Bismillah, Assalamualaikum wbt kepada pembaca setia IIUM Confession. Pertama sekali, thanks kepada admin page ini sudi nak kongsikan cerita daripada aku. Yang kedua, aku nak bagitau aku ni bukan student IIUM cuma, peminat tegar page ni je. Lama dah teringin nak post confession tapi tulah malas nak menaip haha
Aku punya umur, course, study mana tu biarlah rahsia. Tujuan aku post ni pun sebagai peringatan untuk kita semua termasuklah aku. Aku ni dalam golongan Geng Tudung Labuh bak kata orang ramai. Tapi, tudung labuh aku, aku bukan jenis hok skema ana enti 24 jam, saya sayang awak kerana Allah ukhuwah fillah abadan abada till Jannah bagai tu. Aku jenis merepek semedang tapi bila serius, in Shaa Allah aku akan sampaikan ilmu aku kat member aku.
Aku kawan dengan semua orang. Kau free hair ke, tudung 45 ke, kau baju ketat ke, baju longgar ke, tudung labuh ke, semua memang aku balun jadi member sebab bagi aku, setiap individu tu ada kebaikan dia tersendiri. Orang kata kita kena pandai memilih kawan, berkawan dengan orang alim. Aku kata, kita tak perlu memilih kawan sangat kalau kita sendiri pandai bawak diri dan tak mudah terpengaruh dengan sifat negative orang. Kalau kita betul kuat dan baik, orang buat jahat mana pun kita takkan terpengaruh. Silap-silap kawan kita yang ‘jahil’ tu pun boleh jadi baik asbab kebaikan yang kita bawak. Quduwah Hasanah (contoh baik) gitu~~
Aku dulu pun pernah merasa zaman jahiliah (sekarang pun masih jahiliah tapi dah upgrade sikit kearah kebaikan). Lepak dengan budak lelaki tu benda biasa, sinsing lengan baju gaya memang habit kita, tudung lilit 24 jam memang kegemaran sentiasa. Banyak lagilah dosa lain yang tak layak dibanggakan aku pernah buat tapi disebabkan kawan aku yang bawa imej Quduwah Hasanah tulah berjaya tarik aku ke jalan yang benar. Diorang tak pernah judge buruk aku, sempoi je tegur aku, dan buat aku jatuh cinta untuk jadi insan beragama yang tak memilih kawan
Ni aku nak mula cerita aku, cerita ni berlaku waktu aku dekat matriks dulu
Time ni aku bawal 45’ je. Kekadang pakai 60’ tapi lilit baik punyalah kasi ngam-ngam tutup dada haha. Ikhtilat teraboq, kaki lepak kafe, kaki gossip dan sebagainya.
Aku ada seorang kawan, nama dia N, kawan satu aras. Dia ni anak bilal , merupakan ahli SUKARELAWAN surau kat matriks tu dan pemakai bawal 45’ yang setia. Saja aku capslock sukarelawan tu supaya korang nampak betapa cintanya N ini dengan surau dan aktiviti agama. N ni memang baik gila, dahlah suara macam kartun rasa nak tampar je sebab comel sangat haha. N ni bagus, rajin gila turun surau mengalahkan AJK surau sendiri. Waktu free gap kelas, dia lepak surau mengaji or solat dhuha. Malam, lepas Jemaah, baca al Quran dan tadabbur sampailah Isyak. Lepas Isyak, witr tak pernah lepas. Hebatkan dia?
So, sebab dia ni baguih sangat aku pun mintalah tolong dia ke arah kebaikan gitu. Aku minta tolong dia ajak aku sekali setiap kali nak ke surau. Biarlah heret ke Tarik aku jatuh gatil sekalipun, paksa jugak aku turun surau dan disebabkan dia baik dan kekadang lurus bebenor, dia pun tak pernah miss ajak aku walau sekalipun. Pernahlah beberapa kali dia tarik aku jatuh katil bebetul haha
Tapi one day, dia tak ajak aku
Time tu aku dah ready bertelekung semua dah. Baru nak acah baik harini. Aku tunggu, punya tunggu, azan maghrib dah tapi dia still tak mai bilik. Selalu 10minit sebelum azan dah mai bilik dah. Aku pun pi bilik dia, tengok dia tengah Jemaah dengan roommate dia
“oh, maybe dia puasa kot. Tu Jemaah bilik je”
So, aku pun pilah solat kat bilik, baca al Quran apa semua. Tunggu dia mai ajak pi surau time Isyak pulak. Pun takde. Benda sama, dia Jemaah dengan roommate dia
“oh, maybe dia tak sihat kot”
Aku pun solat jugak kat bilik. Nak turun surau, segan nak pi sorang-sorang, tak syoklah takde member en. Lepas habis semua aku mai bilik dia kot-kot dia tak sihat bolehlah acah concern sikit en. Haha member kot.
“Tadi aku tunggu kau, kau tak mai bilik pun ajak gi surau. Kau okay tak ni?” aku tanya. Dia diam je. Time ni muka dia dah lain dah
“Aku malas dahlah nak turun surau lepas ni” , dia jawab lepas aku dah dok tenung dia mengharapkan jawapan. Time ni aku dah nervous dah. “ah sudah, apa pulak rasuk member aku ni”
“Asal malas? Eh, kau ni! Siapa nak ajak aku gi surau lepas ni? Nak tarbiah aku bagai dekat surau nanti?”
“Semalam, akukan pi usrah en lepas kita Jemaah tu. Waktu dalam usrah tu, diorang tegur aku, diorang kata..
“Awak ni sukarewalan surau tapi pakai bidang 45’ je. Kalau betul nak jadi ahli surau pakailah bidang labuh sikit”
“Saya rasa awak tak layak nak join usrah kami”
Aku terus tersentap weh. Lepas diorang cakap macamtu, aku terus blah dari situ. Aku nanges teruk gila kot. Salah ke kalau aku pakai bawal 45’ je? Aku tutup dada jugak, tutup aurat jugak. Setiap malam aku turun Jemaah. Sabarlah, kasilah masa aku nak labuhkan tudung tu”, mengadu dia
Menangis dia cerita kat aku. Aku pernahlah jugak join usrah time sekolah itu pun 2-3 kali je. Dekat matriks tu, memang cadang nak join tapi lepas dengar cerita dia aku lagilah takut nak join. Dia yang sukarelawan surau pun kena bash, apatah lagi aku yang kaki lepak kafe penerima jelingan maut ajk surau yang setia ni
Lepas pujuk punya pujuk, dia bertenang jugak and still kuatkan semangat dia untuk turun ke surau. Kalini, aku pulak yang heret dan paksa dia haha
Habis matriks, aku sambung degree. Time ni Alhamdulillah, aku dah mula labuhkan tudung aku dan alhamdulillah, pernah diamanahkan memegang jawatankuasa surau. Waktu awal-awal tu aku memang dikecam hebatlah sebab aku hijrah luaran dulu baru dalaman so you get lah the idea budak tudung labuh tak kena gaya macam manakan?
Tapi, slowly and steadily, aku berjayalah ubah perangai aku sikit-sikit. Tak banyak tapi cukuplah untuk hentikan fitnah kepada tudung yang labuh ni. Aku tak join usrah sangat, still takut dengan kes kawan aku N tu. Dah hujung sem 2, barulah join sikit-sikit. Itupun member ajak haha
Nak dijadikan cerita, aku diberikan peluang jadi AJK surau. Peh, time ni aku macam nervous serabut kacau bilau semua ada. Takde rasa bangga langsung. Rasa risau adalah, risau jatuhkan imej surau dan organisasi aku.
Okay time aku jadi ajk surau ni, coursemate aku (4 orang) pulak mengadu dekat aku. Time tu kitorang tengah tunggu member kitorang amek kitorang kat surau. Lepak lepak sebelum balik rumah sewa member aku. Aku duduk asrama btw. Kitorang cadang nak makan kat luar surau tu then, sembang-sembang.
Tiba-tiba member aku,
M: “weh panaslah. Lepak dalam ar”
U pulak jawab, “eish kau ni. Dalam mana boleh bising-bising. Kau nak ke orang pandang-pandang kau lagi?”
Aku pun tanyalah, “Asal? Korang pernah tegur ke dengan budak surau waktu tunggu G amek korang?”
U: “Pernahlah, kitorang en bising. Kekadang kitorang masuk je surau nak tumpeng solat pun diorang jeling jeling dah”
Aku: “diorang nak tahu kot siapa yang baru masuk”
O: “Taklah, diorang perati kitorang atas bawah daripada kitorang mula masuk sampailah kitorang duduk ke nak ambil telekung. Pandang tak lepas”
Aku diam je sebab aku pun sebenarnya pernah kena camtu waktu awal-awal dulu dan orang yang jeling, pandang tajam itu sendiri mengaku dia beranggapan buruk dengan aku. So, bukanlah aku yang perasaan gitu ke apa. Memang tak seronok weh rasa dia kena jeling camtuh
Malam tu, aku lepak rumah sewa diorang. Aku tanya,
“korang takut ke dengan budak surau, tudung labuh kat surau tu”
O: “takutlah jugak. Dengan kau taklah, kitorang dah biasa. Dengan yang lain tu, entahlah. Rasa macam kitorang jahat sangat pulak nak lepak dengan diorang”
Allah, benda yang sama berulang lagi. Parah ni imej tudung labuh aka budak surau di pandangan masyarakat kita
Okay ni aku nak simpulkan sikit.
Setiap orang pernah melakukan kesilapan dan tiada manusia yang pernah sempurna dalam hidup ini. Kau tudung labuh ke kau tudung singkat ke, kita semua adalah pendosa. Takde beza pun sebenarnya kita ni. We sin differently, itu je. Yang membezakan kita sebenarnya, dosa, pahala dan ketakwaan kita pada Allah SWT tapi itu semua takleh nak dibandingkan through mata kasar pun or with appearance semata.
Kepada yang rasa diri dia tak layak berdamping dengan orang alim, ketahuilah kita ini lebih daripada layak sebenarnya. Jangan pernah rasa rendah diri dengan diri kita dan merasa diri kita ini terlalu hina untuk belajar agama. Kita umat Islam yang disayangi Allah juga. Ciptaan Allah juga. Kita patut rasa sayang pada diri korang, bersyukur dillahirkan dan masih hidup bergelar muslim
Jangan pernah putus asa nak kejar rahmat dia. Seluas lautan pun dosa korang, luas lagi rahmat Allah.
Allah berfirman, “Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap mediri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang” – Az-Zumar: 53
“Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah Bersama dengan orang yang sabar” – Al-Baqarah: 153
Kalau kita rasa nak give up jugak sebab orang asyik judge kita, jeling kita, even time kita buat perkara baik, abaikan je. Jangan terlalu fikirkan tanggapan manusia. Yang menentukan Syurga Neraka, pengakhiran kita itu Allah SWT bukannya manusia. Jangan pernah lemah dan hanyut dengan kata-kata buruk mereka. Aku sendiri pun banyak kali menangis sebab kata buruk orang. Ini ayat kawan aku bagi bila aku sedih.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – Ali Imran: 139
Jangan pernah puaskan hati orang, manusia takkan pernah puas hati dengan kita. Kejar redha Allah supaya tergolong dalam beriman dan ditinggikan darjat in Shaa Allah. Andai kata, sahabat kita sendiri yang menjatuhkan semangat kita, then bersahabatlah al Quran, carilah kekuatan melalui Allah SWT. Aku dulu waktu sedih suka dengar surah Yusuf sebagai penenang hati aku. Kalau tiada tempat mengadu, mengadu sekuatnya pada Allah. Allah SWT tahu apa yang terbaik buat kita. Tahu apa yang tidak kita ketahui.
“Nabi Yaakub menjawab, ‘Sesungguhnya hanyalah kepada Allah SWT aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku dan aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya” – Yusuf: 86
Kepada kita GTL yang sering memandang negative terhadap orang dalam sedar mahupun tak sedar, ketahuilah Hidayah itu Milik Allah. Jangan pernah rasa selesa dengan diri kita, dengan amalan kita sampai nak menghukum orang sesungguh hati. Boleh jadi Allah tarik hidayah kita, campak kita ke jalan yang dimurkai Allah, dan boleh jadi Allah beri hidayah kepada orang kita dulu hina dan hukum itu dan dibawa ke jalan orang yang diredhai Allah dan menjadi insan agama hebat mengalahkan kita
Kita tak tahu gaya hidup dia macam mana, isi hati dia macam mana, iman dia tinggi mana, apa yang dia sedang hadapi dan sedang lalui. Boleh jadi semangat hijrah dia lebih kuat, lebih hebat daripada kita. Ujian dia lebih dahsyat dan payah daripada perjalan kita. Jangan kita punya kata-kata dan tanggapan menjadi asbab padamnya api perjuangan seseorang insan.
Pendakwah hebat ialah seorang yang mudah didampingi, serta disegani bukan hanya semata digeruni seperti Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Ilmu di dada itu pinjaman Allah untuk dikongsikan bersama-sama sahabat bukannya untuk tunjuk lagak dan gaya semata-mata. Takut riak dan ujub pula menguasai kita. Sayang weh pahala hilang gitu je. Nauzubillah.
Kata Habib Ali, cerminkan diri kita dengan cerminan orang yang lebih bertakwa daripada, supaya kita sentiasa memperbaiki setiap ruang kelemahan dalam diri kita.
Sedangkan, Sajjah binti al-Harith, individu pertama yang mengaku dirinya Nabi dalam golongan wanita, pernah merancang memerangi Saidina Abu Bakar as-Siddiq menjatuhkan kerajaan Islam itu pun diberikan hidayah untuk menjadi wanita beriman dan diberikan pengkahiran Husnul Khatimah apatah lagi umat Islam yang berdosa yang lain. Itu belum lagi isteri Fir’aun, Asiah, pembunuh Saidina Khamzah, Uwais, Saidina Umar dan ramai lagi yang menjadi insan hebat di sisi Allah SWT selepas mendapat hidayah darinya
Kesimpulannya, tak kisahlah siapa pun kita. GTL mahupun GTS, kita semua perlu perbanyakkan muhasabah diri dan tajdid niat kita, untuk apa hidup ini? Untuk apa kita beramal? Untuk siapa kita berhijrah? Untuk siapa kita bertaubat? Untuk apa kita perlu terus hidup atas nama Islam?
Moga Allah SWT berikan kita kesabaran yang cukup buat kita berhadapan dengan segala macam ujian especially yang datang dari segi bentuk hubungan antara manusia. Perbanyakkan bersihkan hati daripada bersangka buruk. Siapa pun kita, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menghukum manusia. Moga urusan kita semua dipermudahkan dan diberikan ganjaran pahala serta Syurga setiap titik peluh usaha kita dalam berubah lagi berdakwah.
Akhir kalam,
Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, yang buruk itu datangnya daripada aku. Minta maaf kalau ada salah silap ke terkurang ke apa. Peace yo
– Mad’u Tudung Labuh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit