun pertama, saya sarankan agar kelas itu disambung sehingga tamat pengajian. Penguasaan bahasa asing amatlah berguna bukan sahaja dalam kerjaya, malah juga dalam kehidupan seharian. Cuba bayangkan lagi 3 tahun korang mampu tengok anime tanpa subtitle, mampu berdagang dengan orang China atau mampu tulis buku dalam french. Hebat bukan? Tapi jangan dilupa tentang bahasa Malaysia juga kerana “Bahasa itu jiwa Bangsa”.
5. JADI ULAT BUKU. Tak berminat nak tukar jurusan pengajian? Malas cari ilmu baru? Malu bersosial? Tak suka join kelab/persatuan? Sigh….. Tips no 5 ni sesuai untuk korang. Sila belajar rajin-rajin sampai dapat anugerah dekan dan cemerlang. Ni bukan main-main tapi fakta yang memeritkan. Universiti bukan jaminan untuk korang dapat kerja dengan mudah. Malah, tangga gaji untuk fresh graduate adalah sangat rendah. Beza RM200-300 sahaja dengan budak SPM (berbeza ikut industri). Kalau semua benda nak malas dan malu, sekurangnya silalah dapatkan cgpa yang tinggi supaya peluang korang masih cerah untuk bersaing ketika mencari kerja. Kalau berhajat nak sambung belajar, nak apply biasiswa pun mudah.
6. IKHTIAR TERAKHIR. Tersalah pilih jurusan? Tak faham apa yang pensyarah bebel? Malas nak join kelab? Terlalu lembab untuk belajar bahasa asing? Malas nak belajar? Sigh…lagi…. Berhenti jelah dik. Balik kampung, cari kerja dan kerja bersungguh sampai naik pangkat. Insyaallah boleh. Atau pun, berniaga sendiri jelah dik. Jual nasi lemak ke, keropok lekor ke, trading gajet dari China ke. Asalkan kerja tu halal dan bila dah berjaya kelak, jangan dilupa tanah yang ko pernah pijak dulu.
Tips di atas adalah berkesan untuk pelajar universiti diseluruh Malaysia. Percayalah, tiada yang mudah untuk korang namun rezeki datang dari Allah. Yang penting, berusaha dan jangan putus asa kalau temui kegagalan. “Bersusah dahulu, bersenang kemudian”.
– Azhar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit