Assalamualaikum, hi semua pembaca IIUMC. Terima kasih admins, dan alhamdulillah sekiranya cerita ini tersiar. Saya nak kongsikan dengan anda semua pengalaman saya sendiri dalam bersahabat. Semoga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat buat semua. Saya masih belajar, berusia 20 tahun dan aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar kampus. Jadi, banyak masalah disiplin pelajar yang saya ketahui.
Saya ada seorang sahabat dalam ‘course’ yang sama seperti saya, kita gelarkan dia sebagai A. Orangnya lawa dan sopan di khalayak, menutup aurat dengan sempurna dan memang bertudung labuhlah. Berteman dengan seorang ustaz yang tua setahun daripada kami. Dan, sayalah orang pertama yang menyebabkan mereka bekerja dalam satu pasukan bersama-sama sehingga timbul bibit-bibit cinta. Maafkan saya, tapi sebelum tu, saya bukanlah alim, kuat ‘loyar buruk’, tudung labuh on/off, solat pun kadang-kadang di akhir waktu. Bukanlah macam A yang memang berlawanan dengan character saya.
Tiga bulan yang lepas, A datang jumpa saya minta temankan dia dan ustaz berjumpa. Kebetulan tengah free, jadi saya temankan. Dalam minggu yang sama, 3 kali jugalah diminta temankan Ustaz dan A keluar dating. Dua kali saya temankan, dan kali ketiga, A ajak roommate dia. Saya tak kisah, saya tumpang senang tengok kawan-kawan ada yang jaga, ada yang sentiasa peduli. Lagipun, family semua jauh-jauh. Tak lama pun, dalam dua minggu macam tu, kawan-kawan mula tanya saya tentang A dan Ustaz. Pensyarah pun dah mula perasan prestasi A makin jatuh.
Dua minggu lepas, A kantoi dengan HEP, dating dengan Ustaz tu. Sejujurnya, saya kecewa sebab rupanya, diorang selalu keluar bersama. BERDUA sahaja. Memang, saya tahu diorang dah merancang nak kahwin, dah beli cincin tanda, tapi itu bukan alasan untuk keluar berdua dan tergedik-gedik. Tidak. Niat tak menghalalkan cara. Allahu. Macam terbeban sungguh dengan berita tu. Nak kata jarak jauh, memang tak lah hahaha sebab kami semua satu kampus.
Saya pernah menegur sekali, “Eh A. Macam tak manis je aku tengok kau keluar berdua.. Hihihi bukan apa sis, takut orang mengata kau je. Aku sayang kau tau..” Dan jawapan yang saya terima sangat mengecewakan, “Kau jealous kan aku ada boyfriend kau takde? Tulah, cuba kau jadi perempuan sikit, macam aku. Baru ada yang nak..” Saya tak cemburukan dia, hakikatnya saya juga ada teman lelaki (A tak tahu) yang sentiasa berdiri menyokong saya, satu kampus juga. Macam A dan Ustaz..
Korang,, ya. Cinta tu fitrah, bukannya lumrah. Saya tak mampu tegur secara berdepan, sebab saya bukanlah sealim mereka berdua, pasangan Cinta Islamik. Tapi, sekali kau dah bertudung labuh, atau kau dah bergelar ustaz, tolong lah. Saya merayu, jagalah maruah diri tu. Jangan gadaikan nama agama kita juga. Bila non-Muslims tengok, malu sangat. Seolah-olah, kalianlah yang menjual agama kita sendiri.
Tak banyak saya minta –
1) Jangan terlalu ‘public’kan hubungan anda di kampus. Kalau putus di pertengahan, bukan jodoh anda berdua, sekurang-kurangnya taklah malu sangat.
2) Biarlah akhlak seiring dengan pakaian kita. Kalau kita dah berpakaian as seorang muslimah, biarlah kiranya diri tu mahal dan terjaga. Orang hormat seiring dengan tinggi nilai peribadi kita.
3) Jangan lupa kawan. Kawan yang macam ‘torchlight’ ni je lah berani tegur kesalahan kita. Kawan yang betul-betul sayang dan taknak sahabatnya lalai dan leka.
4) Peranan lelaki sebenarnya untuk ingatkan pasangan tentang jangan exposekan hubungan kepada public. Naluri perempuan ni, dia nak tayangkan pada semua yang dia bahagia. Dan lelaki juga, ‘man-up, bro’. Jangan ikut sangat kehendak kami orang perempuan ni. Sebab korang belum pasti lagi betul ke tak, kami lah spouse korang nanti.
5) Tugas dakwah ni, tugas semua. Pesan umi ayah pada saya, buat dakwah sampai jadi alim. Bukan tunggu alim baru nak berdakwah. Kita sama-sama berpesan dalam kebaikan, okay?
Buat A, aku sayang kau. Aku taknak kau hanyut. Aku tahu kau pembaca tegar IIUMC, sebab tu aku pilih untuk tulis semua ni kat sini. Terima kasih atas kesudian semua untuk baca cerita ni. Moga-moga coretan kecil ini bermanfaat untuk semua. Saya alu-alukan sesiapa yang nak betulkan saya di ruang komen. Maaf andai ada kasar dalam berbahasa.
– Iman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit